Sunday, April 24, 2011

PESAT Cara Mentadbir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semasa merasmikan Mesyuarat Agung JMB Joint Management Body Taman Kumbar Permai Teluk Kumbar PP, ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tn Hj Mohd Rashid Bin Hasnan telah memberi tips pengurusan/ pentadbiran.

Di antaranya dalam mencari penyelesaian tetapkan/ mesti ada matlamat.

Cara Pentadbiran guna formula PESAT. P untuk profesional, E untuk Excellence, S untuk self discipline, A untuk active learning dan T untuk teamwork.

Saranan penulis blog ini berkenaan dalam hal profesional dengan ayat Al Qur'an berkaitan. "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap adil itu adalah hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa kamu lakukan." (surah Al Mai'dah 5:8)

Nasihat Nabi saw kepada sahabat Abd ar Rahman bin Saurah;" "Wahai Abd ar Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan, maka engkau ditinggalkan (tak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu." riwayat Bukhari Muslim.

Lainnya juga dari Bukhari Muslim daripada Abu Musa ra katanya: " Aku dan 2 orang lelaki daripada kaumku telah masuk kepada Nabi saw. Salah seorang daripada 2 lelaki berkenaan berkata: " Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!" Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda:"Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya."

Harap sama-sama kita menghayatinya.
paten .. .... .... . .

No comments:

Post a Comment