Thursday, March 24, 2011

Kemuliaan Islam

DEngan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khalifah Arrasyidin ke-2, Saidina Umar ra pernah berkata," Kami kaum dimuliakan dengan Islam, jika kami mencari lain daripada Islam, maka kami akan dihina oleh Allah". "Cukuplah dari keluarga Umar seorang sahaja masuk neraka". Itulah sebahagian tanda kehebatan seorang pemerintah yang selalu menangis, "Apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup bertanya, dengan sebab dosa apakah dia dibunuh". Tidakkah bekas pembunuh anak perempuan dan peminum arak itu telah insaf dan menjadi agen perubahan besar sejarah dunia dan dicontohi cara pemerintahan oleh umat yang kemudian?
Bagaimananakah di Malaysia dengan lebih kurang angka anak tiada bapa berdaftar berjumlah lebih 257,000 orang sepanjang 2000 hingga 2008M? Atau terkini anak tak sah taraf 2006-2010 berjumlah 234,647 orang daripada 2,481,276 kelahiran didaftarkan JPN selain yang dibuang ke dalam longgokan sampah atau hampir 9% umumnya? Takrif anak tak sah taraf adalah yang lahir dari pasangan kurang waktunya 6 bulan Qamariah , selepas dari tarikh nikah/perkahwinan. Jumlah anak luar nikah muslim 13,545, 16,700, 16,541, 17,303 dan 17,490 mengikut turutan 2006 hingga 2010M. (Berita Harian 21 Mac 2011 Isnin mukasurat 14).
Kasih sayang untuk anak-anak, bahawa dia dibesarkan dengan susah senang tangisan dia datang ke dunia, maka kembalinya diiringi tangisan waris atau orang yang menyayanginya. Usaha bapa dan ibu yang mencari nafkah walau hampir tiada masa bermutu kadangkalanya di rumah, anak-anak juga menanti hadiah dan sentuhan serta pelukan mesra kasih sayang.




Besar hati dengan pelbagai hadiah dan limpahan rezeki, anak-anak berceria dengan paparan ceria mahu pun pesta ria. Semoga ada pemerintahan berwali/gabenor yang prihatin dengan makan minum, pakaian dan tempat tinggal setiap yang di bawah amanahnya. Jika hakim 2/3 dikatakan bakal masuk neraka, maka apakah nisbah pemerintah terutama dar segi kelayakan untuk menempa nama ke dalam neraka dengan nisbah 9/10 adalah tak menghairankan? Tenggelam dengan kemudahan, kemewahan dan mabuk dunia serta kuasa arahan yang ada, adakah yang di bawah amanah berasa selamat atau penuh celaka kehidupan di dunia dan bahkan di akhirat pula sama-sama mengejutkan fir'aun bila dibangkitkan bersama-sama?
Semoga kita terbuka merenung yang terkini dan yang akan datang pula. Apakah kita mahu keturunan kita mempunyai pemimpin besar seperti yang ada kini, atau yang lebih mulia dengan ketaqwaan dan zuhud besar yang amat dikasihi dan disanjungi di langit dan di bumi?
paten .. ..... ... . .

No comments:

Post a Comment