Monday, September 20, 2010

Selepas Penaklukan Baghdad, Surat Hulagu Khan ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selepas Baghdad dihancurkan, dan Raja Reymond telah bersekutu di dalam penaklukan Timur Tengah oleh tentera-tentera Mongol, maka satu surat telah dituliskan kepada mereka yang berada di Mesir.
Surat ini daripada Hulagu Khan, cucu Penakluk Agung Ghenghis Khan. Aku adalah raja segala raja di timur dan barat.
Dengan nama Tuhan yang membentangkan bumi dan langit. Ketahuilah wahai Raja Quutz dan sekalian raja-raja di kawasan sekitarnya.
Sesungguhnya kami adalah tentera Tuhan di bumi. Beliau menjadikan kami daripada kemarahanNya dan menjadikan kami berkuasa ke atas mereka yang telah dimurkai Tuhan.
Aku menyeru kamu supaya menyerah kalah. Lihatlah apa yang kami lakukan kepada penduduk kota Baghdadnya dan khalifahnya yang tak mahu menyerah kalah. Lihatlah pula layanan kami kepada penduduk Khurasan yang menyerah kalah. Kami biarkan mereka hidup. Sekiranya kamu memilih bagi berperang, kami tidak akan mengasihi orang yang merintih dan menangis. Kamu tidak akan dapat melidungi kamu daripada pedang-pedang kami. Tidak ada sesiapa yang dapat melindungi kamu daripada pedang-pedang kami. Pahlawan-pahlawan Monggolyang gagah perkasa dengan mudah dapat menembusi benteng-benteng kamu. Sekiranya ada bala tentera yang menyerang, kami akan hancurkan mereka semuanya dan ketika itu doa-doa sekalian tidak berguna lagi.
buku Abdul Latip Talib - Khabar Hitam dari Timur.
paten .. . ......... .
paten

No comments:

Post a Comment