Tuesday, July 27, 2010

Abu Murrah, Al Harts, atau mungkin Nephilim.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bila ditanya Nabi Yahya as, "Mengapa bentuk dan wajahmu sangat buruk dan hodoh?" Iblis menjawab," Wahai nabi Allah! Ini kerana nenek moyang kamu, Adam as. Mulanya aku berasal dari golongan malaikat yang mulia. Aku tak pernah mengangkat kepalaku dari sujud yang kulakukan selama 400,000 tahun. Namun, aku melanggar perintah Tuhan dengan tidak bersujud kepada Adam. Allah pun murka kepadaku dan melaknatiku. Aku pun berubah dari bentuk malaikat kepada bentuk syaitan yang menakutkan. Di samping itu, pengakuan Iblis kemudiannya menjelaskan, "Wahai nabi Allah! Hal yang paling kuharapkan dan paling menyenangkan diriku adalah wanita. Ia merupakan jerat, perangkap dan anak panah yang selalu tepat mengenai sasaran. Aku selalu berjaya menguasai mereka. Ketika menggoda ahli ibadah dan ulama', mereka dapat mengalahkanku. Lalu aku kirimkan pasukan untuk menyerang mereka, tetapi bala tenteraku juga kalah. Pada saat itu, aku..... Mereka adalah maduku, harapanku, saudaraku, orang kepercayaanku dan pembantuku". Diikuti....pilihan syahwat dan kesenangan, yang haram dan yang keji, dan yang mungkar......menguasai manusia dengan syahwat yang membuak-buak sehingga mereka menuruti perintahku". (ISSN 2180-236x - majalah Hakiki bil. 0031)
Kisah Holagu Khan (...panji hitam dari timur - 'darkness' - Dark age) dan bala tentera pimpinannya telah menggambarkan apa jua pengakuan Iblis, dengan jerat nikah perempuan Eropah, dan hasil desakan, api kebencian terhadap umat Islam serta para penganutnya, telah berlaku begitu hebat kekejaman dan penuh tipu muslihat untuk menjatuhkan kerajaan Bani Abbasiah. Akhirnya umat Islam bersatu, termasuk golongan muslim mongol (Muslim Khan, pimpinan Berke Khan), yang menewaskan tentera Mongol di dekat kawasan yang paling rendah, 411 meter di bawah aras laut, berdekatan Laut Mati yang amat masin. Kejutan demi kejutan, kekalahan tentera Mongol telah mengejutkan Holagu Khan, dan akhirnya diperangi kaum muslim Mongol di kawasan keluarga di pergunungan Kaukus dan larilah saki-baki mereka hingga akhirnya menetap dan menghabiskan sisa hidup di pinggir tasik 'Kaspia'. Dan akhirnya, Abaqa Khan, anak Holagu Khan, telah diberi tunjuk ajar bahawa cita-cita seperti ingin menakluk Makkah dan Madinah adalah sia-sia, dan sesiapa yang ingin berbuat demikian pasti binasa kerana dilindungi 'Tuhan mereka'.
Ini sudah menunjukkan bahawa Allah melindungi umat islam jika mereka bersatu di bawah panji-panji Islam dan mereka yang leka(lupa - jejak - sunnah Rasul) pasti menerima sunnah Allah (balasan Allah) berdasarkan lipatan sejarah. Semoga hati-hati sentiasa cenderung kepada Allah (tak takut mati) dan bukan kepada tipu daya dunia.
paten .. .......... ....... .

No comments:

Post a Comment