Wednesday, June 2, 2010

Palestin, Masyarakat Antarabangsa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berita yang menggemparkan dunia mengenai apa yang terjadi di perairan laut antarabangsa ke arah Palestin dengan pelbagai cerita serbuan di awal pagi ke kapal besar konvoi, Mavi Marmara. Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan telah berkata bahawa beliau telah cuba untuk merawat 2 orang komando(navy) penyerang Israel yang tertembak sesama sendiri, seorang pada tangan dan seorang lagi yang agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.
Pemerintah kapal mengarahkan agar tak bertindak kasar pada mereka, rawatan diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletakkan di tepi kapal, tetapi mereka terjun ke laut. Tentera penyerang mengakui mengenai kawasan antarabangsa. Kapal yang disertai sukarelawan pelbagai negara lebih kurang 50 negara ditawan dan semasa di Ashdod, Dr Arbaei Syawal sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki yang didapati berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud. (sedutan berita oleh Azrul Affandi Sobri -Berita Harian)
Ini membuktikan kesilapan besar di pihak penyerang di samping kesyahidan di atas niat yang suci pihak yang ingin membantu untuk ke kawasan yang dikepung sekitar Gaza. Semoga pengajaran dapat diambil dengan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment