Wednesday, July 14, 2010

Pengakuan Iblis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selain daripada harta (kemewahan) dan takhta (kekuasaan), godaan Iblis adalah seperti pengakuannya ketika bertemu dengan Nabi Yahya a.s (John-Jon). Di antara kata-kata pengakuannya adalah, "Wahai Nabi Allah! Hal yang paling kuharapkan dan paling menyenangkan diriku adalah wanita.Ia merupakan jerat, perangkap dan anak panah yang selalu tepat mengenai sasaran. Aku selalu berjaya menguasai mereka. Ketika menggoda ahli ibadah dan ulama', mereka dapat mengalahkanku. Lalu aku kirimkan pasukan, untuk menyerang mereka, tetapi bala tenteraku juga kalah.
Pada saat itu, aku teringatkan wanita sehingga diriku menjadi tenang, amarahku menjadi reda, emosiku lenyap, jiwaku tenang dan kekuatanku bertambah. Seandainya para wanita itu bukan dari keturunan Adam, pasti aku sudah bersujud kepada mereka. Mereka adalah maduku, harapanku, saudaraku, orang kepercayaanku dan pembantuku". (Hakiki ISSN 2180-236X)
Lihat pula lipatan sejarah apabila panglima Islam di Eropah yang telah disuruh pulang dan lalu ada pula kejadian dipotong leher, kerana raja-raja Eropah telah menyedari kelemahan (dunia) pemerintahan Bani Umayyah di Damsyik lalu dihantar pelbagai hadiah termasuk gadis-gadis jelita.Begitulah juga penggunaan godaan-godaan kaum hawa terhadap kaum Adam sepanjang sejarah manusia termasuk ruang iklan, fitnah kejatuhan sesebuah kerajaan samada melibatkan perang atau damai-undi dsb, fitnah kemahuan pemerintah terhadap kaum hawa sehingga golongan Eropah berjaya membahagikan dunia, pujuk rayu, air mata dan lain-lain lagi.
Di bawah ini video, siapakah dia itu iblis..hamonid hibilis..Lucifer. putus dari kasih sayang/rahmat...??? Boleh ada kajian lagi.

. ..... ....... .

No comments:

Post a Comment