Thursday, May 12, 2011

Keberkesanan Kaedah dan Jadual Belajar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kaedah Belajar Yang Berkesan oleh cikgu Amiza di akhbar, selain tumpuan sepenuhnya di kelas/kuliah/bengkel/makmal. Sentiasa bersoal jawab, membaca setiap nota, membuat semua latihan, mencari latihan tambahan, fahami apa yang dibaca.

Membuat nota ringkas, guna kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk mudahkan pembelajaran, guna komputer untuk kefahaman tambahan, adakan kumpulan perbincangan serta cari lagi dari buku, majalah, akhbar dan internet.

Pelajari teknik-teknik menjawab soalan, teliti dan analisis soalan lalu jika ada, berfikir secara kreatif dan berani memberi idea. Nasihat guru didapatkan sebanyak mungkin dalam segala masalah pelajaran dan pembelajaran.

Jadual yang efektif untuk belajar, pertama dengan membuat daftar 'tugasan', terkini apa yang perlu dilakukan sekarang, tentukan, yang bersama orang lain, dan apa yang boleh ditangguhkan. Kedua, membuat jadual harian/ mingguan, masuk tidur dengan tahu apa yang perlu siap untuk esok, apa yang perlu disiapkan esok. Ketiga, merancang jadual yang lebih panjang seperti bulanan suapaya aktiviti dirancang lebih awal. Ganti jika ada aktiviti luar jangkaan.

Jadual belajar yang efektif dirancang dengan pasangkan strategi, agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi. Keutamaan tugas yang mana, masa berbincang atau ulangkaji sebelum ke sekolah/ institusi / kelas. Selepas kuliah, perlu lapangkan agar selepas 24 jam ada kemungkinan besar lupa apa yang dipelajari.

50 minit hingga sejam setiap sesi pembelajaran, keselesaan tempat tanpa gangguan penumpuan dan tarikh siapkan 'deadline' sesuatu tugasan. Jadual ulangkaji mingguan dan hati-hati agar tak dimainkan oleh jadual sendiri, demikian sedikit ringkasannya.

Tambahan lagi masa muda, lapang, sihat, ambil peluang belajar, ulangkaji guna formula 7 kali ala asrama penuh(pengalaman penulis), selepas kelas, malamnya, mingguan, bulanan, sebelum ujian dan seumpamanya, awal paginya, sebelum minit-minit akhir - (guna nota ringkas), dan tawakkal(doa) selepas usaha/ ikhtiar anda.

Semoga berjaya dengan izinNya.

paten . .. ..... . .

No comments:

Post a Comment