Thursday, August 12, 2010

Ya Ada Lagi Selepas 26 12 2004 Karangan hangat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 Planet (Plan E.T)- sidrah bumi ini, Terra dan sidrah qarin Erra, cakerasuria Taygeta 2(Pleaides – bintang 7 sisters dekat M45-kaji bintang- rujukan internet)

 Awal agama ialah mengenal Allah, nak kenal Allah, kena kenal diri sendiri, jiwa,nafsu,roh, jasad dan apa-apa yang dirasai, didengari, dibaui, dilihati, dibacai, difikiri, difahami, dianalisai, penilaian dan lain-lain lagi.

 Pedoman – nur - cahaya – petunjuk dari Allah, para - malaikat, kitab, rasul… rukun Iman, Islam……

 Wahyu – muk’jizat Al Qur’an , hadis, ijma’, qias, kisah-kisah sejarah selepas bermula turunnya wahyu kepada Muhammad saw dan sebelumnya dikira zaman jahiliah…….

Renungan dari ayat-ayat Al Qur’an

Surah Al Muddatstsir (Orang yang Berselimut) ayat 27 – 31…
Terjemahannya..lebih kurang……

“Tahukah kamu apakah Saqar ini? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan. Adalah pembakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas. Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al Kitab menjadi yakin dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan):”Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?” Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.”2

KESIMPULAN

Dari kitab Ilmu Allah ini ialah perkaitan suhu, panas, sejuk, matahari warna biru paling panas, warna merah paling sejuk, aura warna, air, asid dan alkali, kemolaran, kimia di dunia ini. PH-7 adalah untuk air, di bawah skala lebih 0 - ph-7 adalah asid dan di atas skala ph-7 hingga 14 adalah alkali, asid campur alkali jadi sejenis garam dan air, kesederhanaan di dalam pemakanan agar tak merosakkan hati, dan lain-lainnya secara roh dan jasad, hati tak perlu makanan minuman yang haram dan memudaratkan, maka perlu pembedahan seperti sebelum Nabi Muhammad saw semasa kecilnya, dan sebelum ke ‘perjalanan malam’, peristiwa Nuzul Al Qur’an dari surah Al “Isra’ atau surah Bani Isra’el yang diterima hukum solat wajib 5 waktu setelah dikurangkan daripada 50 waktu, pahala tetap dikalikan dengan 10 juga. Ada madu dan racun , ada penyakit dan ubat, ada jasad dan roh, Apakah makanan roh(ciptaan Allah)? Fikir, zikir, amal-amal baik dan lain-lainnya yang Allah suka. Makanan nafsu tentulah apa yang ada pada kelemahan manusia dan jin.4,5
Bila hendak dimulakan solat dan lain-lainnya, perlu ambil wudhu’ dan dengan niat dan bertak’bir dengan mengangkat tangan tanda serah diri kepada Allah (surrender). Bila kita lihat pula pada bilangan ruas jari-jemari manusia biasa ada 5 jari pada setiap tangan, dan bila dikira ruas (kerat) tulang setiap jari hingga ke pergelangan tangan bermula ibu jari 1,2 dan 3 jumlahnya sama ada dirasa atau disentuh, ada deria dan lain-lainnya atau di x-raykan, jari telunjuk 4 ruas(kerat) tulang dan hingga ke jari kelingking dan jumlahnya adalah 19 3. Dengan dicampur pada ke-2 tangan jadi jumlahnya 38 dan berdasarkan rukun Iman yang 6, maka jadilah jumlah 44 semuanya. Tetapi berdasarkan dari alam malaikat yang menjaga setiap diri manusia dan jin(qarin) adalah berjumlah 23 dan salah satunya adalah ketua, dan tanpa ketua jumlah ialah 23 kali 2 = 46 ditolak 2 sama dengan 44. Apakah yang dimaksudkan dengan jawapan ini? Inikah yang dikatakan simpang malaikat 44 itu? Dengan jari juga , manusia boleh guna dan buat macam-macam dari hasil fikir yang penggunaan mesinnya di USA, kosnya adalah berbillion dolar jika mahu guna otak mesin arah untuk buat sesuatu gerakan seperti robot atau guna kren. Perang ada sistem canggih yang sedikit guna tenaga fizikal manusia (bersusah dulu), yang lain guna robot atau logam yang berfungsi dan persenjataan canggih, otak, Allah yang cipta; Manusia yang ada man (mankind-human being) dan berusia diikuti jin(qarinnya) yang berumur panjang, Qarin Nabi Muhammad saw telah memeluk Islam dan telah mati selepas usia lebih 1,000 tahun. Semua ini berdasarkan apa yang diketahui. InsyaAllah, kebenaran datang dari Allah jua. 4,5
Banyak kitab-kitan lain-lain hasil kajian di bumi yang boleh dipaparkan di dalam cd-rom, internet dan lain-lain media/medium. Ini Membuktikan wahyu pada zaman Nabi Muhammad saw adalah bukan ciptaan Nabi Muhammad saw tetapi yang datang dari Alam yang tinggi, alam para malaikat – utusan yang masuk campur urusan para manusia dan jin agar beriman dan mengabdikan kepada Allah. 4,5
Lautan ilmu Allah boleh dicelup, kini pelbagai kemudahan canggih seperti ada jaringan Al ankabut- labah-labah – laman web dan pelbagai ilmu lagi, yang baik, yang buruk semuanya adalah hikmah dan rahmat dari Allah. Semoga … dapat menemui titik pertemuan yang dinantikan pada Hari Pembalasan, semoga kita mendapat rahmat, redha Allah serta pengampunanNya dan berdasarkan perkiraan kurnia ni’mat Allah dengan ditolak segala dosa maka tiadalah apa-apa lagi yang tinggal melainkan dosa-dosa. Maka Pengampunan Allah dan Dia berhak memberi balasan “syurga” kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia berhak dengan “Maha KeadilanNya” memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam azab sengsara atau dikenali “neraka”. Dan dunia ini adalah syurga bagi orang-orang kafir dan neraka bagi muslim. 4,5

RUJUKAN:
1. AL QUR’AN dan terjemahan Bahasa Melayu.
2. MISTERI UFO & MANUSIA, CHAM NONG ALIAP,2000, DJ PUBLICATION,KL.
3. SELEKTA DISEMBER 2004,ms 11-pengetahuan am-keajaiban jari-jemari
4. Pembacaan dan pengamatan pembelajaran yang lampau
5. Pengalaman, pemerhatian, internet dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment