Wednesday, September 29, 2010

Lagu, Rentak, Irama, Lima, Lama, Masa ........

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ayat-ayat Al Qur'an adalah penuh bermuk'jizat, maka penuh ilmu rahsia segala rahsia, tamadun segala tamadun, meliputi semuanya yang meliputi dll. Segala rupa, bentuk, simbol, huruf, dan mad membawa segala sesuatu yang penuh beribu makna yang tersurat lagi tersirat. Tidakkah pelbagai berita perlu ditapis sama ada pihak kafir, fasiq, zalim, munafiq dan apa-apa sahaja pencinta kebendaan(penyakit wahan)dunia yang penuh tipudaya, dan kurangnya kasih sayang sesama manusia bahkan tidak suka menambah kawan lagi pula suka menambah lawan.
Ada sms pesanan Jibril as buat Nabi saw ketika hadir Ramadhan dan Syawal, "Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan 3 golongan ketika hadirnya; 1.Mohonlah maaf dari kedua ibu bapamu 2.Mohonlah maaf sesama suami dan isteri 3. Mohonlah maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekelilingmu". Semoga bertambah-tambah amalan baik sehingga puasa 6 hari di bulan Syawal dapat disempurnakan dan memenuhi yang dikatakan anugerah untuk umat akhir zaman amalan yang sekurang-kurangnya didarabkan 10 kali ganda dengan iringan keikhlasan yang sukar melainkan hanya Allah sahaja yang mengesahkan selepas melepasi 7 pintu langit, Arash, sehingga sampai kepadaNya. Kedudukan misteri Arash yang dikatakan ada perkaitan di sebalik 7 tanduk kambing gurun (gugusan bintang/binatang) dan tempat yang tinggi 50,000 tahun perjalanan manusia. Ini boleh dikira sama ada 25,000 didarab 2 atau ada kisah di sebalik nombor/angka di dalam ayat Al Qur'an mengenai kedudukan-kedudukan matahari dan segala yang di antara langit dan bumi yang meliputi pelbagai cakerawala, pintu-pintu langit dan seterusnya pelbagai alam semesta yang diciptakanNya.
Yang ada perkaitan manusia diperkaitkan hanya 1% dengan 9% jin dan selebihnya dikaitkan dengan malaikat yang sudah tentu amat patuh arahanNya. Wujudnya pelbagai fitnah kubra kepada perjuangan/ jihad yang sentiasa dikobarkan adalah terutamanya dari kalangan umat Islam itu sendiri yang berdasarkan surah-surah seperti Al Munafiqun, serta sabda junjungan Nabi saw yang memberi tanda-tanda mereka yang tak mahu menghormati golongan 'ulama'', berpaksikan kebangsaan, mengikut seruan syaitan dan menokok tambah cerita-cerita ala khayalan di alam syok sendiri di samping memperentengkan ayat-ayat Al Qur'an, terutama di dalam hal "Janganlah...".
Maka dapat dilihat sebagaimana wasiat Rasulullah saw yang diabaikan atau dilupakan S Aisyah ra hingga jadinya Perang Siffin, dan muncul lagi perang besar Iran-Iraq di tahun 1980an, yang memiskinkan negara yang terkaya di dunia, Iraq dan memusnahkan kedua-dua buah negara akibat hasutan syaitan jin dan manusia. Maka nafsu haloba yang tak pernah puas boleh memakan diri dan keluarga dengan azab api neraka yang amat dahsyat perit pedihnya.
Keikhlasan yang tak diuatamakan boleh membawa kepada azab neraka tanpa perlu dihisab. Itulah betapa bahayanya niat jika terkena tipudaya dunia dan sukarnya bertaubat akibat godaan-godaan besar di sekeliling mahu pun di dalam rumah itu sendiri. Semoga hati-hati yang terluka tak membara malah makin bersifat pemaaf sebelum terutamanya tidur, yang belum pasti kita dapat bangun semula sebagai manusia yang serba sempurna melainkan ada kelemahan yang sememangnya ada untuk menjadi kekuatan pula.
paten ... ......... .

No comments:

Post a Comment