Sunday, November 28, 2010

Maqam, Tahap, Kelebihan....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Maqam, kisah Ibrahim as, tempat jejak yang ada tapak kaki, muka bumi bentuk kaki. Itali, dengan bentuk bentuk tumit tingginya. Bola dengan ke arah bolanya, Iran Parsi, Turkia dengan Rusia, di samping kawasan Diyabakir, keturunan dai' Saidina Abu Bakar ra. Anatolia, Volga, nusantara dan seumpamanya yang penuh kenangan dan panahan yang merah atau yang di sebaliknya, hancurnya mashaf Abu Bakar di kota Melaka ditimpa celaka. Bila kapal tentera-tentera laut sudah tidak lagi bertindak menyekat kemaraan dan kesungguhan pihak De La mar melamar kota dengan lontaran api dan peluru yang secepat ala kilat menyambar.
Khoja Hassan tidak meng'khoja'kan kemaraan Benggali putih, kaum Feringgi yang singgah di Batu Feringgi, Pulau Pinang, sebelum mereka berjangkling nona dengan pembinaan A Famosa, melalui pintu gerbangnya kapal boleh masuk. Fitnah terhadap keluarga pengantin Tun Fatimah/ Bendahara Tun Mutahir, kemahuan Sultan Melaka yang sudah tak muncul-muncul lagi.
Bagaimanakah Pulau Pinang meninggalkan jelapangnya sehingga mengorbankan sawah bendang pusaka? Kawasan industri yang memberi gambaran 1 lelaki, 50 perempuan di akhir zaman. Bonda penulis yang mengutip tandatangan, ketika 'jarum sebatang pun belum tahu membuatnya',bekas setiausaha kaum Ibu semasa parti kapal layar. Pengorbanan masa, tenaga semasa tiada orang untuk 'menjaga'. Apakah hasilnya jika 'mereka akan bergaduh nanti', 'tanah akan menjadi emas', 'anak-anak akan memakai seperti pelancong itu'?
Tidakkah tidak dihiraukan yang terbuang nasibnya ketika usianya mencecah senja? Kawasan industri itu bukan untuk anaknya, bahkan berpindah randah membawa keluarga selepas kematian arwah suaminya, bekas askar wataniah, petani, ketua kawasan, perajurit yang menjaga 'tangki air' ketika perang 'Ganyang Malaysia 1960an dahulu. Itulah rungutannya. Bendera pertiwi jalur pilihan negara! Selepas zaman Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa yang dikenalinya, ayahandanya Ustaz Mujahid, kisah purba sebelum merdeka. Boria ditangkap jika menyebut 'merdeka', ala reformasi, aduan tali barut, kuasa Harut Marut, timur barat...
Pandai mereka berdemontrasi, menerjah menentang 'Malayan Union' ketika Sir Winston Spencer Churchill mewarwarkan kebimbangan kemaraan 'Beruang Merah'. Sultan-sultan sebagaimana sabda Nabi saw kehilangan kuasa diganti dengan yang lain sistemnya. Bilakah pula kerajaan 'Dari Tuhan, Untuk Tuhan, Kepada Tuhan' bakal tiba? Perjanjian sudah termetri dengan tulisan jawi, tetapi perjanjian ala Luzon/ kemerdekaan telah mengikis tulisan jawi dari kaum jawi, sebagaimana Al Qur'an dikikis secara perlahan-lahan atau dijauhkan ala Mr Elwart, Menteri Tanah Jajahan British,..." jauhkan umat Islam dari Al Qur'an,....". Agar mudah mereka dikuasai?

paten .. ......... . . .

No comments:

Post a Comment