Thursday, August 12, 2010

Lagi Lagi Ada Keluaran Lama ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

OPPPSSSSS? Nibiru / Jupiter lain misteri pula???? Jangan lupa karangan lama dulu di bawah...
 Hipotesis awal , Lailatul Qadar bulan puasa di bulan Ramadhan di dunia ini, planet Terra ini dengan pusingan sehari semalam di paksi kutubnya sama seperti di sebuah lagi planet yang dinamakan Uranus, planet ketujuh dari sistem cakerasuria. (ke-7 dari paksi matahari) iaitu 24 jam juga tempoh putarannya.
 Selepas planet Zuhal (Saturn) yang bercincin gelang itu, planet besar (Uranus) berwarna biru yang cukup sejuk ini bersuhu (-)200 darjah Celcius, berputar dengan lajunya pada garis kutubnya yang dianggarkan 0.72 hari saja dari pusingan 24 jam bumi pada garis kutub bumi Terra ini. (0.72 x 24jam x 60 minit/jam x 60saat/minit = 62,208 saat)
 Apakah kiraan atau anggaran oleh yang kurang tepat dari kiraan 1,000 bulan? Mengikut kiraan biasa >>> 1000 bulan/ malam@hari /12 bulan/1 tahun = 83.333 tahun atau pada kiraan tertentu sahaja seperti 84.01 tahun kiraan ahli astronomi di bumi Terra ini, sebelum ini? Adakah itu kiraan istimewa untuk nilai ketepatan tahun dari planet Terra ini kepada nisbah tahun lengkapnya orbit planet Uranus yang mengelilingi matahari?
 Bagaimana pula yang dinamakan alien, makhluk asing, jin, “The watchers” dari laporan PBB, roh + yang disebut malaikat dulu dan roh kemudian di dalam surah Lailatul Qadar, UFO,buraq, Roh dari Kami (surah Maryam), MIB (Men In Black-filem dari Hollywood atau cerita yang datang ke masjid bagi balik duit yang hilang-cerita kumpulan Jamaa’i/tabligh, siapa yang turun dari langit, atau yang disebut dabbat dulu dan kemudian malaikat di dalam ayat-ayat Al Qur’an yang lain?
 Berdasarkan ayat-ayat Al Qur’an dan kajian penulis saudara Amaluddin Darus “Pintu Langit Mula Dibuka” karya dihabiskan di bulan Sya’aban1396H atau Ogos 1976, Pustaka Ahad K.L,1977 “Dan sekiranya Kami buka bagi mereka satu dari pintu langit, maka mereka pun terus menyerbu padanya” Al Qur’an -15:14.
 Kata Isa putera Maryam “… Ke tempat aku pergi itu, kamu tidak dapat mengikuti sekarang. Tetapi kemudian kelak kamu akan mengikuti aku.” John-13:36

Renungan dari ayat-ayat Al Qur’an
Terjemahannya..: “Sesungguhnya Kami turunkan ( ) pada malam qadar.Dan apakah dia malam Qadar?Malam Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan. Turun malaikat dan roh padanya dengan izin Tuhan mereka daripada tiap-tiap amri. Sejahteralah dia sehingga waktu terbit fajar. ” Surah Al Qadar ayat 1-5 diturunkan di Mekkah.

