Thursday, August 12, 2010

Karangan Muntahan dari ......

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 Hipotesis awal , makna ‘pokok’ di dalam Al Qur’an adalah menggambarkan pencapaian sistem perhubungan antara manusia dan jin seperti di dalam sistem komputer dan seumpamanya yang ada kandungan wayar (ranting) emas tulen atau bercampur atau jenis logam lain dan ada ‘paku buah keras’ seperti penciptaan cakera keras yang menggantikan penggunaan kertas dari hasil pokok atau pun menggambarkan yang tak berhuruf dan tidak bersuara seperti hubungan bergelombang (λ), ‘internet’, pelbagai simbol seperti di dalam bahasa jiwa bangsa Bani Adam umpamanya.
 Maka perlulah ada kawalan mengelakkan golongan yang mengikut hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang jahat, yang bukan termasuk di dalam hal-hal ‘jihad’ seperti siasah pemerintahan, ekonomi, polisi dalam dan luar, peradaban ala ‘Darul Jalal’ dan ‘Darus Salam’ misalnya dan lain-lain aspek keselamatan, kesihatan, keutamaan yang betul, kewangan, kehidupan serta kematian (kiamat kecil) seterusnya menemui Hari Pembalasan (Kiamat Besar).
 Begitu juga dengan apa yang dimakan, diminum, dihisap, dimasukkan ke dalam rongga manusia dan jin, yang ada roh, saka, penjaga seperti yang ada di dalam ayat Al Qur’an- setiap benda/barang/orang ada penjaganya, ada pihak yang bertanggungjawab memantau segala apa yang diizinkan oleh Allah. Berhati-hatilah dengan apa yang diusahakan, tidak seperti Abu Lahab yang isterinya bekas Ratu Mekkah yang dilaknat di dalam ayat-ayat Al Qur’an walaupun begitu gembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw.
 Ini juga boleh disemak berdasarkan ayat-ayat Al Qur’an dan kajian penulis saudara Amaluddin Darus “Pintu Langit Mula Dibuka” karya dihabiskan di bulan Sya’aban1396H atau Ogos 1976, Pustaka Ahad K.L,1977 “Dan sekiranya Kami buka bagi mereka satu dari pintu langit, maka mereka pun terus menyerbu padanya” Al Qur’an -15:14.
 Kata Isa putera Maryam “… Ke tempat aku pergi itu, kamu tidak dapat mengikuti sekarang. Tetapi kemudian kelak kamu akan mengikuti aku.” John-13:36
 Mampukah ‘Darul Makwa’ muncul di kemudian hari, semuanya dengan izin Allah, Pencipta seluruh alam dan ilmu, Yang Haq lagi……
Renungan dari ayat-ayat Al Qur’an
Terjemahannya..: “Bagi setiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantahmu dalam urusan ini dan serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus. Dan jika mereka membantah kamu, maka katakanlah: “Allah lebih mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan”. Allah akan mengadili di antara kamu pada hari kiamat mengenai apa yang kamu selalu berselisih padanya ”, Surah Al Hajj ayat 67-69 diturunkan di Madinah.

