Thursday, August 12, 2010

Lepas Tsunami 26 12 2004 Karangan banyak ditulis ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ada lagi....
Adalah wajar diketahui dengan tepat kedudukan yang berbeza antara Kalam Allah, Al-Qur’an dan mashaf yang melibatkan aqidah.
1. Kalam Allah ialah yang diterima oleh Jibra’il dan oleh baginda Rasulullah saw pada malam Mik’raj. Ia adalah qadim lagi azali, kufur hukumnya sesiapa yang yang mengatakan hadis.
2. Al Qur’an ialah yang dibaca semula oleh Jibra’il kepada baginda saw dan yang dibaca oleh Rasulullah kepada umatnya, tidak kufur jika dikatakan hadis kerana keluar dari mulut Jibra’il atau Rasulullah yang juga makhluk. Walau bagaimana pun dikekalkan dengan qadimnya adalah lebih baik dari mengelakkan kekeliruan.
3. Al-Mushaf ialah buku atau kitab-kitab yang mengandungi ayat-ayat Al Qur’an, tidak mengapa dikatakan hadis kerana ia terang-terang ciptaan manusia.

“Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Ucapan ‘Alhamdulillah’ memenuhi ruang antara langit dan bumi. Solat itu nur(cahaya). Sedekah itu bukti. Sabar itu sinaran dari Al Qur’an –hujah yang akan membela atau menentang kamu. Setiap orang keluar pagi menjual dirinya, dialah membebaskan atau terus membinasakan”, Abi Malik Al Asyaari r.a (H.R Muslim)

KESIMPULAN

Sememangnya tak dapat dinafikan pekerjaan terutamanya yang berteknologi tinggi, pakaian dan tempat mesti tersangat bersih daripada habuk-habuk, dengan suhu yang stabil, pakaian yang kadangkala seperti angkasawan walaupun tidak pergi ke bulan yang ada qarin, bila ada desas-desus yang mengatakan, Neil Armstrong telah mendengar azan di bulan dan ada satu lagi bulan yang lain. Kiraan waktu boleh guna sistem Hijrah atau Masihi (Julian-di timur spt. Orthodoks atau Gregorian spt di barat)).

Setiap ucapan berdasarkan kepekatan zarah-zarah atau atom-atom yang nampak atau yang tak nampak, boleh menghasilkan getaran yang bergema ke seluruh alam. Perkataan tersebut kemudian akan mempengaruhi alam sekeliling dengan cara yang sama. Rujukan dari jejak siber www.hado.net dan www.spiritofmaat.com/archive/nov1/cwater.htm , di samping ayat pertama surah Al Isra’ atau surah Bani Isra’el di bahagian akhir ayatnya……. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Dr. Masaru Emoto dari Jepun telah membuat kajian kesan air terhadap kertas yang bertulis perkataan yang baik dan perkataan yang tidak baik, kristal dari molekul-molekul yang baik adalah berbentuk yang cantik, sebaliknya dengan perkataan yang tidak baik, bentuk kristal yang kabur dan hodoh.

Solat itu nur (cahaya), sebelum bersolat diwajibkan/ eloklah membaca ‘Basmalah’, dengan air wudhu’, dan bolehlah beramal dengan amalan-amalan soleh yang dibenarkan. Hendaklah suci dari hadas besar dan kecil, taharah dan lain-lainnya. Oleh itu, bacaan ayat-yat suci Al Qur’an dan lain-lainnya adalah merupakan pengabdian kepadaNya bagi yang ada perjanjian dengan “Kami”- sama ada Allah-para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat, qadha dan qadarnya (rukun Iman yang 6) saperti yang tertera sebahagian ayat dalam surah Al Baqarah ayat 256.

Sedekah adalah bukti, di mana pengorbanan bakti termasuk nafkah keluarga zahir dan batin, ilmu, nasihat, wang, harta benda dan sebagainya dengan penuh kerelaan, ikhlas kepada Allah. Maka ada ayat-ayat “Kami” yang menyeru manusia kepada berlumba-lumba berbuat kebajikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Semuanya dengan berpegang kepada “Tali Allah”- hablillah.

Sabar itu sinaran, usaha yang dibuat manusia dan jin, maka wujudlah dari segala usaha dan susah payah pelbagai kehebatan ciptaan, termasuklah sistem Al Ankabut – laman web, kitab yang bercahaya- di paparan yang bercahaya – fi Lauhul Mahfuz. Seperti komputer dan segala yang canggih lagi memegunkan orang-orang yang belum mencapai kemajuan.

Hujah-hujah perdebatan, forum-forum, lautan ilmu yang hanya kita tekan atau ucap sahaja maka jadilah ia – teknologi “Kun Fayakun” yang tertera di dalam surah Yasin, dan surah ini adalah hati al Qur’an, akhlak Rasulullah saw adalah Al Qur’an dari Saiditina Aisyah r.a, Ummul Muk’minin. Ambil separuh agama dari mereka dan separuh lagi dari “Ahlul Bait” dari keturunan Rasulullah saw dan para yang soleh berdasarkan hak perseorangan atau individu-individu atau pun kumpulan-kumpulan. Inikah yang dikatakan golongan “Ashabul Kahfi”?

Ramai yang menggunakan ayat-ayat “Kami” untuk perdebatan tetapi amalan mereka tak selari atau pun selaras dengan apa yang dibawa oleh Jibra’il dan Rasulullah saw. Mereka menipu menggunakan Kitab Allah dan hadis Rasulullah saw dan yang kemudian daripada……ini.

Setiap orang yang mencari rezeki, dia menjadi ejen sama ada untuk rezeki yang halal atau yang haram, maka pada Hari Pengadilan, Allah Yang Maha Adil membuat semua keputusanNya sama ada, ada yang mendapat pengampunanNya, dibebaskan daripada azab sengsara atau terus menempah kebinasaan dengan azab sengsara. Na’uzubillahi min zalik’. Semoga berbahagia kepada yang berjaya, balasan syurga yang tak dapat digambarkan.

“ AKU sediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terguris dalam hati manusia.” Sabda Rasulullah saw dari Abu Hurairah r.a. Maka semua ayat-ayat yang diturunkan atau dinuzulkan ke dunia (alam yang fana-jin dan manusia dan lain-lainnya dengan apa-apa yang dikehendakiNya), ini termasuklah ayat-ayat Al Qur’an hanyalah ibarat yang supaya mudah difahami dan diambil pengajaran. InsyaAllah….

RUJUKAN 1. Al Qur’an dan terjemahan bahasa Melayu 2. Majalah i, BIL.26/DIS.2004 ms 19, www.karangkraf.com 3. DR. MUHAMMAD AL-TIJANI AL-SAMAWI-Akhirnya KuTemui Kebenaran, 1996,Karya Terjemahan Kumpulan Pengajian Islam UIA 1995 – “Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan kenistaan daripada kamu wahai Ahlul Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya” surat Al Ahzab, ayat 33. 4. Pembacaan, pemerhatian, pergaulan dsb dari penulis/pemikir ini semoga menjadi golongan Ahlul Al Bab. 5. Buku tulisan rekod penulis berbalut plastik, bergambar stem.
paten . .. ........ .

No comments:

Post a Comment