Friday, July 5, 2013

Kejatuhan Kerajaan Pilihan Mandat Rakyat Mesir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tiba-tiba berlaku rampasan  kuasa di Mesir, khamis pertama Julai 2013, seperti yang diduga, belakangnya adalah kuasa kehakiman dan ketenteraan. Taktik sama, seperti pusingan pertama di Algeria, bila ada tunjuk perasaan jalanan oleh golongan minoriti, hak pilihan rakyat dinafikan, dan yan dijangka menang, dan telah menang dihukum menjadi tahanan dan sebagainya. Yang membuat huru-hara, kacau bilau terlepas bebas berjasa menentang kebangkitan Islam.

Presiden Dr.Morsi, ahli berkaitan kejuruteraan, professor, dan mempunyai kebijaksanaan. Antara jasanya yang diberitakan, adalah membawa teknologi tablet agar menjadi murah di Mesir, peluang pekerjaan lebih 600,000 dalam setahun, membawa Samsung masuk dan pelaburan berharga lain, hasil terusan Suez yang banyak, faedah kewangan kepada yang memerlukan berlipat 200% dan lain-lain lagi.

 Dia gagal membawa Mesir kepada kehancuran,tetapi kejatuhannya menggembirakan Netanyahu dan sekutunya. Seorang hafiz Al Qur'an  termasuk keluarganya yang hafiz dan terpelajar. Anaknya seorang doktor. Sebagai teknologis al hafiz yang diganti pula dengan beritanya, seorang Ketua Hakim Kristian. Malangnya keselesaan yang dipilih oleh sebahagian yang membantu merampas mandat.

Kebangkitan Islam ada turun naiknya.... Adakah Mesir bakal dipandang semula, seperti Turki yang mula dipandang? Tanpa Al Azhar, Mesir adalah seperti Turki yang menolak Islam dan kearaban sekali. Membarat insaniah ala Thesallonian, Yahudi Salonika, Kamal terkutuk, yang seperti mengaku tuhan gahnya, yang jasadnya menderita sebelum mati dan selepas mati.

paten ..... ....... . ...

No comments:

Post a Comment