KESIMPULAN atau marilah bersama-sama mencintai ilmu dunia dan akhirat

Watak dari kota/negeri Mekah (Bakkah)-pukulan atas tengkuk, negeri yang hancur oleh sebab sifat tak’bur suatu ketika dulu. Pandangan-pandangan atau pun tentangan-tentangan dari angkasa dan pelbagai kemajuan lain yang menggunakan hasil bumi dan langit serta lain-lainnya dengan penuh ketaqwaan, hik’mah, kebaikan yang berterusan sepanjang zaman, tempat, bangsa, spesies dan sebagainya.
Di serata cerok rantau dan perkataan mlayu dalam makna bahasa jawa kuno yang membawa maksud mengembara atau berlari selepas 610 Masihi dengan tibanya wahyu dari alam yang tinggi, Arash yang hebat 360,000 sendi, dengan adanya balasan indahnya, hebatnya nik’mat syurga dan neraka, yang dihina dan Azar, bapa Nabi Ibrahim yang menjadi hena (anjing hitam berdebu yang dicampak ke neraka pada hari pembalasan) dan perlu elak bernazar seperti nazar para penduduk kota Mekkah dahulu yang menuju kepada pemusatan ‘berhala Al Latta dan Al ‘Uzza’ atau campurtangan jin-jin seperti yang beraura tangan yang empat, enam, atau lapan.
Cerita kerajaan istana indah ‘Nyi Loro Kidul’ dan pelbagai jenis jin seperti sirah Rasul, Nabi Sulaiman a.s. Kemudian wujud berita misteri seperti susuk bertubuh hijau seperti di planet Marikh dari pihak NASA dan seperti juga bentuk tubuh puteri ikan duyung(mermaid) atau pun puteri atau Nyi di gunung-gunung atau kawasan tinggi, lautan-lautan tertentu dan di kawasan padang-padang pasir dengan pelbagai cerita fatamorgana dan di sebalik pelangi, kabus misteri yang meyeliputi atau menyelimuti sesuatu tempat serta angin dengan deruannya dan guruh-gemuruh. Di sebalik arakian adanya al kisah 300 menteri daripada kalangan jin di zaman Sulaiman a.s dan kisah 1001 malam dari zaman Khalifah Harun Arrasyid yang menangis setiap kali selepas solat 5 waktu membaca surat daripada kawan lama iaitu Imam Sufyan At Thauri, imam mazhab umat Islam juga
Para da’i yang berlemah-lembut dengan penuh hik’mah dan taqwa, semoga mereka menjadi penjana panduan penyuluh ilmu manusia dan jin juga, serta para pengkaji yang mengagungkan kebesaran dan mengakui hebatnya Pencipta seluruh alam fana, maya dan baqa’.Ada juga sirah riwayat Bukhari/Muslim yang menceritakan ucapan orang-orang yahudi seperti “Assamaalaik! Yang membawa maksud ‘racun atas kamu’ yang dijawab ‘Alaikum’ yang bermaksud “ke atas kamu juga”. Walaupun Aisyah ra membalas dengan ucapan, “Bal alaikumussalam wallak’nah” yang bermaksud, ‘Tetapi juga atasmu yang beracun dan kutukan’. Rasulallah saw lalu menegur Aisyah ra dengan bersabda, “Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah menyukai kasih sayang pada tiap-tiap sesuatu.” Aisyah cuba mempertahankan diri, “Tidakkah tuan mendengar kata-kata mereka tadi?” Namun Rasulullah saw melegakan hari isteri kesayangannya dengan bersabda, “Aku telah mengatakan ‘alaikum’ kepada mereka tadi.”
Segala kehormatan, keberkatan, selawat dan kebaikan hanya untuk Allah adalah ayat pertama di dalam pertemuan misteri ‘Isra’ dan Mik’raj’ .Ada juga teknologi kapal jet ‘Mirage’ Perancis yang dicuri teknologinya oleh rejim Zionis dengan ada binaan jet Kfir yang pernah dijual kepada Amerika (1970M). Lebih baik untuk mendekati Al Qur’an belajarlah bahasa Melayu di dalam tulisan jawi/Arab dan hati-hati dapat bersatu dengan tali Allah tanpa mengira bangsa dan bahasa yang dijiwai atau latar belakang sejarah yang tersendiri atau Sunnah Allah.
Dengan pelbagai bahasa dan negara serta negeri-negeri yang ada peta yang tersendiri hasilnya semoga dapat rahmat dan keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa-dosa, Amin!

RUJUKAN:
1. AL QUR’AN dan terjemahan Bahasa Melayu
2. MISTERI UFO & MANUSIA, CHAM NONG ALIAP,2000, DJ PUBLICATION,KL.
3. Understanding The Earth and The Universe, book 4 & 5, Penang, Malaysia 2005 Feringghi Distributors
4. Kosmo, ms 9, Ahad 27 Januari 2008
5. Majalah Nur, ms 99, Bil.64, Februari 2008
6. www.answers.com, www.howstuffworks.com, www.betterworldlinks.org
7. Pengalaman, pengamatan, kajian, pemikiran, bacaan, dll daripada usaha penulis
paten . .. ........ .

No comments:

Post a Comment