Monday, July 5, 2010

Selepas Ribut Padang Pasir di Timur Tengah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tersebutlah kisahnya, di dalam masa selepas askar-askar Soviet Union balik ke negeri mereka masing-masing, timbullah pula peperangan media yang besar di dunia. Maka jatuhlah empayar berlambang cekok (kaum pekerja) yang memutuskan leher Empayar Burung dua kepala(keluarga Ramanov) dulu melalui Revolusi Bolsheviks 'Beruang tentera Merah' yang mengalahkan Tentera Putih. (1917-20 -- 1987-1990M)
Perang menggunakan media massa telah menjatuhkan Soviet Union di samping Revolusi Teknologi Maklumat begitu mendadak berkembang. Maka selepas perang Teluk pertama, berlaku pula perpecahan Blok 'Pakatan Warsaw', Eropah Timur bergolak seperti di Balkan, tetapi USA menghantar askar-askarnya ke Somalia, Tanduk Afrika. Kemudian polisi USA berubah dengan Presiden baru mengembalikan askar-askarnya dari Somalia, ("Askar USA kuat dengan senjata" lebih kurang skrip askar muslim Malaysia berketurunan Cina yang membantu menyelamatkan askar-askar USA yang terkepung-"Black Hawk Down") dan lambat bertindak dengan Eropah yang berburuk sangka terhadap umat Islam.
Surat minta bantuan dihantar oleh seseorang orang dekat Sarajevo ke Malaysia, mengenai serangan 'Serbia Raya' yang akhirnya berkecai tak boleh merayakan hari kemenangan 'assobiyyah' berkenaan. Kemudian berlaku pula, bala bencana di USA seperti Banjir Sepanjang Abad (Flood of the century), gempa bumi, kemarau 7 tahun di California (khabarnya bermaksud Khalifah untuk dunia - kisah penduduk pribumi), taufan hebat sedekad dan lain-lainnya. Itulah kata seorang paderi di USA bahawa , "Tuhan mesti marah dengan Amerika"("God must be angry with America").
Kata yang kini telah bersara seorang Brigad. General Malaysia, yang telah membantu menghantar askar-askar Malaysia ke Balkan, mengenai peristiwa berkenaan itu adalah "Sumpah Pak Arab". Semoga diambil apa-apa yang baik agar kita sentiasa mengharapkan "Allah yang menentukan segala hak-hakNya".
paten ...... ....... .

No comments:

Post a Comment