Thursday, June 24, 2010

Al-kisah Bekas Perompak Yang Bertaubat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Telah berlaku satu kisah dahulukala, di mana seorang perompak bernama Abu Nasr Bisr ibn Haris Al Hafi, semasa mudanya, suatu hari menemui kertas yang bertulis Asma'ul Husna, 99 nama Allah yang indah. Kertas itu dibersihkan dan diwangikan, dan pada malamnya dia bermimpi mendengar suara memanggilnya: "Wahai Bisr! Engkau telah mengharumkan namaKu. Demi keperkasaanKu, akan Aku harumkan namamu di dunia dan di akhirat".

Akhirnya pemuda ini bertaubat lalu menjadi seorang 'sufi' dan ucapannya yang paling terkenal digunakan di kalangan 'ahli sufi' selepasnya ialah, "Tidak akan merasakan kelazatan akhirat bagi orang yang suka mencari kemahsyuran (popularity)". (sumber majalah Hakiki Edisi Istimewa ISSN 2180-236X)

Pelbagai berita, cerita, pengalaman dan lain-lainnya yang berlaku di alam fana membawa pengertian yang begitu mendalam terhadap ucapan tersebut. Bagaikan nak kejar dunia tak dapat atau tidak puas dengan tuntutan hawa nafsu, maka akhirat pula keciciran atau dilupakan mengenai pembalasan oleh Allah Yang Maha Adil.

Paparan di media massa memberi kesan yang cukup hebat dan mendalam terutama kepada mereka yang memahami, yang menyedari dari hasil pancaindera dan yang melibatkan segala pancaroba di dunia. Dari jauh di dalam hati, apakah pilihan atau adakah ada pilihan?

Lihat pula kepada warna pelangi, lengkungan di dalam menggambarkan ke arah kegelapan dan di lengkungan yang jauh, warna-warni ke arah kecerahan. Apakah yang ada pada wajah? Bentuk, pancaindera, pengenalan diri, warna dan lain-lain lagi anugerahNyakah? Siapakah yang di sebalik watak, kesan, tindakbalas, dan lain-lainnya? Di sebalik Beriman kepada Allah dan hari akhirat.

. ... ....... ... .

No comments:

Post a Comment