Wednesday, June 30, 2010

Dari Isi-isi Hati, Jangan Marah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Surat Nabi Sulaiman a.s dimulakan dengan ayat atau kalimah "Basmalah" seperti kepada Puteri Balqis, pemerintah kerajaan Sabak* . Kini Jepun pula dengan kisah tersendirinya. Harapan agar dunia aman adalah dengan izin Allah juga. Dengan kalimah Allah dan Muhammad menjadi satu 'pandangan Adam' di syurga, maka hendaklah bersyukur secara beramai-ramai bahawa dengan jaminan syurga di dunia juga adalah dengan melibatkan tulisan Arab atau Jawi. Ingatlah sebelum kejatuhan Andalusia di Semenanjung Iberia dengan kata-kata pemerintahnya :"Sesiapa yang hendak melihat syurga, silalah datang ke sini".

Isi-isi atau ayat-ayat Al Qur'an menceritakan segalanya umat-umat terdahulu, dan kini, ada umat-umat terdahulu muncul semula dengan bilangan-bilangan tertentu.
Dengan peristiwa di Gaza, Palestin perlulah kajian yang lebih mendalam. Rahsia di sebalik hati ahli-ahli melibatkan 'Zion'. Kisah wajah 'Lion' yang rambut berjurai di muka (Simba, The Lion King- kartun). Faham-faham sajalah.
Berdasarkan kiraan hari 'akhirat', satu hari 'akhirat' sama dengan seribu tahun di dunia yang fana ini. Bagaimana dengan 10,000 tahun dunia seperti 10 hari 'akhirat' pula? Setiap alam ada jangka masanya yang tertentu. Allah telah mengurniakan manusia untuk meneroka alam ini. Maka jika dengan teleskop dan lain-lainnya tidak dapat melihat manusia lain-lain di planet-planet atau di sidrah-sidrah lain maka manusia diberi peluang untuk sama-sama membina tamadun atau peradaban di sana. Itu kajian di dunia juga mereka telah mengetahuinya.
Kita perlukan dunia aman dengan izinnya agar tumpuan atau fokus terus kepada kesungguhan berbakti tanpa menumpahkan darah merah, putih dan lain-lainnya. Semoga generasi akan datang menerima seperti peristiwa dengan Bani Saqif di Thoif (Taif). Polisi perintah (sabda) Rasulullah s.a.w agar mereka tak dibinasakan, sama ada yang dua 'orang' (humanoid) itu adalah Jibra'il (Gabriel) atau Mika'il (Michael) atau dua yang lain melalui 'masa dunia' adalah rahsia Allah, agar kajian diteruskan. Mengikut cerita Farsi, yang berkepak itu melambangkan keagungan. Cuba lihat gambar-gambar di bumi Iran, bekas empayar Farsi dahulu. Iran penuh dengan warisan-warisan dunia yang cukup hebat juga. (umat-umat dahulu kala)
Kita lihat latihan kepelbagaian kepada generasi-generasi akan datang, semoga mereka melihat kisah di abad, di dekad, di tahun, di bulan, di hari, di waktu saat atau ketikanya, yang manakah yang boleh mereka ambil pengajaran bahawa betapa Allah memberi 'kemenangan-kemenangan' berdasarkan janji-janjiNya. Dan Allah tak akan mungkir janji-janjiNya.
paten
. ....... .

No comments:

Post a Comment