Saturday, August 31, 2013

Persoalan Di Manakah Dia? : Golongan Yang Menjadi 'Suruhan Iblis'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rujukan bersama dengan video-video ‘youtube’ The Arrivals, yang dikatakan telah dihapuskan, atau cuba dilupuskan, dan muncul pula filem The Arrivals lakonan utamanya Carlie Sheen. Video ‘The Arrivals’ telah diberitakan dihasilkan oleh orang Mesir yang tinggal di USA selama 8 tahun dan Kristian. Ia juga dikatakan ada isi pro sunni dan syiah. Selepas itu, muncul pula propaganda yang mencetus api permusuhan yang menumpah darah. '.......mereka menyalakan api peperangan, tetapi Allah memadamkannya”.
Masyarakat rahsia (secret society) menjalankan rancangan mereka, tetapi Allah Maha Merancang. Iblis, ular, Adam dan Hawa terdampar di bumi, dengan Iblis di bumi Baisan (benua Amerika, Virginia mengikut cakap seorang profesor), ular atau naga yang sudah kehilangan kaki dan sayap di bumi Asfahan, Adam di bumi Sri Langka dan Hawa di Jeddah (Judah). Lihatlah peta taburan berkenaan di laman sesawang, semuanya dengan perintah Allah, setelah dikeluarkan dari ‘syurga’.
Adam dan Hawa, setelah setengah hari di syurga atau ‘500 tahun bumi’ salah satu pendapatnya, berdasarkan salah-silah pokok keturunan Adam+Hawa. Mengikut penulis Al Marhum Amaluddin Darus, pengarang buku ‘Manusia di langit, manusia di bumi’, Adam dilarang menyentuh Hawa untuk berketurunan. Maka maksud buah ‘khuldi’ itu boleh disimpulkan sebagai gambarajah salah-silah keturunan manusia. Bagaimanakah nama syurga ‘khuldi’? Timbul khilaf ulama’ bahawa penghuni syurga juga boleh berketurunan. Penghidupan pertama ada syarat dengan balasan ‘syurga’ dan ‘neraka’. ‘Nikmat hasil’ cahaya dan ‘azab pedih’ api adalah amat jauh berbeza sekali. Berbahagialah kepada mereka yang berjaya melepasi azab sengsara di dunia, dan ada yang teraniaya dan doa yang teraniaya mak'bul walaupun bukan muslim.
 Buku kajian ‘The Arrivals’ telah mendedahkan rujukan yang bukan lagi rahsia sebahagiannya. Rahsia cubaan bukan muslim untuk meniru sufi versi mereka tersendiri, dan terpesong oleh godaan Iblis, Azazil, jin, dan sekutu syaitan.  Perang Dunia Pertama(League of nations) adalah untuk menaikkan golongan atheis dan sekular, Perang Dunia Ke-2 untuk penubuhan kaitan ‘Israel’, dan perubahan ketara peta dunia, dan ketiga untuk kaitan zionis dan Islam, bertembung. Kota Baitul Muqaddis telah dikuasai secara umumnya oleh yahudi Zionis. Allah tetap dengan perancangan rahsianya. '..mereka merancang tipudaya, dan Allah juga merancang, ..mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri'.
Muncul juga Naturei karta, anti-zionis dari kalangan orang yahudi terutama di kawasan Arab dan Iran. Datuk nenek Osama dan Mahmud Ahmadinejad diberitakan, dikaitkan juga dengan campuran darah Bani Israel, yahudi. Mereka begitu menonjol dan sejarah sudah tercatat. Que sera, sera. Mereka bercakap dengan nada anti-yahudi yang meluap-luap. Ibarat ’makan hati, berulam jantung’. Bagaimanakah kesudahannya?
Paten . ……… . …

No comments:

Post a Comment