Wednesday, July 28, 2010

Tawarikh, Tarikh dan Apabila sesuatu berlaku, rujuklah ....Kitab ..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Keindahan yang diberikan di sebalik 'pengkalan data' otak yang duduk di tengah di atas kepala, maka sujud adalah satu kaedah yang terbaik bagi mengalirkan darah ke tempat yang tak boleh jadi jika di dalam kedudukan yang lain, ada juga di dalam agama yang lain seperti yahudi, dan nasrani juga.
Begitulah juga di sebalik apa yang berlaku, maka ia adalah membuktikan bahawa Allah Yang Maha 'Lembut' di dalam memerintahkan hamba-hambaNya seperti membiarkan Iblis berkata selepas kewafatan Nabi saw bahawa baginda suci dan tak perlu dimandikan dan sebagainya, tetapi suara Nabi Khidir as juga memberitahu kepada Ali ra, agar jangan dengar godaan ayat-ayat Iblis berkenaan. Betapa sedihnya para sahabat disebabkan berlaku pertengkaran dan penangguhan selepas kewafatan baginda saw hingga akhirnya lambat pula disegerakan upacara hingga ke akhirnya urusan jenazah baginda saw.
Hikmah di sebalik pemilihan menggunakan bai'ah hinnga terbukti diambil contoh dan pengajaran kepada sistem undian seperti di barat dan juga di timur bumi ini. Begitu juga sistem syura, mesyuarat, mesyuarah... bagi memutuskan, kata pemutus, resolusi, keputusan yang muktamad bagi sesuatu perkara atau hal yang berbangkit atau ada kemaslahatan ummah. Tetapi tidakkah berlaku mesyuarat atau keputusan lain selepas mesyuarat itu, seperti contohnya Majlis Tahkim dan munculnya kumpulan 'khawarij' yang adakan mesyuarat lain, yang menimbulkan masalah 'sejarah' dunia hingga kini. Tidakkah ini membuktikan bahawa kedegilan 'yang tak mahu patuh kepada keputusan mesyuarat', atau pun 'yang pandai-pandai itu mereka mesyuarat tambahan' telah menimbulkan pelbagai fitnah, dan 'fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh' Al Baqarah ayat 191.
Tidakkah fitnah juga dengan 'cop palsu' khalifah Saidina Osman ibnu Affan ra, yang mengarahkan 'kononnya' pembunuhan dua utusan ke Mesir bila sampai di sana, iaitu anak Saidina Abu Bakar sendiri, iaitu Muhammad ibnu Abu Bakar ra. dan seorang lagi rakannya, telah menimbulkan satu 'fitnah kubra', dan penulis warkah utusan itu adalah di kalangan Bani Umayyah sendiri yang juga ada perkaitan darah (DNA links) dengan Saidina Osman ra. Maka wujudnya 'konspirasi' memainkan isu-isu tertentu bagi memulakan apa yang dikatakan sebagaimana Nabi saw bersabda mengenai Ali, menantu nabi saw, bahawa Ali ra akan berdepan dengan peristiwa yang sama nanti selepas perjanjian Hudaibiyyah, iaitu golongan awwalin, yang Islam sampai kepada mereka dahulu, akan bersengketa dengan golongan yang selepas perjanjian H..h, baru pula memeluk atau memasukkan Islam di dalam diri, jiwa mereka iaitu, puak Bani, keturunan Abu Sufyan, yang ada ketika dilaknat Rasulullah saw, iaitu, Abu Sufyan, Muawiyah, dan Yazid, anak Muawiyah ra ketika mereka bersekali menaiki unta.
Muawiyah ra (adik ipar Nabi saw)telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang mengetahui hadis itu agar diam sahaja. Maka projek besar, Muawiyah sebagaimana yang diminta olehnya daripada abang iparnya, iaitu nabi saw, telah menunjukkan hasilnya di dalam sirah, siaran hari itu dalam sejarah... Kebijaksanaan Muawaiyah ra telah membuktikan bahawa, doa Rasulullah saw, tersangatlah mak'bul. Gahnya dengan binaan kapal-kapal untuk menakluk Kota 'Konstantinople', kini Istanbul, atau Islambol,... Islamboli tetapi belum berjaya dengan perlunya ciptaan meriam canggih.
