Monday, May 17, 2010

Tersungkur Di Pintu Syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Tersebutlah berita bahawa kematian bekas pemimpin utama* Al Arqam di Ipoh, Perak, yang juga bekas pemimpin utama Rufaqa' dan terakhir Global Ikhwan Sdn. Bhd. Allahyarham juga merupakan bekas ahli PAS tetapi minatnya berubah dengan imej hijau berjubah dan berserban serta mulanya hasil keluaran barangan runcit seperti kicap, sos, majalah, dan lain-lainnya.
Allahyarham pernah digembar-gemburkan sebagai calon Perdana Menteri di samping menempuh zaman kegemilangan terutama semasa 1980-an dan sebelum Al Arqam diharamkan di tahun 1990-an. Jaringannya boleh dikatakan di merata negara termasuk dengan ahli-ahlinya seperti di Indonesia, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Pernah digelar 'Bapa Poligami Malaysia' yang sinonim dengan perkahwinan lebih daripada satu, malah dua, tiga atau empat bahkan menjadi isu hangat mengenai niat jika kesemua isteri-isteri itu adalah dikatakan anak dara belaka. Biarlah dengan prasangka yang baik, bahawa semua itu menaikkan kebangkitan Islam dengan 'Revolusi di Iran' yang juga pernah memberi bantuan kewangan kepada Al Arqam dulu. Biar dikatakan sebagai yang 'Tersungkur di pintu syurga' daripada terpilih sebagai yang tersungkur di pintu neraka, bahkan elakkan dari masuk ke neraka tanpa hisab disebabkan niat yang terpesong.Semoga Allah melindungi dari menerima kekalahan besar di akhirat nanti.
Perubahan telah berlaku dan kini, Iran banyak menunaikan fardhu kifayah, wakil negara Islam yang maju di dalam pelbagai bidang teknologi, sukan dan lantang di dalam mengelakkan penjajahan kuasa dari luar rantau, di samping sokongan pelbagai gerakan Islam seperti PAS di Malaysia ketika perang Iran-Iraq. Bahkan Iraq bagaikan telah menerima hukuman di dunia dengan penurunan status sebagai sebuah negara yang terkaya di dunia kepada salah sebuah negara yang termiskin di dunia dengan penuh berdarah, sengsara, penjajahan dan sebagainya.
Amerika dan kuncu-kuncunya kini aktif beroperasi di kawasan peta dahulu Khurasan atau yang dinamakan mereka Baluchistan. Apakah mereka berpuas hati memasuki kawasan yang dikatakan pusara pelbagai empayar di muka bumi Allah ini?
*Allahyarham ustaz Ashaari

No comments:

Post a Comment