Friday, September 10, 2010

Merdeka, Persekutuan Tanah Melayu, Keluarga Brooke,Singapura, Sabah, Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tokoh-tokoh yang ada perkaitan dengan Majapahit, peta bentuk sirih yang meliputi Mekah(gelaran Kelantan dahulu), Jambi, Jawa, Champa, Mindanoa, Manila, Utara Samatera meliputi Serambi Mekah, Pasai, Perlak, Aceh, keturunan 4 Khulafa Ar-Rasyidin, m..shaf Abu Bakar yang dimusnahkan oleh Portugis, Syiah(penghulu) Kuala, dan lain-lain yang mencorakkan sejarah, anak panah gerakan, ringkasan peperangan dan tempoh tanpa perang yang dialami mereka. Silih berganti dengan kawasan Asia Tenggaranya, termasuk Siam dengan gerakan Sumpah Mahsuri (7 keturunan), lagenda terkenal di Langkawi.
Sebelum berakhirnya sumpahan yang dikira tepat pada 31/8/1957M, maka berlaku pelbagai peristiwa dengan bulan Ogos, Portugis yang akhirnya berjaya memusnahkan kota Lingua Franca, Mallarcia/ Malacca / pohon Melaka yang disepak oleh kaki kijang ke empat arah anjing Seri Parameswara Dewa Syah, yang dipercayai tanda terbaik selepas kisah di Temasik/ Pulau Singapura yang pernah dimusnahkan Jawa dan serangan todak. Kisah Tun Jana Khatib yang menunjukkan kesaktian dan kemunculan patungnya di Langkawi, yang juga ada kisah Putera Arab dan Puteri Cina (ala lain dari Blue Lagoon)yang bertemu selepas cuba disekat perkahwinan mereka oleh burung besar, yang akhirnya malu lalu terbang ke Laut Qalzum (Laut Merah alganya). Ia menjadi lambang Paruh/ Pharouh/ Fir'aun kerajaan berjata burung seperti USA dan Rusia.
Selepas api besar di negeri Syam, iaitu sebenarnya Jepun, Nagasaki dan Hiroshima, hero yang hidup dianggap anak-anak syurga, contohnya Abdul Razak yang anaknya juga menjadi Naib K..selor di 'Penang University' atau Universiti Sains Malaysia yang dikhabarkan sebagai dana pampasan perang Jepun jua. 17/10/1945M di Ipoh Perak, slogan 'Merdeka' mula berkumandang dengan nusantara ala Indonesia Raya, Parti bendera merah putih atau kini bendera Indonesia, PKMM - Part.. Kebangsaan Melayu Malaya, kurang mendapat sokongan kalangan bangsawan dan kakitangan kerajaan 'empayar British'. Muncul Dr Burhanuddin Al-Helmy - pakar h..pati/ profesional pertama yang menonjol, di samping Pak Sako, Ishak Haji Muhammad yang terkenal karangannya di majalah kanak-kanak berbahasa Inggeris- penulis blog ini ada membacanya semasa kecil dan lain-lain lagi Abdullah CD, Musa Ahmad, Ahmad B..tamam, Khatijah Ali, Abu Bakar Al Baqir dan perkaitan 'bahaya dari Gunung Semanggul' gerakan berdasarkan Islam.
API - Angkatan Pemuda Insaf - Ahmad Boestamam - diharamkan 18/6/1948, AWAS - Angkatan Wanita Sedar - Shamsiah Fakeh - diharamkan 18/6/1948, dan ramai yang ditahan seperti di Teluk Kumbar termasuk Cikgu Sulaiman di Teluk Kumbar, P.Pinang, boria sebut 'merdeka' dikenakan tindakan oleh tali-barut geng Harut Marut, kuasa barat di timur. BTM - Barisan Tani Malaya ditubuhkan @7/7/1947 - Musa Ahmad-Selangor dll, JKM - Jabatan Kerja Melayu - Alimin - termasuk di utara - Rashid Maidin.
Hizbul Muslimin - 17/3/1948 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ust Abdul Rab, Dr Burhanuddin, Kiayai Masyur Azahari - dianggap Parti Islam Merah dan secara serentak juga diharamkan pada 18/6/1948 arakian al kisahnya. Dan pelbagai pertubuhan lagi hingga wujud PKMM, dengan beberapa pertubuhan bukan Melayu, bukan Islam dalam Malaya Democratic Union yang membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA 1947 - 10 fasal perlembagaan rakyat, dengan mogok besar 16 September 1947. Maka British (Military A.) telah bersama mengharamkan semuanya bersama restu Datuk Onn dan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu slogan 'Hidup Melayu' dikuatkan. Akhirnya 'preventive detention' ISA- Internal Security Act dikuatkuasakan, lebih 2,800 ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera-AMCJA diISAkan dan di samping alasan Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng di samping Rashid Maidin dan S..siah Fakeh yang terkenal dan meninggal di Malaysia kemudiannya. Rundingan 1948 di Baling, Kedah tidak membuahkan hasil, gerakan bawah tanah 'komunis' bersenjata di hutan dikatakan mula bertindak sehingga sejuk di zaman PM, Tun Dr Mahathir.
Datuk Onn yang akhirnya menyerah kalah dan menubuhkan pula Parti Negara ala Parti Keadilan selepas peristiwa Era Reformasi 1997M. Hizbul Muslimin muncul semula dengan nama Partai Islam Se Malaya/Malaysia dan bersetuju masuk pilihanraya 1955, hanya menang 1 kerusi parlimen daripada 52nya ('They just won one seat'). Restu Datuk Onn sentiasa menjadi 'rubber stamp' bagi pihak British agar tak nampak sangat penjajahan tenteranya.
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang belajar sebelum PDII di England telah mengambil tinggalan Datuk Onn dan rundingan di London telah berjaya, dan Merdeka! Merdeka! Merdeka! 7 x dan di Melaka bendera Union Jack(Tun Ghaffar Baba ada sekali) diturunkan sebelum naiknya jalur merah putih dengan (selagi ada lambang) bulan dan mataharinya. Itulah tanggal 31 bulan 8 57, sebelum Malaysia ditubuhkan@ 16 September 1963 yang meliputi Sabah, Sarawak, serta Singapura (3S) tanpa Brunei Darussalam dan sebelum lawatan Pres. Sukarno ke Rusia dan dibuka masjid semula di Tatarstan. Maka apakah di sebalik yang KGB sendir agak terkejut hal reaksi manusia dengan sokongan mereka di bumi Indonesia? Atau perempuan 'men' mana yang diberi oleh KGB kepadanya atau perangkap gambar atau video rakaman? Apakah PKI -Part.. Komunis Indonesia - ada kempen Ganyang Malaysia yang muncul semula panasnya semasa Ramadhan 1431H ada kaitan dengan ninja-ninja atau golongan bukan Islam yang anti-Islam berselindung di sebalik topeng nama berita komunis dsb?
paten ........... ......... .

No comments:

Post a Comment