Thursday, August 12, 2010

Karangan Muntahan Luahan .......

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tersebutlah al-kisah dalam kategori Gurindam Kencana hampir sama tapi tak serupa seperti cerita kumpulan rangkap bahasa lebih 9,000 baris yang dikumpul, dijumpai secara tiga jilid salinan daripada tempat misteri yang lain oleh Pendita Za’aba yang berada tersimpan di Universiti Malaya, iaitu melibatkan kisah putera-puteri dan “Raja Gangga Sakti” melibatkan warna aura kekuningan dan kemuliaan kelompok Thursina.
Ini melibatkan seorang tuan puteri ‘Cahaya Bulan’ berkulit putih mampu bersinar (Snow White) atau tuan puteri ‘Intan Berlian’ yang diturunkan ke dunia secara misteri, sebagai anak angkat peranakan. Berlainan pula dengan putera “Indera” atau “In dera” yang kemudian turunnya ke dunia bertatahkan cahaya, perlu cahaya untuk elak ‘sawan tangis’ di waktu malam (lain dari yang lain sama ada cerita putera Buluh Betung atau ‘Ahmad Albab’) dan melibatkan tujahan tombak dan keris di lantai semasa sebelum perlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat berlarutan dengan lapikan talam-talam di lantai istana Sultan Melaka.
Entah macam mana berlaku pertemuan sejak kecil yang melibatkan senyuman tuan puteri itu yang mahal sekali ibarat senyuman “Nurul ‘Ain” dari syurga kayangan, maka kenangan yang mengusik hati itu telah melekat di dalam ingatan putera “Indera”. Sebagaimana kuatnya pengaruh gereja ketika lawatan semasa zaman kanak-kanak ke atas Pelopor Turki Muda pimpinan ‘Kamal Terkutuk’, sehingga mahu mengkristiankan Turki, maka begitulah ibarat kesan senyuman tuan puteri tersebut terhadap putera tersebut yang cukup mahal dan indah sekali sehingga dibawa kenangan manis itu ke mana-mana jua tempat di dunia.
Peristiwa dunia yang berlalu dan senyuman dari seseorang dengan kain kekuningan yang datang pada waktu solat subuh serta waktu solat maghrib dan isyak menyedarkan akan bermula kisah cinta dan dukacita, putera-puteri dengan penuh pancaroba dari penggunaan pancaindera, bercampur lawak jenaka dan linangan air mata bukan sahaja oleh dua putera puteri tersebut tetapi orang ramai yang lain dan ada yang bercampur simpati dan pengorbanan perasaan-bawa gambaran rindu para bidadari.

