Monday, April 4, 2011

Setelah/semasa Perginya Othmaniah, Basya/Pasha Mula Bertaring

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berbalik kepada liputan sejarah,hampir satu abad, kehilangan sistem yang tiada lagi diamalkan, malah jadi bahan muzium yang dilihat, diceritakan, dikenang, serta doa untuk Othmaniah ghaib ditelan zaman di dalam khutbah jumaaat. Tiada lagi khalifah yang bersistem, atau sistem yang kukuh melindungi umat Islam dari penjajahan mental, pemikiran, zahir dsb.

Suatu ketika setelah tawaran Rothschilds kepada Sultan Abdul Hamid II ditolak hasil muafakat yahudi haikal, maka parti Turki progresif (muda) mula digerakkan Jawad Basya, golongan Pasha gah hebat ala pangkat besar di samping Bay/bey. Muncul dunama yang lain seperti Jamal,Anwar, Thalat yang ada Basya seleps nama mereka dan akhirnya tokoh palsu ditonjolkan (Thessalonians) yang gah akui sebagai tuhan, Mustafa Kemal dari Salonika, Greek. Tempat di mana Sultan Abdul Hamid akhirnya dipenjara dan mangkatnya hilang sekali mayatnya. Parti ‘persatuan dan kemajuan’ juga ditentang, dan akhirnya hancurlah Othmaniah dan wasiatnya dari campuran DNA Quraish.

1904M, Jawad Basya menghadiri Muktamar Yahudi Sedunia(world jewish congress) di Paris, bersama tokoh-tokoh yahudi Turki. Keputusannya yang mahu menyingkirkan sultan Othmaniah bagi pembinaan negara haikal Isra’el. 1908M, Sultan digulingkan hasil serbuan parti persatuan di Istanbul selepas 4 kali usaha penggulingan gagal. Kekuasaan diserahkan kepada utusan, wakil freemansonry, Imanuel Qraso.

Tak hairan, roh Turki/umat Islam ditarik, maka khalifah dan sistem pemerintahan Islam, dihapuskan. Wakaf muslimin mula dihancurkan dan akhirnya Palestin tergadai sedikit demi sedikit yang akar umbi bermula juga dalam kawasan Othmaniah. Lantikan Gabenor Jamal Basya, wakil yahudi zionis mula bertaring. Maka memunculkan gerakan ‘pemuda Arab’ dan ‘pemuda Turki’, maka sumpahan ala pecah dan perintah lalu leburlah kesatuan/ ummah yang hebat. Lahirlah pimpinan anti Islam yang bertunjangkan sukuan bangsa/nasionalisme yang cuba menghapuskan sebarang kebangkitan semula Islam terutama dari perut ibu kaum muslimin itu sendiri.

Munculnya tokoh luar pula, Lawrence (British)si remaja terlatih fasih berbahasa Arab yang merancang juga pemecahan Blok Islam dan lakonannya terhadap hasil peta baharu yang ditujukan/diserahkan kepada Sharif Hussein. Licik lagi ligat tipu muslihat sehingga kini bagaikan ejen Moss.d yang merasakan umat manusia terutama muslim ketagihan ditipu, maka walau penat macam mana, mereka kena buat berita tipu, agar ketagihan itu diubati.

Sedutan dari blog lain di bawah ini dengan tajuk:
http://muhdhazrie.wordpress.com/2010/05/03/baling-batu-di-poster-sultan-abdul-hamid-turki/
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Paten ..... ..... . .

No comments:

Post a Comment