Tuesday, May 17, 2011

Nafsu Ammarah, Jaga-jaga!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Elakkan fitnah seperti yang terjadi hikmah di Aceh satu ketika dahulu, ada peperangan di antara kumpulan sufi dan kefahaman yang lain yang menyerangnya. Wujudnya kefahaman bahawa Al Qur'an ditujukan pada akhirat dan dunia menjadi satu igauan yang masih misteri. Tak kisahlah jika dinamakan mertabat 7 atau sebagainya.

Pembangunan dunia disaluti kemakmuran yang boleh memperdayakan, maka pembangunan dalam diri manusia, proses mengenal diri yang boleh jadi rumit dan semakin rumit jika tak dipecahkan segala kod dan keajaiban yang dianugerahi Ilahi. Contohnya nafsu.
Dengan wujudnya seolah-olah dunia ini samada membujur lalu melintang sapu hingga lupakan pembalasan di akhirat. Atau, Al Qur'an diturunkan ke dunia, maka janganlah dibaca hanya untuk balasan akhirat, digalakkan menumpu ke arah dapatkan dunia yang boleh memperdayakan ini. Bagaimana?

Dengan mengenal diri, terutamanya hal berkaitan hawa nafsu, pembersihan di dalam diri, tanpa berus atau ubat, atau cara penggunaan yang dikatakan betul secara zahirnya. Batin, hakiki, yang dicari, bukan hanya galian kitab Al Ghazali, Al Palembani, tapi secara kekuatan semuanya menyumbang ke arah kematangan dan pembangunan yang hebat lagi hakiki untuk diri itu sendiri.

Al Qur'an untuk dunia, maka bacalah untuk kemakmuran dan segala khazanah teknologi tinggi dan secukupnya. Nafsu yang ke bawah lagi rendah mertabatnya adalah amma-rah. Terdedah godaan nafsu dan syaitan, tiada sesal lagi lazat bila bermaksiat/berjahat. Di antara ciri-cirinya, tamakkan lagi loba dunia, panjang angan-angan, bakhil, takbur, ingin dan kasihkan kemegahan, ingin masyhur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan berniat jahat, lalai kepada Allah, dan lagi celupar serta lain-lain lagi. Inilah maqam yang terkebawah lagi hina, yang menggemukkan syaitan lagi bahayakan diri khususnya dan masyarakat ammnya.

Maka terdetik di hati ada sifat mahu pun ciri-ciri ini melekat di dalam diri, pintu taubat, boleh berbuat lagi terbuka sehingga nyawa di peringkat akhir, dan berbaik sangka bahawa Allah Maha Pengampun. Dan tak boleh hanya sebegitu tapi hentikan dosa lagi maksiat agar jadi insan yang berguna. Bukan pula sebagai pemimpin kiranya, bakal jadi ahli neraka tanpa hisab pula. Ingatlah pula betapa ajaibnya , nafsu terutama rongga mulut dan cakera ungu (syahwat) telah memperdayakan hingga dihumban ahli dunia ke lembah kebinasaan selepas mati.

Apalah guna seluruh kekayaan dunia, kuasa, wanita dan lain-lain tapi di akhirat hilang tiada apa melainkan siksa akibat tak mensyukurinya lagi menderhaka?

Dengan kajian ada 70 lapis makna tersirat di sebalik hebatnya Al Qur'an, itu dikira minima dari maknanya di dunia terutama hal kehebatan 'benda' yang dicipta atau keinderaan yang serba canggih hasil iradat manusia dan perancangannya.
Ikuti yang seterusnya...rujukan buku kaitan 'Mengenal diri dan wali Allah', kajian 'Allah','malaikat', kitab-kitab dan segala rukun iman yang wajib.

Di Langkawi...
paten . ........ ..... . .

No comments:

Post a Comment