Apakah sejarah kegemilangan Melaka dengan lingua franca lebih 80 bahasa dan dibuktikan dengan adanya perkataan-perkataan seperti dastar (tengkolok), istinggar (pistol hadiah Sultan Turki), khoja (kerja) seperti bahasa Albania, sejarah Anwar Khoja bertukar watak menjadi ubah nama sebagi 'Honxha' yang memerintah Albania selama lebih 40 tahun dan mengambil model negara China sebagai asas pembentukan negara. Tidakkah serba-serbi wal Balkan, bahkan 'Serbia' itu ada kisah di sebalik kisah di sebalik kisah, yang cukup agung itu?
Jatuhnya sistem pertahanan Kota 'Konstatinapole' atau Kota binaan kaisar Rom yang belum menganut "Nasrani..orthodok" dan ketika jatuhnya pula, Kaisar bernama 'Konstantinople', sebutan sama saja, maaf salah ejaan, mengetuai kota itu, dan Ardogan atau Erdogan, panglima Rom Byzantine, mengetuai bahagian sistem pertahanan kota itu. Akhrnya, jatuhlah, kekuasaan mereka denga sistem cukai yang tinggi, rakyat pula lari tak sokong mereka, dan kitab mereka telah memberi amaran dengan tanda, seperti jatuhnya 'patung Maryam..Mary..Virgin Mary' yang bakal mengundang padah dan alamatnya mereka terpaksa menyerah kalah selepas raja 'Konstantinople' hilang putus kepalanya. Saipakah pula yang dikatakan meracun Sultan Osmaniah, Sultan Muhammad Al Fatih, al Fatihah? Doktor Mustafa Jascovic, atau apa-apa namanya yang dirasuk godaan syaitan, yang dikatakan seorang pengkhianat (suku yahudi) yang menyelinap masuk di kawasan istana pemerintahan Osmaniah. Perlu ingat Yahudi ada pelbagai nama, jawatan, dan sebagainya.
Nabi saw telah memberitahu bahawa yang paling bahaya adalah yang berbahasa sama seperti kita, hidup di kalangan kita, yang kadangkala adalah dilahirkan dari perut ibu umat Islam, tetapi minda, mentaliti telah dibasuh, diasah, diprogramkan seperti mereka. Lihatlah bagaimana akhirnya golongan muslimin dan muslimat, seperti di Mesir, di tanah-tanah Arab dan seluruh dunia, sikap mereka, sama seperti rejim musuh utama Islam, seperti tindakan Lenin yang marah terhadap keluarga Ramanov dan pembantu-pembantu pemerintahan Ramanov, walaupun tak suka Osmaniah, yang begitu baik terhadap umat Islam di bawah empayarnya, dan juga telah merasmikan masjid sebelum dibunuh oleh Revolusi Bolsheviks, dan siapakah Lenin yang 20 tahun dalam buangan, menaiki kereta api dan mengeksploit kematian askar-askar semasa Perang Dunia I di abad ke-20.
Tidakkah mesyuarat-mesyuarat rahsia dan penuh rahsia telah dirancang dengan tersusun rapi, seperti di Tanah Swiss, yang bersifat 7, neutral, yang tak jadi ahli antarabangsa, seperti PBB dan lain-lainnya, pusat bank-bank, simpanan-simpanan rahsia, yang nampaknya boleh digunakan sesuka hati untuk mencorakkan dunia mengikut acuan yang penuh muslihat dan pelbagai godaan? Tidakkah mereka merancang dengan menggunakan umat berpaksi salib, yahudi dan lain-lainnya asalkan cita-cita agenda tercapai dengan sebegitu mudah. Lihat pula sekatan terhadap Iran, dengan pelbagai sekatan demi sekatan oleh PBB, Kesatuan Eropah, Amerika, Isra'hell, dan pelbagai lagi menggambarkan bahawa dunia ini penuh tipu daya.
Apakah mereka takut dengan kemajuan-kemajuan teknologi di kawasan Timur tengah, ini termasuk di jazirah Arab, Turkia, Persia, yang memenuhi fardhu (kifayah)dan simpati Rusia, yang diramalkan bakal menukar lambang salib dalam lebih 2 dekad dari 2007M? Mereka menjadi simpati dengan penolakan orthodok Arab dan perubahan hati, bolak-balik yang dimulakan oleh Catherina, yang telah membuktikan rahsia predator jelmaan syaitan semasa hidup Nabi Yahya as, John, Jon?
