Thursday, August 5, 2010

Petikan-petikan Ayat-ayat "Kami"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Dia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan dan memberi harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian, mengandungi keterangan-keterangan bago orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi. Dengan perintah dan penentuan takdirNya, akhirnya, apabila ia menyeru kamu dengan satu seruan dari bumi, kamu serta-merta keluar . Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya",
surah A-Ruum (Rome), ayat 22-26.
Begitulah betapa hebatnya, ayat-ayat .., dengan kepelbagaian bahasa jiwa bangsa melibatkan percakapan, warna kulit, rupa paras, tulisan, isyarat, corak pemikiran, sempadan, kefahaman, dan keterangan-keterangan lain yang tentu menakjubkan lagi mengkagumkan ciptaanNya. Di sebalik semuanya itu, ada hikmah-hikmah tertentu dengan wahyu, berita, keterangan, dsb bagi memudahkan 'hati', menjiwai, meruhi, apa-apa yang tersurat lagi tersirat di sebalik semua kejadian-kejadian yang berlaku.
Begitu juga hasil kajian dengan izinNya, penulisan blog ini banyak memberi cahaya yang menerangi hati agar sama-sama merasai apa yang Allah sampaikan kepada semua yang di bawah kekuasaanNya. Dan terima kasih kepada semua yang bersusah payah menghasilkan pelbagai rujukan bagi peluang berblog ini untuk yang terkini dan masa depan. Semoga dapat diambil pengajaran-pengajaran dan yang paling penting, beramal dan bukannya dijadikan bahan muzium pameran untuk dilihat semata-mata oleh mata, didengari oleh pendengaran, dan disentuh, dan sentuhan hingga ke lubuk hati yang dalam. Kebenaran tak boleh ditolak dari hati, dan dengan persamaan secara matematiknya, menyesallah nanti jika mati sebelum hati mendapat cahaya kebenaran yang hakiki.
paten ...... ........ .

No comments:

Post a Comment