Saturday, April 23, 2011

50,000 tahun atau 5 jam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Angka 50,000 tahun datang lagi dengan yang lain daripada perjalanan Ma'rij (50,000 tahun dalam ayat Al Qur'an) dengan petikan hadis di sini.

"Abu Hurairah melaporkan daripada Nabi, beliau berkata: "Allah berkata:'Pada hari manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam adalah selama setengah hari, iaitu 50,000 tahun. Namun waktu sepanjang itu akan diringankan bagi orang-orang mukmin, sebagaimana jarak waktu dari matahari condong ke barat hingga matahari tenggelam'." Hadis direkodkan oleh Abu Ya'la dan Ibnu Hibban.

Kisah gelincir matahari dari atas kepala hingga anggaran masa 5 jam hingga ke 7 jam, maka berbahagialah mereka yang mendapat naungan Ilahi nanti di padang yang ada paparan yang teramat-amat canggih mengalahkan apa yang sungguh interaktif di dunia ini, padang mahsyar, padang perhimpunan.

Bumi marikh telah berputar balik melawan arah yang selalu ia berputar di paksinya, fenomena yang direkodkan NASA.
Lihatlah gambar bervideo dengan alamat youtube.com
http://youtu.be/uDsWD9QmwJ8
paten .. ... .... . .

No comments:

Post a Comment