Monday, July 26, 2010

Majlis, Ijlis,Iblis???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pelangi yang bersinar indah selepas iringan nada hujan, dentuman, dan lain-lain seumpamanya. Di sebalik warna-warna di dalam biasan sinar cahaya putih melalui prisma ala piramid dan juga air, begitu juga pantulan di cermin atau kaca atau permata hiasan di dunia ini. Apakah yang tersembunyi, yang berselindung di sebalik sinar mentari pagi hingga ke waktu petang. Betapa indahnya pemandangan saujana mata memandang anugerahNya.
Perhimpunan di waktu pagi dengan semangat waja, berdiri di atas kaki sendiri (berdikari), di samping menyanyikan lagu diiiringi irama dengan senikata-senikata yang indah dan bait-bait memuji kebesaran..... Apakah ada usaha-usaha yang terbaik lagi terpuji ke arah membina satu tekad atau azam yang membara. Apakah sudah sampai di mana sesuatu kaum itu berubah dengan segala ikhtiar / usaha yang gigih tanpa kenal penat lelah ,tak jemu malah berkobar-kobar untuk teruskan perjuangan, hasil yang boleh dengan izinNya berjaya, dan usaha adalah tangga kejayaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Minda disertai kerehatan jiwa untuk menambah apa-apa yang diberi Ilahi, muda, lapang, sihat, ceria, hidup dan lain-lain lagi.
Apakah kepanasan cahaya mentari yang menghukum, yang boleh mencairkan darah beku di kepala, atau pun pitam juga ada nanti. Di sini penghormatan kepada yang berkuasa tetapi kuasa Allah yang dipinjamkan kepada mereka-mereka yang dipilih. Pilihan manakah yang ingin diikuti? Apakah dengan menjatuhkan yang lain maka kemenangan dicapai dengan penuh gemilang? Apakah di saat sesuatu kemenangan, tiada pihak yang berdukacita? Apakah atau apakah rasanya nik'mat kemenangan atau kekalahan berkenaan?
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu,"Berlapang-lapanglah dalam majlis, maka lapangkanlah nescaya orang-orang memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan,"Berdirilah kamu!" Maka berdirilah nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." surah Al Mujadilah ayat 11.
Semoga Allah merahmati...
paten .. ........ ....... .

No comments:

Post a Comment