Monday, May 17, 2010

Tersungkur Di Pintu Syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Tersebutlah berita bahawa kematian bekas pemimpin utama* Al Arqam di Ipoh, Perak, yang juga bekas pemimpin utama Rufaqa' dan terakhir Global Ikhwan Sdn. Bhd. Allahyarham juga merupakan bekas ahli PAS tetapi minatnya berubah dengan imej hijau berjubah dan berserban serta mulanya hasil keluaran barangan runcit seperti kicap, sos, majalah, dan lain-lainnya.
Allahyarham pernah digembar-gemburkan sebagai calon Perdana Menteri di samping menempuh zaman kegemilangan terutama semasa 1980-an dan sebelum Al Arqam diharamkan di tahun 1990-an. Jaringannya boleh dikatakan di merata negara termasuk dengan ahli-ahlinya seperti di Indonesia, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Pernah digelar 'Bapa Poligami Malaysia' yang sinonim dengan perkahwinan lebih daripada satu, malah dua, tiga atau empat bahkan menjadi isu hangat mengenai niat jika kesemua isteri-isteri itu adalah dikatakan anak dara belaka. Biarlah dengan prasangka yang baik, bahawa semua itu menaikkan kebangkitan Islam dengan 'Revolusi di Iran' yang juga pernah memberi bantuan kewangan kepada Al Arqam dulu. Biar dikatakan sebagai yang 'Tersungkur di pintu syurga' daripada terpilih sebagai yang tersungkur di pintu neraka, bahkan elakkan dari masuk ke neraka tanpa hisab disebabkan niat yang terpesong.Semoga Allah melindungi dari menerima kekalahan besar di akhirat nanti.
Perubahan telah berlaku dan kini, Iran banyak menunaikan fardhu kifayah, wakil negara Islam yang maju di dalam pelbagai bidang teknologi, sukan dan lantang di dalam mengelakkan penjajahan kuasa dari luar rantau, di samping sokongan pelbagai gerakan Islam seperti PAS di Malaysia ketika perang Iran-Iraq. Bahkan Iraq bagaikan telah menerima hukuman di dunia dengan penurunan status sebagai sebuah negara yang terkaya di dunia kepada salah sebuah negara yang termiskin di dunia dengan penuh berdarah, sengsara, penjajahan dan sebagainya.
Amerika dan kuncu-kuncunya kini aktif beroperasi di kawasan peta dahulu Khurasan atau yang dinamakan mereka Baluchistan. Apakah mereka berpuas hati memasuki kawasan yang dikatakan pusara pelbagai empayar di muka bumi Allah ini?
*Allahyarham ustaz Ashaari

Monday, May 10, 2010

Wakaf atau derma atau sedekah jariah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Kementerian Wakaf seperti di dalam sistem besar umat Islam di dalam proses melibatkan belanjawan sudah dikira tiada semenjak penghapusan kuasa sistem khalifah oleh Mustafa Kamal terkutuk. Tetapi peluang yang dikatakan untuk bersedekah jariah hingga kiamat seperti untuk masjid, pusat pengajian atau lain-lainnya masih ada lagi.

Daripada maklumat berikut, bolehlah anda yang prihatin agar sama-sama terlibat di dalam membina pembangunan yang melibatkan dunia dan akhirat. Semoga Allah memberkati dan merahmati anda supaya operasi Maahad Tahfiz Al-Quran (Anak Yatim) Darul Tahzhib yang beralamat Belakang 1075, Mukim 9, Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar, 11920 Pulau Pinang dapat berjalan sepenuhnya.

Sumbangan ikhlas ke akaun Bank Islam di atas nama:
MAAHAD TAHFIZ DARUL TAHZHIB NO. AKAUN:070 340 1002 9232

ALAMAT emel: maahadtahfiz.darultahzhib@gmail.com
LAMAN WEB: http://darul-tahzhib.blogspot.com/

Ada rancangan juga untuk membeli tanah 5 ekar yang berdekatan untuk membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan lain-lain lagi. Ingatkah anda bila Nabi s.a.w wafat, maka berita yang sampai kepada seorang sahabatnya*1 di Yaman yang menyampaikan sebaran Islam tetap dengan dakwahnya dan bertanyakan sesiapakah lagi akan membela anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal?

Di antara akhir kalam Nabi s.a.w juga ada juga melibatkan wasiat suruhan pembelaan*2 kepada yang lemah. Semoga kita dapat bersama-sama membantu dan membuat apa saja yang termampu untuk mereka yang tertindas dan teraniaya di mana jua mereka berada seperti yang banyak terjadi khususnya umat Islam.

Semoga keinsafan meruntun hati nurani ... kini hingga kemudiannya.

*1 - Muaz Bin Jabal r.a
*2 - Saidina Ali r.a krw

Thursday, May 6, 2010

Ziarah menziarahi saudara dan rakan serta jiran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Melawati saudara mara, mengikat atau menyambung silaturrahim atau yang ditimpa musibah atau yang sakit adalah satu daripada amalan yang disukai para malaikat yang mendoakan hingga pembalasan yang baik.

Mungkin dengan masa yang terluang, peluang tak dilepaskan dengan keikhlasan mendapat rahmat Allah di kemudian hari. Bersama mereka yang memerlukan sokongan dan sebagainya, ziarahi agar meninggalkan sesuatu yang bererti hendaknya.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat; baik engkau, baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan diri di dalam syurga iaitu suatu tempat yang baik."

Semoga amalan yang baik memberkati lagi kehidupan di dunia dan di akhirat nanti.

Wednesday, May 5, 2010

Sukarela Khidmat Bakti Masyarakat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Sesiapa atau mana-mana kumpulan boleh menyumbang kepada perkhidmatan dan aktiviti untuk orang-orang buta semoga anda dibimbing di dunia dan tambah lagi di akhirat nanti. Semoga usaha mulia menambah keberkatan rezeki yang dikurniakan.

Boleh menderma dan apa-apa lagi terutama di bulan puasa jika yang muslim. Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak sekian lama, maka di bawah ini maklumat alamat dan lain-lainnya, semoga berjaya akhirnya.

Alamat surat-menyurat seperti derma:

Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia
Malaysian Association for the Blind (MAB)
P.O Box No. 10687
50722 Kuala Lumpur
(pengecualian cukai - sila fak slip bank-in) Akaun Maybank: 5140 5763 7836

Kompleks MAB
Jalan Tebing,
Off Jalan Tun Sambanthan 4
50470 Kuala Lumpur
tel:03-22722677 faks:03-22722676

Semua sumbangan melalui cek/ Kiriman Pos / Kiriman wang mestilah berpalang dan dibayar kepada ('Malaysian Association For The Blind')

Sekian, terima kasih.

Monday, May 3, 2010

Tip atau Petua Atasi Sifat Malas

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang


Di antara cara untuk mendapatkan kecemerlangan

1. Ingat sasaran dan matlamat diri
2. Amalkan kerja teknik 10 minit
3. Banyak membaca bahan motivasi
4. Susun dan mudahkan jadual anda
5. Rehat dan tidur yang cukup
6. Bersenam dan beriadah
7. Berkawan dengan orang yang positif
8. Amalkan teknik pernafasan
petikan Minda (Berita Harian 4-10 /5/ 2010)

Selamat beramal