Monday, April 14, 2014

Jika Aku Haganah, Zionis Sedunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kami sebagai penguasa sebahagian kewartawanan dunia, telah berjaya menjatuhkan Raja Perancis atas sebab kami sealiran pendapat dengan perlunya jatuh raja itu. Sepanjang sejarah umat Islam, digembar-gemburkan Abdullah B Saba' kini digelar syiah ghulat, yang mengarahkan betapa nasrani percaya akan kedatangan semula Isa as, tetapi umat Islam tidak mewala'kan semula ahlul Bait, keturunan Ali.

Kami bertepuk tangan bila ada penulis sejarah yang terikut rentak, hinggakan melabel hampir semua kaitan dengan keturunan Ali sebagai syiah. Yang dimusuhi bagaikan kami haganah, zionis. Maka mereka tidak memandang pintu ilmu yang sebelah lagi. Tidakkah Imam Shafie kaitan sunni itu pernah dituduh, mulhid, dan syiah, Alawiyah di zaman Harun  Ar Rasyid? Tidakkah Imam Musa Al Kazim telah mati dipenjara semasa zaman Harun itu? Tidakkah ada khalifah yang mahukan Imam Sufyan At Thauri memegang jawatan sehinggakan dia melarikan diri?

Hinggakan wujud penyokong kuat dunia muslim terutama sunni, dengan tokoh yahudi oleh sunni muslim seperti tokohnya Albert Einstein dan Kamal at Tartuk. Malah hampir seluruh dunia muslim berpaksi Kamal at Tartuk, yang berpakat dengan British untuk memecahkan Othmaniah, tidak menghalang serangan ke atas Syria dan Iraq, malah berpura-pura dengan bertelefon pakat dengan ejen British. Kamal At Tarturk dan kumpulannya adalah pasukan kami. Pasukan kami itu adalah lambakan pelbagai idealogi seperti komunis, sosialis, sekular dan lain-lain asalkan bukan Islam.

Kumpulan sunni yang dahsyat bekerjasama dengan Amerika dan barat, cuba menghancurkan Iran dan lain-lainnya. Merekalah yang menghancurkan Othmaniah, dengan dasar pecah dan perintah British. British yang sentiasa membantu menjatuhkan Othmaniah, sehinggakan sama-sama mengangkat bendera hijau kalimah mengucap, membina negara khalifah yang lain, bersama T.E Lawrence. Golongan muslim sunni dan yang tidak malu-malu mengaku sunni, kerana salah sangka 'ahli sunnah wal jamaah' yang banyak membantu barat menghancurkan Othmaniah/ Blok Islam bersama Lawrence dan yang lain-lainnya. Lawrence dan tentera Arab telah menghancurkan jalan keretapi dari Istanbul ke Madinah. Maka 'nationalisme' adalah 'darling' pasukan kita, yang menghancurkan blok Islam. British tidak menghalang penubuhan gerakan pemuda Arab, muslim dan kristian. Maka , kami mencapai kemenangan dan pelbagai kemenangan dengan pandangan dunia muslim yang mengasing-asingkan pelbagai bangsa muslim dan secara bernegara.

Mewujudkan hasil pandangan umum, 'world view', yang mengasingkan Othmaniah/Turki yang sudah dalam cengkaman kami yang bekerjasama dengan British dahulu. Musuh utama kami, bukan muslim, tetapi kemnculan anti zionis seperti kumpulan Naturei Carta, yahudi yang sentiasa membuka rahsia kami melalui, dan pembacaan kitab Taurat.

Kami sangat sukakan matematik/ ilmu hisab dan sufi, ritual seperti Kabbalah. Tidakkah ada dua tokoh yang cuba mendapatkan jasad nabi Muhammad itu berlakon yang sangat arif hal kesufian dan suka berderma, beribadah? Mereka dihukum bunuh oleh sultan dari Kurdistan. Tidakkah kini ada bendera Kurdistan yang bersilang sama dengan bendera Isra'el dengan sebab terpinggir Kurdistan oleh puak Arab?

Kini, kami mampu tersenyum dengan usaha keras umat Islam, bermati-matian saling membunuh, merosakkkan di Iraq, Syria dan Mesir, terutamanya. 'Darling' kami Kamal at Tartuk, telah berjaya menyusup dan berpakat dengan British. Begitu juga keluarga Saud dan Wahabi yang bermusuh dengan Iran, dan mereka bersama kami, mewujudkan satu perang dingin dengan Iran. Amerika dan kuncu-kuncuya dengan sistem diktator kuku besi. Walaupun Iran inginkan undi di Syria, harapkan Timur Tengah menghormati keputusan rakyat, tetapi yang penah menjadi 'darling' kami seperti Saddam Hussein dan rejimnya banyak merosakkan kekayaan Iraq, Iran dan dana Negara Timur Tengah bertrillion dollar.

Kami, kita mampu tersenyum sahaja dengan junta yang menguntungkan kami, di semua dunia umat muslim, seperti junta Kamal at Tartuk yang ramai suka mabuk. Di samping wujud kumpulan muslim, yang menambah api peperangan sesama muslim. Kami selalu dipersalahkan, walaupun memang wujud kerajaan Timur tengah di Andalusia satu ketika dahaulu. Ketika itu, muslim dan yahudi boleh bersatu membina permulaan tamadun dunia, tamadun mesra alam, yang menghijau. Khazaria (kerajaan pro yahudi) yang ada wakil melawat kota Toledo/ Holy Toledo.

Kami sudah mengikut kata Salahuddin, 'barangsiapa menguasai Palestin, mereka menguasai dunia'. Kami sedang mendapatkan hasilnya sahaja. Pihak kerajaan Fatimiyyah (Mesir) telah melepaskan kuasa kepada pihak Salahuddin dan para pengikutnya yang memerintah melebihi 150 tahun. Kami juga menyokong kedua-dua pihak yang bertelagah dan mengambil untung dari segala hasil (bumi) dan melalui perjanjian yang melingkupkan ekonomi seperti contoh negara Mesir. Ingatkah Iran-Iraq dan Aus-Khazraj?

Kami berjaya melawan dunia (muslim) yang ramai, dengan ramainya penyokong muslim yang desperado menjatuhkan antara satu sama lain. Kami sudah gah di muka bumi.

paten . ..... .... . ....

No comments:

Post a Comment