Sunday, July 17, 2011

Kehidupan Yang Hakiki, Nafsu Ke-2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehidupan seharian berdepan cabaran-cabaran tertentu tapi apakah padahnya jika tidak menghiraukan akibat-akibatnya. Walau berkerjaya hebat dan sebagainya, samada jurutera dan segala hal teknik yang boleh dikira menakjubkan, apabila datang serunya kepada kebaikan, tapi ada kesangsiannya.
Bagi yang muslim, nafsu dikaitkan dengan nafsu ke-2 selepas ammarah secara kasarnya bersifat seperti mencela kesalahan sendiri, bertafakkur, kecut hati bila bersalah, mengkritik apa jua kejahatan, ajub diri yang disangka lebih baik, ada riak dengan amal perbuatan, mahu pujian 'sumaah', dan lain-lain keaiban hati. Letup di hati ada sebegitu maka itulah tandanya, semoga berjaya menentang yang negatif dalam diri. Maka pembangunan diri ke arah yang lebih baik perlu didorongkan agar fokus / tumpuan hanya kepada Ilahi, Yang Maha Menciptakan.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 KL
paten . ........ ....... . .

No comments:

Post a Comment