Thursday, August 12, 2010

Karangan Luahan Muntahan Selepas 26 12 2004 Tsunami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


 Hipotesis awal , dabbat adalah yang menyerupai haiwan dari langit, dan malaikat adalah yang menyerupai manusia dari langit
 Man dan dabbat di dunia, dan man dan dabbat dari langit, di dalam Al Qur’an disebut dabbat dan malaikat, iaitu dipercayai kejadian dabbat adalah mendahului malaikat sebagaimana disebut jadinya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran bagi kejadian manusia yang disempurnakan sebagai sebaik-baik kejadian.
 Bagaimana pula yang dinamakan alien, makhluk asing, jin, “The watchers” dari laporan PBB, roh(disebut malaikat dulu dan roh kemudian di dalam surah Lailatul Qadar, UFO,buraq, Roh dari Kami (surah Maryam), MIB (Men In Black), yang turun dari langit, yang boleh menyerupai pelbagai kejadian, ilmu hitam, ilmu jadi-jadian, Nabi Khidir, Jibra’il, dan yang membantu Bani Isra’el di padang pasir Sinai selama 40 tahun yang dikatakan dijumpai bekas-bekas pendaratan UFO(kisah di dalam surah Bani Isra’el).
 Di dalam Al Qur’an dan hadis ada disebut roh, malaikat, jin, syaitan, bidadari yang bermata jeli, dabbat, haiwan, burung Ababil dan lain-lain lagi yang boleh menarik perhatian untuk dikaji.

Renungan dari ayat-ayat Al Qur’an
Surah Al Muddatstsir (Orang yang Berselimut) ayat – 31…
Terjemahannya..lebih kurang……Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.”1

“Dan (ingatlah)hari Allah mengumpulkan mereka semuanya, kemudian Allah berfirman kepada para malaikat:”Apakah mereka ini dahulunya menyembah kamu?” Malaikat-malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau, Engkaulah Pelindung kami, bukan mereka, bahkan mereka telah menyembah jin, kebanyakan mereka beriman kepada jin itu.”(surah Saba’ ayat 40-41)
KESIMPULAN

Dari kitab Allah, sebelum ke ‘perjalanan malam’, peristiwa Nuzul Al Qur’an dari surah Al “Isra’ atau surah Bani Isra’el yang diterima hukum solat wajib 5 waktu setelah dikurangkan daripada 50 waktu, pahala tetap dikalikan dengan 10 juga. Ia juga melibatkan pembedahan doktor dari langit yang hampir menyerupai ‘alien abduction’ yang selalu ingatan mereka yang terlibat seperti di dalam tidur atau pun lupa atau samar-samar sahaja.
Ada pula kisah di mana seorang sahabat, Usaid ibn Hudhair yang membaca Al Qur’an di waktu malam nampak pelita (suluhan cahaya) yang kemudian disedarinya meluru ke angkasa (langit), ditanya pada Nabi saw yang bersabda:”Itu adalah para malaikat yang menyemak bacaanmu. Seandainya engkau membaca, nescaya manusia akan melihatnya dari apa yang tertutup dari mereka.(Hadis riwayat Muslim).
Ada pun makhluk-makhluk asing yang dikatakan dan direkodkan oleh manusia itu adalah para jin jika dilihat pada ayat surah Saba’ di atas. Syaitan juga telah menunjukkan segala kerajaan dunia yang hebat-hebat kepada Nabi Isa as pada suatu malam dan disuruh pula Nabi Isa as menyembahnya, maka ditolak permintaannya dan syaitan berjanji akan menghasut manusia menyembah Nabi Isa as dan akhirnya rancangan itu berjaya semasa para ahli senat Rom telah mengundi dan ramai memilih apa yang dikatakan “tiga”itu.
Berbalik kepada peristiwa Isra’ mikraj yang mana Nabi Muhammad saw telah berjumpa dari langit pertama hingga ke -7 mengikut keturutannya, Nabi Adam, Nabi Isa dan Yahya, Nabi Yusuf,Nabi Idris, Nabi Harun,Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Itulah dia tanda-tanda kekuasaan Allah Allah di mana tempat, masa, zaman, roh, malaikat,yang berjasad, dan yang ghaib dapat dikumpulkan sekaligus dan ditemukan di dalam pengembaraan itu.
Oleh itu, apa yang ada di sisi para malaikat sama ada di alam kubur-barzakh atau pun di akhirat, syurga dan neraka, tentulah terlalu menakjubkan dan hebat, yang tiada tolok bandingnya, dengan segala apa yang tak digambarkan akan kelebihan dari apa yang dikatakan tamadun, teknologi dan sebagainya. Maka sesuatu yang cukup indahnya syurga, yang tak tergambar, terlintas, terlihat dan terdengar, terasa dan sebagainya, amat jauh berbeza dengan apa yang dilalui,dirasai oleh para manusia dan jin selama ini.
Maka apa pun terjadi, campur tangan para malaikat di dalam sejarah manusia adalah untuk membimbing manusia ke syurga dan amaran tentang ancaman neraka berdasarkan perintah Allah jua.
Sama ada yang datang pada malam hari terutamanya adalah terdiri dari bangsa-bangsa jin atau dabbat masih menjadi tanda tanya. Walau bagaimana pun, banyak pengetahuan sebenar hanya di tangan Allah termasuklah seperti surah di atas mengenai bilangan tentera Allah.
Ada juga dokumentari tv, yang menggambarkan bahawa kemusnahan tamadun manusia ada yang datang dari makhluk asing-UFO atau pun “UF Lights”, yang mendahului berita dan menysuli selepas sesuatu peristiwa kemusnahan besar sesuatu kaum, dan tidak kepada pihak kaum yang ditinggalkan Muhammad saw, di mana pendekatan perjanjian dan penaklukan akhirnya menyebabkan hancurnya segala kemusyrikan, maksiat, kekufuran dan berhala-berhala sembahan yang memesongkan perjalanan manusia ke tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga.
Ada pun buraq yang putih kecil yang dapat memuatkan Nabi Muhammad saw yang sekali langkah sayup mata memandang adalah dari alam malakut dan burung Ababil yang bersenjata juga yang membawa batu dari neraka adalah rahsia tentera Allah dan para malaikat yang tentunya sukar digambarkan dengan apa yang dicapai oleh tamadun manusia dan jin sepanjang zaman dan tempat seluruhnya.
Semoga kita bertambah bertakwa dan bukan pula mengikut yang ramai. Sabda Nabi saw:”Janganlah kamu suka menjadi pak turut yang bersikap ‘aku bersama orang ramai’, kalau mereka tak baik, maka aku pun tak baik.Sebaliknya, hendaklah kamu cekalkan dirimu dengan bersikap “Kalau orang ramai baik, aku menurut jejak langkah mereka dan kalau mereka tak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka’”(H.RTarmizi)
RUJUKAN:
1. AL QUR’AN dan terjemahan B. Melayu.(Indonesia & Pimpinan Ar Rahman)
2. MISTERI UFO & MANUSIA, CHAM NONG ALIAP,2000, DJ PUBLICATION,KL.
3. Menyingkap Rahsia Alam Malaikat- Penterjemah Nurul Hikmah karya Sheikh Mustafa ‘Asyur-Thinker’s Library 1999
4. Pengembaraan Rasulullah saw ke Alam Ghaib, Jaafar Salleh,Al Hidayah 2005.
5. Pengalaman, pengamatan, pembelajaran, pemerhatian, internet dan lain-lain.
paten . .. ........ .

No comments:

Post a Comment