Monday, June 24, 2013

Anugerah Tokoh Guru Inovasi Daerah Barat Daya Pulau Pinang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

               Sempena majlis Hari Guru Peringkat Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, seorang guru dari SK Seri Bayu, Teluk Kumbar telah memenangi  anugerah Tokoh Guru Inovasi. Ia berkaitan penghasilan radio dan tv SK Seri Bayu berkenaan.

 
 Ada sijil, duit dan plak tanda kemenangan tersebut.
 

 
Ada juga surat penghargaan untuk si penulis blog ini kerana membantu dalam merakamkan suara dan olahan skrip ikut persembahan berkaitan. Khidmat untuk masyarakat @komuniti setempat dalam penyebaran maklumat. Kolej Komuniti, Peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran.

paten .. .... ...... . ...

Saturday, June 15, 2013

Menara Kuala Lumpur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari Ahad, selepas masuk Planetarium Negara, destinasi seterusnya adalah KLCC. Dari KLCC menaiki teksi RM25 ke Menara KL. Boleh dirancang agar dapat melihat matahari nak jatuh, masa petangnya.

 Cenderamata dari kawasan Menara KL
 Ada hujan di sebelah kanan gambar KLCC

 Selepas hujan, ada sedikit warna pelangi pada sebelah kanan gambar KLCC di atas.

 Ada kedai Ferrari dan kereta kuda, serta kuda untuk tunggangan. Ada Aquria dan contoh rumah ikut negeri-negeri di Malaysia.
 
 
Semuanya dikumpulkan di satu kawasan berbukit, dekat kawasan kabel Bukit Nenas pada satu ketika dahulu.

paten ..

Friday, June 14, 2013

Melaka Bandar Bersejarah, serta Kuala Lumpur (KL)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaPenyayang

Cuti dari mulanya ke LEGOLAND, kini satu keluarga sekereta, bertolak pula ke Melaka dan menyewa 1 bilik 2 katil di Hotel Sentral, Melaka selama semalam (RM270- 4 orang sarapan).

Esoknya, mulalah adegan melancong yang meliputi kawasan kapal ala Portugis itu dan berdekatan dengan Menara Taming Sari yang menyerupai bulatan lif seperti di LEGOLAND. Ada ramai pelancong pada hari sabtu itu, dan kemudian singgah makan sebelum bertolak ke Nilai, Negeri Sembilan untuk membeli-belah seperti kain, tikar dan pelbagai jenis baju ..nak raya nanti dan kemudian terus ke Kuala Lumpur.





Petangnya, sampai di KL, mencari hotel yang agak susah didapati kerana sudah penuh terutama berdekatan dengan Jalan Masjid India. Akhirnya bermalam di Hotel Ttanz yang baru dibuka 3 minggu bertaraf 5 bintang yang promosinya adalah RM240 semalam, 2 katil, 2 orang bersarapan.

Pada hari Ahad, paginya ke KL Bird Park dan Planetarium Negara.


 
Apa yang ditengok oleh dua ekor burung ini?
 Anak kecil main nak jadi .........
Tak ketinggalan, ada kegunaan teknologi menggunakan kuasa cahaya matahari dalam projek ke angkasa lepas. Selepas ini, berkereta ke KLCC dan Menara KL.

paten . ..... ...... . ...

Tuesday, June 4, 2013

Cuti-cuti Malaysia, Legoland Asia Yang Pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Musim cuti sekolah diserikan dengan mendekatkan seisi keluarga dalam siri santai dan lawatan ala cuti-cuti Malaysia.
Pertama kali ke Johor, dan melengkapi dari hujung utaranya Lebuhraya PLUS hingga ke hujung selatannya.
Kos dari Pulau Pinang ke tol Johor Baharu adalah RM87.70. Perjalanan bermula pagi khamis, 30 Mei 2013, jam 8 pagi. Setelah berhenti isi perut sebanyak 3 kali, pukul 6 petang sampai ke JB, kos minyak RM100 Exora dan berjaya tempah Hotel Selesa (2 katil =RM 191.00 lebih kurang tanpa makan).
Kemudian esok pagi, bermula jam 8 pagi ke Bandar Medini, Nusajaya dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi lebih. Jam untuk masuk ke LEGOLAND adalah 10 pagi tepat. Kos masuk RM510 guna Mykad untuk contoh 5 orang sekeluarga di gambar bawah ini.


Pelbagai pengalaman menarik di sini, tapi biarlah yang nak rasa, tengok, dan lain-lain mengalami sendiri jika ada peluang dengan izinNya. Ada kemudahan surau, makanan, dan pelbagai keseronokan terutama untuk kanak-kanak 3 orang seperti di dalam gambar itu.

Taman tema ini seperti namanya penuh mercu tanda yang diperbuat daripada lego itu sendiri dan dan digam kukuh menjadi bentuk-bentuk tertentu.




Selepas bersukaria terutama bagi kanak-kanak, boleh berehat, makan minum, kemudian solat jamak sebelum mulakan semula untuk jamu mata, membeli-belah hadiah dan barang kenangan.


Walaupun, ia ditutup pada 6 petang, tetapi boleh habis kira-kira pukul 4 petang, untuk beli-belah terakhir sebelum ke tempat parkir (RM7) pukul 5 petang. Kos anggaran menggunakan kenderaan sendiri untuk ke sini termasuk bermalam di hotel, makan minum,minyak dan lain-lain adalah lebih kurang RM1000. Jika sanggup bersengkang mata, guna waktu perjalanan malam dan tidur di dalam kereta sendiri, maka kos hotel Rm 200 boleh ditolak.
www.LEGOLAND.my

Ini diharap dapat kita berkongsi tips agar kemesraan dan waktu bersama keluarga bertambah baik dan menjadi kenangan hingga ke akhir hayat.

paten ..... ..... . ...