Lihat pula di Iraq yang saintis-saintisnya menjadi pemandu-pemandu teksi, jurutera-jurtera telah cuba dihancurkan kebolehan mereka, dan hidup di Iraq bagaikan neraka, sebuah negara yang hebat terkaya di dunia pada satu ketika, telah menempuh likuan-likuan, gelombang api yang dahsyat dan kematian akibat senjata-senjata pemusnah, nuklear, biologi,kimia dan kesan-kesan kecanggihan radiasi besi-besi, serbuk-serbuk beracun yang membawa sengsara selama mungkin hingga di bawa ke abad akan datang.
Apakah yang hendak dilindungi, sama ada sokongan kepada 'Isra'el'kah yang menjadi panduan, atau pertubuhan Haganah, kecenderungan idea Theore H... kah, Stern, Irgun, yang merampas baju-baju, uniform tentera-tentera British, dan mereka berjaya menubuhkan 'Isra'el', hadiah lesen pembunuhan yang terhebat selepas Perang Dunia II? Dan Kahila (pertubuhan hampir 2,000) yang menyokong penubuhan PBB. Apakah lambang perdamaian burung membawa tunas tumbuh-tumbuhan selepas banjir zaman Nabi Nuh as, lambang PBB adalah keamanan? Atau sebenarnya menambah pula api-api peperangan di seluruh dunia seperti di Timur tengah, dan di Balkan dan lagi, di Sudan dan lagi di merata tempat terutama di benua Afrika dan di Asia, dan lagi seperti di Amerika selatan? Apakah tindakan-tindakan pencegahan sebenarnya adalah pencetus api-api peperangan seperti di atas alasan Jemaah Islamiyyah dan Al Qaeda?
Jurang miskin kaya yang hebat, di mana hartawan tidak nampak jadi terlalu dermawan, di mana keikhlasan menjadi persoalan.Atau semua ini melambangkan kemarahan Tuhan kepada mereka yang suka melakukan dosa, maksiat, kerosakan-kerosakan di bumi ciptaan Allah ini? Siapakah musuh-musuh Allah sebenarnya, dan mereka pasti dibinasakan Allah, dan Allah tak akan mungkir terhadap janji-janjiNya. Dunia akhir zaman, dunia nak qiamat, qiam, dan tanda huruf mad, bila lagi nak berakhir?
Tidakkah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir (perlu lebih kajian) datang membantu mereka ini di dalam peristiwa sebagaimana yang dijanjikan Allah di dalam ayat-ayat Al Qur'an? Tidakkah Hang Tuah memberi amaran mengenai meriam-meriam Urban, yang dibawa balik ke kota Melaka, jurutera yang mati (bekas tahanan kota K..ple) ketika bola-bola besi sibuk melantun meruntuhkan binaan Kota Kons...ple, disebabkan panasnya meriam besar berkenaan? Tetapi para munafik di zaman Rasulullah saw semasa di Madinah tak percaya bahkan seperti mengejek, bagaimana nak lawan Kaisar dan Kisra sedangkan ketika itu mereka merasakan nak buang air di luar rumah pun seolah-olah dalam keadaan 'amat takut'. Ketakutan atau ketaqwaan kepada Allah adalah yang paling baik.
Kegelapan-kegelapan yang melanda umat Islam disebabkan mereka tidak mematuhi Islam dan sunnah Allah, yang telah menghukum mereka seperti di takluk kuasa-kuasa Eropah, dan silih berganti kuasa-kuasa Eropah menakluk dan membahagi dunia ini, walaupun satu ketika dahulu umat Islam cemerlang menguasai pelbagai tanah muka bumi Allah, bidang sains dan teknologi, astrologi, biologi, kimia, fizik, botani, tawarikh, kaji bintang,kaji binatang, kaji cuaca, dan lain-lain lagi. Fokus pemerintah umat Islam ke arah kebesaran dunia dan perhiasannya telah menjauhkan sokongan rakyat, dan akhirnya rakyat telah membantu pihak pendatang, sama ada sebagai penjajah, atau penyelamat bagi mengatasi kerakusan dunia 'raja, pemerintah' atau senang kata, salahguna kuasa, pangkat, hingga timbul jurang ketara, miskin kaya, berharta atau kurang berada, kegundikan atau perintah 'pemerintah' dsb.