KESIMPULAN

‘Iktibar kisah di atas adalah mengenai tumbuhnya perasaan cinta, kasih sayang seperti di dalam Al Qur’an, dan Nabi Muhammad saw pernah memutuskan/membatalkan perkahwinan seorang perempuan kerana gadis tersebut tak suka kepada suaminya, maka hati yang dukacita melenturkan keceriaan dan seri muka sebagaimana air yang boleh membentuk kristal yang cantik dan indah atau pun yang kabur dan hodoh.
Solat itu nur (cahaya), sebelum bersolat diwajibkan/ eloklah membaca ‘Basmalah’, dengan air wudhu’, dan bolehlah beramal dengan amalan-amalan soleh yang dibenarkan. Hendaklah suci dari hadas besar dan kecil, taharah dan lain-lainnya. Oleh itu, bacaan ayat-ayat suci Al Qur’an dan lain-lainnya adalah merupakan pengabdian kepadaNya bagi yang ada perjanjian dengan “Kami”- sama ada Allah-para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat, qadha dan qadarnya (rukun Iman yang 6) seperti yang tertera sebahagian ayat dalam surah Al Baqarah ayat 285, surah yang diturunkan oleh malaikat yang tak diketahui nama selain Jibra’il, termasuklah juga surah Al Fatihah yang menggemparkan dunia para jin.
Malaikat Jibra’il mengajarkan kepada Rasulullah saw mengenai solat dan wuduk. Setelah itu Rasulullah saw bersabda-terjemahannya”Telah datang kepadaku Malaikat Jibra’il ketika dia menurunkan wahyu pertama kepadaku. Lalu dia mengajarkan wuduk dan solat kepadaku. Maka tatkala dia selesai wuduk lalu dia mengambil sesenduk air untuk membersihkan alat kelaminnya (Ditakhrijkan oleh Imam Bukhari dalam sahih Bukhari, bab Bad’u al-Khaliq; Imam Muslim dalam kitab Al-Masajid wa Mawadhi’ al-Solah, hadis ke -166)
Kajian lain melibatkan warna seperti cahaya putih yang melalui prisma yang menghasilkan biasan cahaya merah, kuning,......biru yang semuanya mengikut seperti sinaran cemerlang pelangi atau pun buih yang pelbagai warna atau pun mutiara pelbagai warna atau pun hasil gambar-gambar di langit dengan pelbagai jenis liputan, cakerawala, birma sakti, gugusan-gugusan bintang dan “Arash Allah” terletak selepas 500 tahun dan 500 tahun, dan 8 kali kambing gurun setiap satunya 500 tahun jaraknya(bentuk Capricorn mungkin) dan pada buntut kambing gurun itu ada tempat Ma’arij, yang 50,000 tahun perjalanan manusia berdasarkan ayat-ayat Al Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah saw. Planet(Alpha Centauri) atau sistem cakera suria yang hampir sekali adalah berjarak 4.3 tahun cahaya, betapakah jauhnya dengan 1 saat cahaya bergerak hampir 300,000 kilometer.
Daulat warna aurat, aura seperti serban merah, kuning, serta kuda belang putih hitam semasa perang Badar- perang pertama Nabi Muhammad saw selepas hijrah, lambang atau tanda bantuan para malaikat, 3,000 dan boleh tambah hingga 5,000 bilangan mereka.Israfil pernah menawarkan kepada Rasulullah saw sama ada nak jadi Nabi atau Raja, jawapannya tentulah nabi, dan menjadi sunnah Rasulullah saw adakalanya memakai persalinan berwarna merah pada hari jumaat.3 Bangsa-bangsa malaikat (majority report) yang wajib mengadili dan tidak sekali-kali dapat ditumpaskan.
“Mereka berkata: “Mengapakah tidak diturunkan bersamanya seorang malaikat (angelos)? Kalau Kami turunkan seorang malaikat, nescaya binasalah mereka itu dan tiada mereka diberi tempoh.”ayat 8 surah Al An ‘am. Berbahagialah sesiapa yang berusaha mengenal Tuhannya, maka persoalan pertama di alam kubur ‘Marabbuka’ boleh dikira selamat.
Dari Iyadh bin Himar Al Mujasyi’iy r.a…Sabda Rasulullah saw lagi:”Sesungguhnya Allah SWT mengawasi penduduk bumi dengan kemarahan, baik bangsa Arab mahu pun bangsa Ajam kecuali saki-baki ahli kitab, Allah SWT berfirman yang bermaksud: (Muhammad) untuk mengujimu dan menguji orang lain dengan engkau. Aku turunkan kepadamu kitab yang tidak ‘Sirna’ kena air yang dapat engkau baca di waktu tidur dan bangun.”
Sabda Rasulullah saw lagi: “Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kepadaku supaya membangkitkan kemarahan orang-orang Quraisy, kemudian aku menjawab, Ya Tuhanku! Kalau aku membangkitkan kemarahan mereka maka sudah tentu mereka pecahkan kepalaku.” Lalu Allah SWT berfirman:”Usir mereka seperti mana mereka mengusirmu, perangi mereka nescaya akan Kami bantu kamu memerangi mereka. Keluarkan segala dana, nanti Kami beri dana engkau, hantarkan pasukan tenteramu nescaya akan Kami hantarkan tentera Kami 5 kali ganda dan perangilah kamu bersama orang-orang yang taat kepadamu.”….

RUJUKAN 1. Al Qur’an dan terjemahan bahasa Melayu 2. Pembacaan, pemerhatian, pergaulan dsb dari penulis/pemikir ini semoga menjadi golongan Ulul Al Bab.3. Menyingkap Rahsia Alam Malaikat- Penterjemah Nurul Hikmah karya Sheikh Mustafa ‘Asyur-Thinker’s Library 1999 4. Suratkhabar Seleksi 15 Mac 2005 ms 9.
paten . .. ........ .

No comments:

Post a Comment