Thursday, August 12, 2010

Muntahan ......

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 Planet (Plan E.T)- sidrah bumi ini, Terra dan sidrah qarin Erra, cakerasuria Taygeta 2(Pleaides – bintang 7 sisters dekat M45-kaji bintang- rujukan internet)
 Peristiwa / berita media dunia yang telah berlaku pada tarikh 26 Disember 2004, sama seperti tarikh peristiwa yang telah lalu seperti gempa bumi di Bam, Iran yang memusnahkan kota bercorak ‘purba’ yang cantik bertaraf kelas dunia menjadi runtuhan kota yang menambahkan kematian lebih 41,000 manusia.
 Berlaku juga ribut atau puting beliung “Greg” di Sabah selepas peristiwa berdosa melibatkan anjing dan arak, berkenaan dosa-dosa yang dilakukan sempena 25 Disember yang mempunyai perkaitan dengan Nabi Isa a.s tetapi dicemari dengan dosa-dosa seperti perogolan dan pembunuhan di Bosnia Herzegovina dan Balkan amnya pada suatu tempoh 1990an dahulu.
 Peta mukabumi yang diperintah oleh manusia, ada yang berlaku adil, ada yang berlaku kejam, dibolehkan umat Islam …peperangan untuk mengelakkan fitnah terhadap agama(Islam) dan memerangi kekejaman.

Surah Al Qalam(surat ke-68)- ayat 1 hingga 6 = Terjemahannya….

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
“Nun! Demi kalam dan apa yang mereka tulis. Berkat nik’mat Tuhanmu kamu sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat.Siapakah di antara kamu yang gila. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

“Kelak Kami akan beri tanda dia di belalainya” ayat ke-16

Kesimpulan

Peristiwa Tsunami (ombak pelabuhan-tunggal) berdaik, atau yang bercabang tiga, telah diambil perhatian hampir seluruh dunia berikutan kemusnahan dan kematian yang besar jumlahnya di samping trauma-trauma seperti perang terutamanya, yang berlaku di Chechnya dan di Iraq. Dua buah kuasa besar dunia yang saling ingin mengekalkan kekuatan dan pengaruh, hampir sama seperti empayar Rom -Kaisar(ada nama surahnya) dan Parsi (Kisra) dahulu.
Air yang berkocak hasil gegaran gempa bawah laut berskala 10 kuasa 9 itu telah menyebabkan berlakunya seperti yang dikenali di Jepun iaitu Tsunami. Gempar satu dunia dan Malaysia terkena sindirannya yang memungkinkan kerugian lebih RM100 juta dan lebih lagi untuk jangka masa panjang. Peristiwa 26 Disember itu, dengan gempa di China(lebih 50 gegaran 4.7, 5.0) dan di Bangladesh (skala 7.36), maka dapatlah diambil dari perkataan Nusantara (lautan Hindi), China dan Bangla iaitu huruf depan guna hukum Algebra iaitu Nun, ‘sod’ dan ba’. Perkataan nisab, nasib, nasab.. Melayu, Cina dan India…Ejaan dari belakang pula, basin, bisan, basan.. Ganti huruf depan dengan huruf ba’ dan mim(Bam,Iran’s clue), bom,,,,,,,, bumi. Perkataan lain seperti masih, masin, basah dan lain-lain secara kebetulan –Sunnah Allah. Ambil kota Makkah, dulu namanya Bakkah (pukulan atas tengkuk), negeri yang dihancurkan kerana tak’bur…Adalah lebih baik amalan jahat yang disertai keinsafan, daripada amalan baik yang diiringi ketak’buran.
Kawasan yang dilanda Tsunami ada perkaitan dengan perbuatan mak’siat dan tumpah darah (saling bunuh membunuh) seperti di Aceh, Siam, Sri Langka, Tamil Nadu, kepulauan Maldives, Somalia dan lain-lainnya. Bagimanakah pula Diego Garcia- pengkalan tentera USA di lautan Hindi? Adakah timbul keinsafan? Rumah-rumah Allah yang kebanyakannya selamat (Divine Intervention- adegan yang luar biasa- bantuan Allah). Apakah di tempat lain, rumah Allah menjadi penuh dan manusia menjadi insaf dan menjadi insan seperti di dalam surah Al Asr?. Adakah yang pelupa-insan akan kembali kepada keredzaan Allah?
Dapatlah dilihat kini tentera udara yang memakai belalai pada muka dan baju yang tahan kuasa G, yang mengelakkan tekanan yang luar biasa di udara yang boleh sampai beratnya tangan dan badan lebih bertan-tan. Semoga penggunaan teknologi –akal ciptaan Allah untuk kebaikan juga akhirnya..hikmah..rahmat Allah. Yang baik dijadikan tauladan, yang jahat dijadikan sempadan- ambil perhatian kisah tragisnya, semoga dapat berjaga-jaga akan sebarang bahaya atau apa-apa yang dikehendakiNya. Atau pun boleh dilihat dari gambar cerita Pleaides-internet, makhluk asing yang berbelalai. Semoga janganlah kita lalai dengan kemajuan dan kemaluan. Islam dapat memelihara dan memulihara dengan izin Allah jua. Antara jenis makhluk asing yang popular di kalangan pengkajinya ialah Grays dari planet Zeta/Zeti Reticuli. Lukisan di atas keinderaan (UFO) mereka selalu dapat dilukiskan selepasnya ‘alien abduction’, bagi yang ada ingatan, dan yang tak lupa..
Walau apa pun terjadi, berbalik kepada rujukan Al Qur’an, di mana kaum yang menghuni bumi dan langit boleh diganti dengan kaum yang lain, dan mereka tak sama dengan kamu. Bahasa, bangsa, kehidupan, kematian adalah anugerah Allah, begitu juga ruang, dimensi, koordinasi, masa adalah di dalam kekuasaanNya, maka Dialah Yang Maha Berkuasa mengawal semua alam semesta…. Sama ada alam fana, alam …dunia… alam akhirat… syurga dan neraka. Rebutlah peluang yang ada, umur makin mendekati ajal/ maut , semoga dapat keredzaanNya.
Berbalik kepada peristiwa gempa di bawah laut, adakah 10 kuasa 9 melambangkan jumlah perzinaan sesama manusia atau lebih lagi, satu perzinaan sudah layak dan boleh dibinasakan bumi ini melainkan dengan adanya doa, anak yang menyusu, binatang… dan lain-lain lagi yang menangguhkan kemusnahan bumi ini. Semua kawasan yang ada bala atau ujian, ada peristiwa tumpah darah, maksiat yang begitu berkocak hebat ‘air’nya dan pelbagai kaitan yang selari dan selaras, sewaktu sekali dengannya. Semoga kita lebih mengambil iktibar dan pengalaman dari sejarah dunia ini.

RUJUKAN:
1. AL QUR’AN dan terjemahan Bahasa Melayu. Jakarta, 15.5.1394H-5 Julai ,1974
2. MISTERI UFO & MANUSIA, CHAM NONG ALIAP,2000, DJ PUBLICATION,KL.
3. Pembacaan dan pengamatan pembelajaran yang lampau
4. Pengalaman, pemerhatian, internet dan lain-lain.
paten . .. ........ .

No comments:

Post a Comment