Friday, November 19, 2010

Madah Pujangga, Iqbal, Amaluddin Darus Dll

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saudara/penulis/Allahyarham Amaluddin Darus merupakan seorang pengkaji dan mempelopori penerangan kepada golongan ustaz-ustaz satu ketika dahulu terutamanya di Kelantan mengenai agama dan siasah/politik tak dapat dipisahkan. Allahyarham pernah dihalau, dituduh membawa ajaran sesat walaupun selepas merdeka, minda/mentaliti bahawa Islam bukan hanya melibatkan 'halaqah' pengajian/pondok, ibadah di surau dan di masjid, bermuamalat, urusan NCR (Nikah, Cerai dan Rujuk)munakahat, dan tambah-tambah lagi hal-hal pemerintahan negara bahkan negeri/ kawasan autonomi /kawalan.
Allahyarham juga merupakan seorang perintis muslim di kala 'Islam kembali menjadi dagang' secara perlahan-lahan/ evolusi contohnya 50 tahun. Ini mengukuhkan kedudukan hasil mesyuarah penubuhan sebuah partai di Seberang Perai hasil usaha cikgu-cikgi, ustaz-ustaz selepas Hizbul Muslimin diharamkan. Allahyarham dan kajiannya yang ditulis terutama hal buah epal Hawa (yang dianggap larangan melakukan hubungan), dan planET X yang dijumpai berdasarkan ayat-ayat Al Qur'an tanpa rujukan kaum Mayan/g, Sumeria, Mesir dll. PlanET itu dianggapnya sebagai 'Sidratun Muntaha', destinasi bintang yang dilawati 'universalnout', pelbagai alam, Nabi saw.
Buku-bukunya seperti Pintu Langit Mula Dibuka, dan Manusia Di langit dan Manusia di Bumi. "Dan sekiranya kami buka bagi mereka satu dari pintu langit, maka mereka pun terus menyerbu padanya", Al Qur'an 15:14. "... Ke tempat aku pergi itu, kamu tidak dapat mengikuti ekarang. Tetapi kemudian kelak kamu akan mengikuti aku." sabda Nabi Isa as, dalam John 13:36. Tulisan Allahyarham meliputi bidang sains politik/ skopnya yang cukup luas dan panjang zamannya, menggunakan Al Qur'an dan hadis sebagai data-data yang hakiki. Gaya persembahannya ketika dahulu, belum pernah dipersembahkan sebegitu sebelumnya oleh pengarang-pengarang Melayu. Allahyarham adalah seorang pujangga yang hebat di dunia nusantara selain pujangga Iqbal di dunia benua India/Khan selatan.


paten .. . . .

No comments:

Post a Comment