Saturday, August 21, 2010

Alam Sekitar, Pencemaran, Pemeliharaan, Pemuliharaan, Penanaman Semula, Kitar Semula, Tenaga Boleh Diperbaharui dll....,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selepas berita adanya pelaburan syarikat dari USA, maka terbuktilah bahawa syarikat itu, Solar Panel, telah mendirikan banyak blok bangunan di kawasan Kulim Hi-Tech, kawasan elit, kawasan bebas cukai, Free Industrial Zone, bagi perindustrian yang selalunya dikecualikan cukai bagi insentif pelaburan syarikat luar atau Foreign Direct Investment (FDI). Ini terbukti, ketika penulis kajian ini melalui kawasan berkenaan, sewaktu Pertandingan Sukan Politeknik dan Kolej Komuniti berlangsung pada bulan Disember 2009, yang dirasmikan di Politeknik Seberang Perai, oleh YB ADUN Seberang Jaya, Datuk Ariff Shah. Penulis ada terlibat sedikit di dalam permulaan, cetusnya teks ucapan, dan merupakan jurulatih dan pemilih bagi pasukan pilihan Kolej Komuniti Bayan Baru, bagi kategori staf dan pelajar (kalah menang adat pertandingan, tetapi bertambahnya ramai kenalan,pengalaman dan sebaginya yang tentunya menambahbaikkan siasah warga Politeknik dan Kolej Komuniti, juga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Suasana keamanan dan ciri-ciri keselamatan amatlah penting, dan ini terbukti di mana bahagian penyelidikan hasil beta seperti Intel Corporation telah dipindahkan kembali ke Silicon Valley, California, sejak kepercayaan telah terhakis akibat anggaran kira-kira RM50 juta cip-cip penyelidikan telah dirompak di kawasan kargo Malaysia Airport Berhad (MAB), dan inilah punca besar berdasarkan kajian ini dijalankan, bahawa 'Trust begin from the inside jobs, before the outside jobs are taken care of', sekali sudah tertipu atau diselewengkan, maka agak sukar dipercayai lagi perkara itu tak akan berulang lagi.
Siaran pendidikan di Astro Malaysia, di bawah usahawan, hartawan, dermawan, dengan limpahan rezeki, D. Ananda Krishnan meliputi Discovery.com, History.com dan lain-lainnya. Pengambilan manfaaf daripada pelbagai jenis intipati yang ada juga unsur-unsur hedonisme atau budaya kuning termasuklah budaya zina rogol yang menjadi isu nyata sejak revolusi industri terutama selepas kemelesetan ekonomi pada tahun 1980an, ..1985 dan 'Harimau Asia Tenggara' mendadak mendongak langit selama 7 tahun sebelum datangnya 7 hingga 9 tahun atau pun 12 tahun.
Pada tahun 1985, 1997, dan 2009 terbukti menyesakkan ramai rakyat pencari kerja di Malaysia walaupun diakui sememangnya isu pengangguran sentiasa ada, cuma terlampau banyak atau pun peratus yang kecil yang perlu latihan semula, seperti dengan kursus jangka pendek di pelbagai institusi swasta mahu pun awam termasuklah di kolej komuniti khususnya.
Negara-negara kecil, yang membangun, dan yang baru nak membangun, tentulah amat memerlukan sumbangan kepakaran atau pun ala Timur Leste, yang dilanda perang dalaman yang sememangnya ada di hampir seluruh penubuhan negara yang terdiri dari pelbagai puak, kaum, dan fahaman-fahaman yang berbeza.
Laporan dari negara-negara di Scandinivia (siaran Astro) misalnya menunjukkan, walaupun tahap cahaya matahari yang sampai kepada kawasan mereka adalah agak terbatas, tetapi mereka berjaya manfaatkannya semaksimum mungkin dengan pemasangan bumbung-bumbung berpanel solar, yang memenuhi citarasa senibina / arkitek bangunan-bangunan yang sedia ada. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi di kalangan mereka agar mereka berubah kepada yang lebih baik. Di Malaysia, walaupun syarikat "Solar Panel" berorientasikan eksport, syarikat-syarikat tempatan atau pun TNB mahu pun PETRONAS sudah tentu ada kemampuan berdasarkan sumber kewangan dan pengukuhan di sektor tenaga yang kukuh di sini dan bahkan di seantaro dunia juga. JIka barat dengan polisi 'globalisasinya', maka mengapa pihak di sini tidak bertindak sama bahkan syarikat kiriman wang, seperti Western Union yang asalnya berkembang di USA, kini sudah ada dan menjadi syarikat gergasi meliputi perkhidmatan seluruh dunia termasuklah di Malaysia kini berdasarkan pengalaman si pengkaji ini yang telah belajar dan menetap sementara di negeri Connecticut bersebelahan negeri New York di kawasan A bergaji mahal, New England, tanah bai'ah 13 keluarga yang bersumpah taat setia ketika perkembangan sejarah pembinaan negara mereka, selama lebih 7 tahun, 7 bulan di sana, USA.
Penggunaan tenaga suria menggunakan sel panel fotovoltaik (photovoltage), sudah tentunya berkembang kini, sebelum proses bermulanya, jika sebahagiannya rosak dan perlu diganti serta dikitar semula, mana-mana bahagian yang tak boleh digunakan lagi. Penulis juga baru-bari ini telah menjadi ahli NGO, pertubuhan professional yang berkaitan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.
Berdasarkan perkembangan dunia kini pada tahun 2010, dan 2011 serta 2012 yang dijangka penuh ketidakstabilan berdasarkan banyaknya gempa bumi, banjir, letupan gunung berapi, pencemaran, lapisan ozon yang terhakis dan kesan rumah hijau yang dibimbangi bakal memusnahkan banyak bandar-bandar bahkan negera Belanda dan juga kepulauan di perairan Lautan Pasifik serta Lautan Hindi telah memberi gambaran mengenainya. Hasil-hasil tangan manusia yang tidak mengimbangi unsur-unsur di Jadual Berkala, teruatamnya juga ujian letupan bawah laut di Pasifik oleh Perancis dan juga di Timur Tengah, di Afrika Selatan melalui Laporan Richard Goldstone, dan Dr. Ahmad Al-Bara..dei (UN -IEDA dll), dari Mesir yang kini ada ura-ura nak bertanding jawatan Presiden Mesir, yang hampir 30 tahun dipegang Pres. Hosni Mubara', yang ada kalanya digelar Fir'aun terakhir Mesir juga. "Ibarat kecil-kecil menjadi kawan, besar-besar menjadi lawan", iaitu api atau pun termasuklah manusia yang lupa lautan atau daratan juga.
Semoga dunia bertambah baik sebelum datangnya secara tiba-tiba, saat, sa'ah, tiamat menjadi qiamat, pintu taubat masih terbuka, maka tiada apa-apa lagi yang perlu diambilkira di dunia melainkan 'hari kebangkitan di padang mahsyar' kelak. Maka tak perlulah pula penyesalan agar manusia atau yang lain-lainnya mengharapkan agar menjadi tanah sahaja seperti di dalam ayat terakhir surah di juz 30, Al Qur'an.
TQ..
Rujukan:
1. biarjelas.blogspot.com
2. acherusctus.blogspot.com
3. Tabloid Kencana, Matahari, Mingguan Perdana, .... 2004, 2005, ...2010.
4. Al Qur'an,di samping terjemahanannya di dalam bahasa Melayu
5. Pemerhatian, pengalaman penulis di tempat singgahan, seperti Jepun, USA, Kanada, Taiwan, sempadan Thailand berdekatan Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Wang Klian dll.
paten

No comments:

Post a Comment