Monday, July 29, 2013

Puasa, Puaskan Nafsu Mahmudah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selain untuk diri sendiri, keluarga dan mungkin yang terdekat, ada juga pelbagai perancangan untuk khidmat masyarakat. Darul Hanan, Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang dan warga yang memerlukan kasih sayang. Sempena bulan puasa yang diharapkan ada kemungkinan bertambah ketaqwaan.








Esoknya, khamis, 25/7/2013, 'Car Boot Sales' di KK Seberang Jaya. Kedatangan awal membuahkan rezeki awal. Banyak juga kereta dan pelbagai kenderaan lainnya. Dengan tekaan bila saguhati tak diterima, maka no.3 sekurang-kurangnya akhirnya menjadi kenyataan.






paten ...  ....... . ...

Thursday, July 18, 2013

Dari KL ke Moscow

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

             Perjalanan dan pengalaman sudah pun diberitakan dahulu di dalam blog ini berkaitan Amerika Syarikat. Perjumpaan secara tak sengaja dengan pelajar keturunan kawasan Kaukus, orang putih asal yang meliputi Chechnya, Dagestan, Georgia, Akhbatia, Ossetia, Balkino Bakaria, Cherkassia dan lain-lain. Majoritinya muslim melainkan Georgia dan sebahagian Ossetia.

            Ada yang bernama Osman, ada sedikit bangga dari rasa warga rakyat Rusia, Cerkassia, dan dua orang lagi pelajar Kaukus semasa Ramadhan di University of Bridgeport, Connecticut (USA) pada tahun-tahun 1990an. Ramai yang boleh berbahasa Inggeris seperti warga Bosnia Herzegovina di Amerika sana. Warga Rusia Kaukus ini bersfat tak suka dominasinya pihak Kristian. Pihak Soviet cuba meleraikan mereka dari agama tetapi mereka tetap ada cinta dan amal walaupun kena belajar solat agar lebih teratur dengan warga muslim di Amerika. Rupa mereka seperti orang putih British tetapi mereka suka kepada Islam. Di dalam blog ini, sudah ada pendedahan peta dan perkaitan Rusia sebelum ini. Kaitan dengan Krai Kelantan dari segi sebutan bahasa.
 
              Di Malaysia, ada pakej pelancongan ke Rusia seperti jomkerusia.com. Selamat melancong kepada yang ada kemampuan ke sana. Hasrat ke sana mungkin ada, dan akhirnya sampai ke tempat berkenaan, insyaAllah.


paten   .  .......... ... ....

Wednesday, July 17, 2013

Friday, July 5, 2013

Kejatuhan Kerajaan Pilihan Mandat Rakyat Mesir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tiba-tiba berlaku rampasan  kuasa di Mesir, khamis pertama Julai 2013, seperti yang diduga, belakangnya adalah kuasa kehakiman dan ketenteraan. Taktik sama, seperti pusingan pertama di Algeria, bila ada tunjuk perasaan jalanan oleh golongan minoriti, hak pilihan rakyat dinafikan, dan yan dijangka menang, dan telah menang dihukum menjadi tahanan dan sebagainya. Yang membuat huru-hara, kacau bilau terlepas bebas berjasa menentang kebangkitan Islam.

Presiden Dr.Morsi, ahli berkaitan kejuruteraan, professor, dan mempunyai kebijaksanaan. Antara jasanya yang diberitakan, adalah membawa teknologi tablet agar menjadi murah di Mesir, peluang pekerjaan lebih 600,000 dalam setahun, membawa Samsung masuk dan pelaburan berharga lain, hasil terusan Suez yang banyak, faedah kewangan kepada yang memerlukan berlipat 200% dan lain-lain lagi.

 Dia gagal membawa Mesir kepada kehancuran,tetapi kejatuhannya menggembirakan Netanyahu dan sekutunya. Seorang hafiz Al Qur'an  termasuk keluarganya yang hafiz dan terpelajar. Anaknya seorang doktor. Sebagai teknologis al hafiz yang diganti pula dengan beritanya, seorang Ketua Hakim Kristian. Malangnya keselesaan yang dipilih oleh sebahagian yang membantu merampas mandat.

Kebangkitan Islam ada turun naiknya.... Adakah Mesir bakal dipandang semula, seperti Turki yang mula dipandang? Tanpa Al Azhar, Mesir adalah seperti Turki yang menolak Islam dan kearaban sekali. Membarat insaniah ala Thesallonian, Yahudi Salonika, Kamal terkutuk, yang seperti mengaku tuhan gahnya, yang jasadnya menderita sebelum mati dan selepas mati.

paten ..... ....... . ...