Thursday, July 8, 2010

Sesudah Perginya Said Nursi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Perginya Badi'uzzaman Said Nursi, berketurunan Kurdistan, yang enggan berjuang atas kebangsaannya, bila serangan dua penjuru terutama dari dalam dan luar kerajaan Othmaniah. Penjuru atau faktor luarannya adalah pelbagai seperti revolusi industri Eropah, lambakan buku-buku falsafah Rom dan lain-lainnya, serangan pihak tentera Rusia dan Eropah terutama dari British dan lain-lain lagi.
Faktor dalaman seperti media massa dikuasai pihak yang ingin meruntuhkan Othmaniah, perpecahan dalaman, golongan muda yang dipengaruhi cara hidup 'hedonisme', rakyat yang memberontak, maka dibangkitkan di kalangan mereka seorang yang zalim menambahkan lagi penyakit-penyakit umat ketika berkenaan dan seterusnya hilanglah warisan berkhalifah.
Maka seperti anak kehilangan ibu/bapa/penjaga, maka umat Islam seperti tiada tahu sistem perbankan, sistem ekonomi, sistem industri, sistem ketenteraan, sistem libur/muzik/hiburan dan lain-lain lagi. Maka dosa kehilangan ini menjadi 'fardhu' untuk mengembalikan kegemilangan dan hendakNya menepati seperti yang tertera di dalam Al Qur'an, bolehlah dengan izinNya.....
Menteri Tanah Jajahan UK/British, Mr Elwart.., telah memberi gambaran mengenai perlunya umat Islam dijauhkan daripada Al Qur'an agar mereka mudah dikuasai tetapi biarlah pula pihak seperti di barat menuruti langkah-langkah...Al Qur'an. Maka antara isi kata-kata hikmah Badi'uzzaman Said Nursi "...lihat barat mengandung, dan bayi yang dikandung mereka adalah Islam, dan ...lihat umat Islam mengandung, dan bayi yang dikandung itu adalah ....".
Tokoh yang dikatakan bertaraf hebat(wali),tak sempat bernikah, kebal, diracun 19 kali, dipenjara berkali-kali, tetapi adakalanya dijumpai bersiar-siar di bazar, akhirnya meninggal bumi di Urfa pada tahun 1960. Apakah yang ada di barat dan di timur ketika itu, lepas Perang Dunia Kedua, (Baby boom), teknologi maklumat dan lain-lainnya.Semoga lebih prihatin kita terhadap tipudaya dunia.
Video di bawah adalah sebahagian gambaran kisahnya..

paten ......... ....... .

No comments:

Post a Comment