KESIMPULAN atau marilah bersama-sama mencintai ilmu dunia dan akhirat

Dari kitab Allah, kitab-kitab dari zaman purba seperti kaum Aryan, Hindu, Mohenjodaro dan Harappa, rekod-rekod Mesopotamia, cerita dari bumi Mesir-piramid-sphinx dan mengikut juga kitab perjanjian seperti Taurat (Torah), Zabur (Palms), Injil (Bible) dan kitab yang agung lagi hebat, kitab induk iaitu Al Qur’an yang mulia, yang diturunkan sama ada sebelum berhijrahnya Rasul akhir zaman ke negeri/ kotaYathrib (Madinah) dari kota/negeri Mekah (Bakkah)-pukulan atas tengkuk, negeri yang hancur oleh sebab sifat tak’bur suatu ketika dulu, iaitu di sebalik kisah Azazil, bangsa jin yang tak mahu patuh dan keluar dari maqam, spesies/ jenis/ bangsa yang hanya patuh kepada yang terbaik, yang muda, terhebat, yang tak mungkir janji, positif sahaja dan sentiasa mengikut perintah Allah, Pencipta semua bumi dan langit dan barang di antara keduanya.
Kisah buraq, alam malakut dan burung Ababil yang bersenjata juga yang membawa batu dari neraka adalah rahsia tentera Allah dan para malaikat yang tentunya sukar digambarkan dengan apa yang dicapai oleh tamadun manusia dan jin sepanjang zaman dan tempat seluruhnya, di samping mengikut sunnah Allah berdasarkan ayat-ayat Al Qur’an yang mencerita pelbagai kisah-kisah yang dianggap mitos, dongeng oleh para penduduk kota Mekah (sebahagian), kota pelbagai agama, kepercayaan, perdagangan, kebudayaan, kesusasteraan, semuanya seolah-olah kota yang hebat pada zaman itu, zaman semasa gahnya empayar Rom(Kaisar) dan Parsi(Kisra) yang telah melengkapkan sejarah dan peta bumi ini.
Berbalik kepada planet Uranus yang dikatakan para ahli pengkaji ada bekalan helium, hidrogen dan metana, sedangkan bumi (earth) pula ada atmosfera yang penuh nitriogen, oksigen dan air (H20). Maka semua bahan-bahan atau unsur-unsur kimia yang ada pada kerak planet masing-masing tentunya amat berguna kepada pelbagai makhluk atau hamba Allah, sama ada yang beracun, tak sesuai untuk manusia atau yang sesuai berdasarkan kepada nisbah atau peratusan yang dibenarkan atau boleh diterima oleh tubuh secara jasmani, rohani, emosi, intelek (minda) dan lain-lain lagi.
Adanya sistem sebegini, dan juga tamadun terkini, yang akan datang, yang ada ‘pemacu cakera keras’ (hard disk drive) , pelbagai sistem perhubungan maya, yang laju, bercorak (binatang) apakah yang ada di langit seperti satelit, kapal angkasa dan pelbagai kemajuan lain yang menggunakan hasil bumi dan langit serta lain-lainnya. Semoga apa-apa kemajuan hendaklah dikaji semula dan keturunan manusia dapat hidup dengan selesa tanpa pelbagai kerosakan atau pencemaran, pembaziran, tetapi dan alangkah baiknya dengan penuh ketaqwaan, hik’mah, kebaikan yang berterusan sepanjang zaman, tempat, bangsa, spesies dan sebagainya.
Dengan tercipta pelbagai kehebatan hasil aqal manusia dan jin maka manfaatnya boleh dinik’mati oleh semua yang ada, manusia, jin, binatang, bumi, langit dan seluruh alam sejagat. Gelombang yang tersebar di serata temapat, angkasaraya menceritakan apa yang terkini atau yang sudah berlalu, atau yang akan datang. Sejarah yang hampir sama akan berulang lagi jika ianya dikehendaki oleh Allah, dan dengan tamadun yang dikawal dengan undang-undang sejagat akan lebih tersusun dan dapat memerintah sistem yang ada dengan sebaik-baiknya. Ilmu kebetulan juga, adalah bukti kekuasaan Allah.Jadilah!
Akhirnya, semua yang hidup, yang belum mati, yang telah wafat, seperti Rasulullah Muhammad s.a.w, lahir pada 20 April tahun Gajah, dan selepas 610 Masihi wahyu mula diturunkan di kawasan Mekah, ada berhadis dan kemudian tersebar di seluruh alam semesta dari alam yang tinggi, Arash yang hebat 360,000 sendi, dengan adanya balasan indahnya nik’mat syurga dan neraka, yang dihina dan Azar, bapa Nabi Ibrahim yang menjadi hena (anjing hitam berdebu yang dicampak ke neraka pada hari pembalasan dan semoga dapatlah manusia dan jin menjaga keturunan masing-masing agar selamat selepas tinggal kehidupan dunia yang sebentar sahaja tempohnya. Awasilah bencana gelombang! Semoga sel-sel badan dapat dicegah dari terkena musibah, penyakit dan sebagainya. Semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa-dosa, Amin!

RUJUKAN:
1. AL QUR’AN dan terjemahan Bahasa Melayu
2. MISTERI UFO & MANUSIA, CHAM NONG ALIAP,2000, DJ PUBLICATION,KL.
3. Menyingkap Rahsia Alam Malaikat- Penterjemah Nurul Hikmah karya Sheikh Mustafa ‘Asyur-Thinker’s Library 1999
4. Understanding The Earth and The Universe, book 4 & 5, Penang, Malaysia 2005 Feringghi Distributors
5. www.answers.com, www.howstuffworks.com, www.betterworldlinks.org
6. Pengalaman, pengamatan, kajian, pemikiran, bacaan, dll daripada usaha penulis
paten . .. ........ .

No comments:

Post a Comment