Friday, August 2, 2013

Kemarahan Manusia, Keredhaan Ilahi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berlalu Ramadhan 1434H, dan ia tidak akan kembali ke dunia semula. Tarikh tidak akan berulang, masa tetap bergerak dengan izinNya. Ada sebuah hadis Qudsi yang mengarahkan Nabi saw untuk membangkitkan kemarahan ... di Bakkah misalnya. Nabi saw mempersoalkan kemungkinan pecah kepala hasil kebangkitan kemarahan manusia, namun Allah menjamin bantuan 'para malaikat' sebagaimana contoh jumlahnya semasa Perang Badar.
 
Selain itu, ada hadis riwayat at Tarmizi; "Sesiapa yang menyenangkan manusia dengan menghadapi kemurkaan Allah, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia, dan sesiapa yang membuatkan manusia marah dengan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan mencukupkannya daripada manusia".
 
Keadaan semasa kawasan peta Syam lama dan Mesir kini sentiasa bergolak. Islam datang ketika pergolakan empayar Rom dan Parsi, saling berebut menguasai peta Syam lama. Maka Islam dengan Ar Rumi, Al Parisi, Al Yemeni, Al Jazeera dan lain-lain bersatu memperteguhkan keamanan tanpa lagi tunggu giliran kuasa Rom dan Parsi menguasai kawasan Timur Tengah.  Ketika penaklukan Knight Templer, maka keamanan dengan Islam itu hilang, sebelum Panglima muslim bangsa Kurdistan, Salahuddin Al Ayub, menerajui semula penguasaan kawasan terutama sekitar Palestin itu.
 
Kini, keamanan dengan Islam hilang setelah jatuhnya penguasaan Othmaniah di tangan kuasa Eropah seperti British, Perancis dan lain-lain. Sunnah Allah tetap berlaku dengan faktor-faktor dalaman dan luaran sehingga datang yang berbahasa lain sebagaimana terjemahan ayat Al Qur'an, "Kami kurangi dari sisinya".
 
Faktanya, wilayah Palestin sebelum dibahagi dua, 'pecah dan perintah', pernah ditadbir bersama oleh muslim, nasrani dan yahudi secara aman dengan sokongan Othmaniah dan imej bertarbus menjadi ikutan di sekitar Masjidil Aqsa. Selepas Herzoq berbangga dengan kekuatan media menjatuhkan raja Perancis, pertubuhan Haganahnya, mulakan perancangan untuk menubuhkan negara yahudi. Antara pilihan kononnya, tanah di Kenya, tetapi kemudia wujud perselisihan pendapat dengan kononnya golongan yahudi lain, yang memilih Madagaskar, sebuah pulau sebagai tapak mula. Adolf Yacob/Jacob Hitler dengan propaganda Joseph Goebels memilih pulau itu kononnya.
 
Akhirnya, pilihan Tanah Palestin, dengan tawaran menghapuskan semua hutang Othmaniah, membina sistem ketenteraan laut yang lebih baik, bayaran billion selama 50 tahun dan lain-lain oleh keluarga Rothschild. Tempoh 1898M hingga 1948M, cukuplah tempohnya maka UN beribu pejabat di New York, bukan di Berlin, dengan UN Partition Resolution (GA 181) memecahkan Tanah Palestin 7,563.92 km persegi dengan penduduknya 1.35 juta kepada pemerintahan Palestin dan yahudi/zionis mendapat habuan 8,529.52 km persegi dengan jumlah penduduk 630 ribu orang.
 
Pada 1948M, tepat ulangtahun ke-50, perancangan dan perlaksanaan yang dihasilkan selepas dua perang besar dunia, PDI dan PD II (WWI dan WWII), yang disokong kuat oleh Amerika tetapi empayar British ketika itu menolaknya. Dunia muslim tengah kelam-kabut untuk merdeka dari kuasa Eropah ketika itu, dan tentunya undi tidak daripada kawasan muslimin.
 
Ada pelbagai rujukan seperti www.pts.com.my . Pada 2013M, keluasan negara zionis Israel ialah 20,770 km persegi dan penguasaan Palestin hanyalah 6,220 km persegi. Islam perlu dikembalikan dengan kebangkitan yang berlipat kali ganda dengan cabaran-cabaran syahwat dan subahat sebagaimana pendapat al marhum ulama tokoh sepanjang abad, Ali Hasan An Nadwi yang menulis untuk generasi kini dan akan datang.
 
Islam mampu membawa keselamatan dan keamanan kepada wilayah Timur Tengah yang bergolak. Selepas tiga bangsa campuran Ajam kawasan berubah mengikut pendapat penulis lama, kira-kira 40 tahun lalu, iaitu Turki, Parsi, dan Mesir, maka malulah 'Arab' terutama di Jazeerah untuk terus meninggalkan perpaduan 'berasaskan Islam'.
 
Selepas undurnya Soviet Union 1979-1988 di Afghanistan, koleksinya pula berkurangan selepas banyak '......tan' keluar 1990an, kebangkitan 'Salman Al Parisi', 1979M, dijamin di akhir zaman. Perang Teluk I 990 dan Perang Teluk II 2003 hingga kini 2013 belum menyelesaikan keamanan dan keselamatan di wilayah bergolak. Kebangkitan Rom yang lebih ramai di akhir zaman, membina empayar 'global' dan kini 'empayar keusahawanan' yang melimpahkan fulus masuk ke negara mereka.
 
Bila pokok dan batu di Palestin mula bercakap untuk membunuh yahudi yang berselindung di sebaliknya, maka tanda-tanda akhir zaman semakin menonjol. Apakah kesudahannya? Bilakah lampu cahaya Tanah suci Bakkah, Madinah dan Al Quds bakal bersinar kembali serentak sehingga memberi isyarat jelas ke langit untuk turunnya  Nabi Isa as dengan iringan para malaikat di kanan dan kiri dengan berkuningan.  Ikuti kisah selanjutnya atau baca dahulu penulisan biarjelas.blogspot.com sebelum membaca pula penulisan di acherusctus.blogspot.com dalam bahasa Inggeris.
 
paten .. ........ . ...

No comments:

Post a Comment