Tuesday, August 10, 2010

Koka Vikoka, Gog Magog, Yakjuj Makjuj...Jupiter/JulliPeter, Nibiru Andromeda, End Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allah Yang Maha Perancang, Dialah sebaik-baik Perancang. Maka apa-apa yang dirancangNya tak boleh dihalang dan tak boleh disangka burukkan. Kelebihan dan kekurangan adalah dari Allah, tetapi ikhtiar untuk melakukan perubahan yang mengubah nasib sesuatu kaum dengan izin Allah.
Tidakkah kisah Harut dan Marut, adalah seperti kaitan dua kuasa besar dunia kini seperti hal perlumbaan teknologi, persenjataan, kecanggihan sistem pemerintahan? Dan mereka tak ajar sihir pun, tetapi mengajar dan mengajak manusia untuk melihat kelebihan-kelebihan mereka. Dan turunnya seangkatan angkasawan termasuklah dari Russia, Amerika, Eropah, Timur Tengah, Malaysia, dsb ke dunia menceritakan pengalaman-pengalaman dan kisah betapa susahnya dari jutaan manusia dengan tekunnya di dalam latihan, calon-calon yang terpilih, akan akhirnya menapak dan membuang air kecil di kawasan jiran atau ziarahannya. Itu adalah undang-undang antara angkasa raya dan antarabangsa kini.
Jika dulu ada gambaran seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Jentayu, Garuda, Berparuh lambang kekuasaan, keagungan, semangat, bahkan diberitakan bahawa ada perzinaan antara ahli-ahli (Mesir purba sebelum kejatuhan pelbagai dinasti mereka) keluarga, ayah-anak, ibu-anak, sesama adik beradik, banyaknya perzinaan, kaum Lut, yang ditegur, maka gugurlah seperti 'daun-daun yang dimakan ulat' seperti para tentera Abrahah (tahun Gajah), maka lahirlah zuriat yang sa'adah, membawa cahaya, junjungan yang mulia, maqam yang terpuji sebagaimana yang dijanjikan. Bagaimanapun suasana itu sudah ada di akhir zaman ini, dan perubahan yang boleh 'menyelamatkan' bermula dengan pemilihan mereka yang ahlinya di dalam bidang kepakaran masing-masing. Tidakkah hancurnya kota Lod_kaum Nabi Lut as menunjukkan kejayaan memakmurkan dunia perlulah dengan pengabdian kepada Nya, Yang Menciptakan segalanya dengan pedoman wahyu Ilahi melalui rasul-rasul pilihan?

Tiamat atau Qiamat menjelma. Apakah hari kebangkitan di dunia ini? Empayar yang tidur, atau empayar yang sedang membangun semula ..... penanda terakhir sebelum bermula yang baharu berdasarkan ayat-ayat mengenai hari di dalam AlQur'an.
Tidakkah Koka Vikoka......Yakjuj Makjuj memberi gambaran betapa dunia, alam fana memerlukan kemajuan dengan pemeliharaan yang menyelamatkan, terlalu banyak yang tak kena pada tempatnya (kezaliman) ala "Greenpeace", kurangkan pencemaran melalui ala Perjanjian Kyoto dsb? Surah Al Fil (gajah), Al Ankabut (labah-labah), dll. menggambarkan sama ada peradaban/tamadun yang perlunya bimbingan wahyu Ilahi seperti yang terkini dan semakin terkini, terkehadapan juga. Kemeriahan media massa, ulangan kisah popular, kaya dsb. maka keriuhan juga menunjukkan bahawa dalam hiruk pikuk, maka selalunya akan ada pemenang dalam perkara krisis / perselisihan. Ini mengisahkan 2 blok melibatkan timur dan barat, fasa pertama di awal abad, di awal millenium, 2000, sama ada dikatakan Perang Dingin yang membiru dan meNibiru, atau pun api peperangan, paluan gelombang semangat gah waja, bersama bersatu tekad, azam membara berkongsi pendapat dan mengelakkan keburukan menguasai berita-berita dunia. Inilah beritanya, bertanyalah kepada yang berhak, layak dan mampu memperkukuhkan kedudukan masing-masing. Harapan besar bila generasi berubah, zaman berubah, kehidupan berubah berdasarkan perkembangan zaman dan Al Qur'an adalah pertunjuk yang tiada sebarang keraguan di dalamnya.
paten . ........ .

No comments:

Post a Comment