Tuesday, February 15, 2011

Iradat dan Di Sebalik Hikmah Kebangkitan dan Kehancuran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perlembagaan, dan tatacara pemerintahan adalah sesuatu yang boleh dikira sensitif.2 bangsa yang dikaitkan dengan kelembutan, nusantara dan Parsi di akhir zaman, hari kebangkitan mereka membantu Islam yang kembali dagang agar dunia tidak menambahkan penghuni neraka dengan begitu banyaknya. Kekurangan, kesusahan diiringi kesabaran dibalas penghapus dosa dan kemuliaan di akhirat. Tidakkah hari akhirat itu selama-lamanya, bukan setakat trillion tahun cahaya, quadrillion, quantillion dsb?
Kehidupan dunia yang penuh tipudaya seperti berita palsu, kemegahan, kebanggaan yang bukan pun untuk dunia dan akhirat, maka kerugian besar kepada insan yang sememangnya tak berinsang lagi lupa. Perlembagaan dan sistem pilihanraya seperti di Iran adalah sistem yang hampir menyerupai USA tapi ada roh/ruh kekhalifahan dan Islam. Itulah yang dicabut dari turki Othmaniah dahulu. Iran pula menghadkan tempoh pemerintahan Presidennya dengan 2 kali pilihan atau hampir kira-kira 8 tahun. Itulah hak rakyatnya dengan majoriti memilih si dia yang dipilih. Maka wujudnya gerakan anti hak secara berperlembagaan ini memang wujud, samada cadangan 'Dr Michael Grant' agar CIA dll diberi dana yang tak terbatas bagi memenuhi iradat mereka atau munculnya kaki-kaki anti Islam atau kaki songlap yang melarikan hasil negara. Maka keturunan mereka yang memakan hasil haram yang dilarikan tak perlu masuk untuk sibuk-sibuk dalam hal pemerintahan kerana 'sialnya' cukup bahaya jasad dan segalanya dari yang haram, maka ke mana lagi selagi ia membawa manfaat 'syaitan' dan kuncu-kuncunya. Itulah kunci di sebalik huru-haranya dunia, dan akhirat, di padang mahsyar bertambah lagi azab. Naungan Ilahi, alangkah bahagia mereka yang tak tewas dengan godaan kemewahan atau kemegahan yang sementara.
Sistem yang gagah yang perlu diperkukuhkan adalah yang tak memberi peluang atau pencegahan kepada se-se sebegitu, memewahkan sanak-saudara, atau KKN. Maka kemakmuran semakin bercambah dengan hakAllah sebagai pencipta bumi dan langit dan di antara kedua dengan hak sebenar-benarnya hak. Tak mampu langit ditongkat, maka apabila masuk kubur, 'Marabbuka' entah apa yang dibuka, pintu neraka atau pintu syurga, nik'mat atau azab. Sama-samalah melihat sejarah atau sirah, kisah/hikayat yang memberi gambaran di saat hari kebangkitan atau hari kehancuran umat di sesuatu bumi, tempat dsb. Semuanya ada di dalam ayat-ayat dirakamkan dalam Al Qur'an, ada penggantian umat yang mampu bersyariat selepas gagalnya perjanjian lama terutamanya Taurat, Zabur, Injil sebelumnya dengan gangguan tangan syaitan(jin dan manusia).
Contoh dari kalangan keluarga/bani Cain/Ro..ham yang adakala memporak-peranda Timur Tengah, 'based on our interest';....

Paten . ….. .. . .

No comments:

Post a Comment