Selepas 40 tahun, kerajaan Andalusia jatuh, dijatuhkan oleh 'Aragon dan Castilla', kerajaan Ferdinand dan Isabella dengan hiasan di dada (faham-faham sajalah). Iblis, syaitan, (Nephilim..@ predator asing dari langit) mengaku bahawa wanita adalah pembantunya, madunya, dan boleh menghilangkan resahnya. tentera yang dihantar boelh dikalahkan seperti tentera-tentera pimpinan Holagu Khan - panji hitam dari timur dengan hasil kepercayaan mereka juga, bahawa hanya mongol boleh mengalahkan mongol, iaitu pimpinan saudaranya yang muslim iaitu Berke Khan yang membantu, umat Islam di Timur Tengah dan tewasnya tentera-tentera mongol di pergunungan Kaukus kerana ingin membalas dendam dengan membunuh sanak saudara, keluarga Berke Khan dan pembantu-pembantunya. Pertempuran sengit terancang ini akhirnya dimenangi oleh Berke Khan dan tentera-tentera muslim, dan, Holagu Khan dan saki-baki askar-askar lari ke kawasan pinggir Kaspia, dan akhirnya, Abaqa Khan, anaknya dengan perempuan Eropah, diberi ajaran agar jangan cuba mengancam Makkah dan Madinah. Mengejutkan pula cucu-cicit Holagu Khan, Ghazan Khan cuba meneruskan agenda kuasa penakluk agung mongol walaupun beliau telah menjadi muslim, dan ini para penulis Eropah berterima kasih, kerana umat Islam Timur Tengah telah merehatkan 'api' peperangan.
Mengikut sejarahnya, bahawa kota Teheran (tak heran - Tehe - aku telah lari) semakin berkembang bila serangan mongol, yang menyebabkan ramai menyelamatkan diri ke situ. Dan satu ketika juga, semasa naiknya kesultanan Osmaniah, kaum Persia disuruh pulang ke negara mereka. Ini mungkin ada hikmahnya, maka dikatakan ada 2 kebangkitan , golongan yang lembut di akhir zaman, iaitu dihadapkan kepada Salman Al Farisi dan juga satu lagi kaitan ala boria beruniform tersusun rapi yang mengingati pperistiwa di Karbala juga, golongan Syiah Kuala @ saidina kuala @ penghulu kami di kuala sungai seperti di sumatera, yang selalu mengalah, iaitu melibatkan di Malaysia juga. (Ada pendapat sedemikian juga- pendapat Wan Abdul Latif Bin Wan Abdul Rahman (tajaan JPA) boleh tuntut USD50- amanah kawan serumah dulu di Talcott View Road, Bloomfield, Connecticut, USA dari pewaris penulis blog ini).
Tetapi Rusia, di Moskow, Meschen, Miskin, pula bangkit selepas itu, menaikkan empayar gantian Konstant..ple orthodok kristian, dengan penukaran Kievan Rusia yang beragama Islam kepada Catherine - penakluk dan dengan 'King of Pushka', salah sebuah meriam terbesar di abad berkenaan, mereka memusnahkan satu demi satu negeri-negeri 'Khan-ate', Tartar yang kini Muslim dan itulah empayar burung dua kepala, melambangkan jajahan takluk timur barat dan kini di abad ke 21, bersaing dengan satu lagi burung helang di barat yang satu kepala (USA G..Seal), iaitu USA. Tidakkah ini yang dijanjikan oleh hadis-hadis 'tersembunyi nabi saw'?
Semoga bacaan Al qur'an menjadi hidangan minda dan hati agar sama-sama sedar, bahawa pencipta langit dan bumi adalah Yang Esa, Dialah Allah yang mempunyai nama indah seperti di dalam bacaan, ejaan, sebutan Asma'ul Husna. Ya Man huwallah....
paten .. ......... ....... .

No comments:

Post a Comment