Saturday, March 15, 2014

Simpanan Nostalgia Lebih 2 Dekad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedikit 5s, tetapi ada kejutan yang cukup tidak disangka-sangka oleh bonaku ketika dia masih sihat. Dia telah Berjaya membungkus dengan plastik pelbagai dokumen dan rekod yang membolehkan semuanya itu selamat dari banjir.


Bilik yang sudutnya cuba dikemaskan dengan lebih baik.
 
Selepas dicop 'passport' di bulan April 1997, 8 pagi 8 April di KLIA, maka perlunya semakan kastam/emigresen telah tersilap diberitahu semasa di atas kapal terbang lagi. Sebenarnya, ia tidak perlu dibuat, dan lambat naik satu kapal terbang balik ke Bayan lepas, Pulau Pinang selepas  American Airline dan Malaysian Airline, semuanya Boeing 747.
 
Itulah rupanya kad kecil 'Social Security' kad pengenalan bernombor bagaikan rakyat USA disebabkan pembayaran cukai yang banyak dan tidak dicop 'bukan untuk bekerja'(not for employment)'. Sebarang penyamaran boleh dihukum denda, penjara atau kedua-duanya sekali berdasarkan tulisan di belakangnya. Rekod bersih tanpa jenayah dan hutang oleh pemilik kad kecil itu membolehkan si dia kembali, dengan izinNya ke sana semula nanti. Mungkin dengan berkeluarga jika ada cukup pembiayaan.

paten . ...... ... . ....

Tuesday, March 11, 2014

Bahtera, Kenderaan Pengangkutan Yang Besar, Cakera Dunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Fakta yang sahih, ayat ke 41-42 dan seterusnya. Perlukan perhatian lebih kerana ayat kaitan sangkakala datang selepas giliran ayat yang  boleh disemak. Perkataan bahtera kenderaan pengangkut, keturunan, bertengkar, tanda, Ayat ke 50, ada perkataan wasiat, keluarga, Ramalan kaitan Perang Dunia (dalam ayat ke 51) yang besar juga dan persediaan yang memungkinkan 'pengurangan' bencananya.

Berdasarkan yang bukan kesamaran, ayat aksiomatik yang tanpa perlu keraguan lagi, dengan berita yang benar dari langit. Lihat kebetulan surah Yasin, 83 ayat. Penerbangan rutin KL-Beijing MH 0370, termasuklah tahun 2014M. Dikatakan bermula jam 12:41 atau bahasa 24 jam tepatnya, 0041. lihatlah kebetulan ayat 37 surah Yasin, kaitan malam, hilang dan lain-lainnya untuk kata-kata kuncinya.

Pada suatu zaman, kapal besar Cakera Dunia, dari Acheh nusantara telah tidak dibenarkan mendekatai pelabuhan di Cina disebabkan yang dikatakan saiznya yang gah besar. Penerbangan MH 0370 juga melibatkan ke arah utara nusantara dengan perjalanan malam yang boleh dikatakan tenang tetapi dalam pertembungan banjir di beberapa kawasan Sabah, banyak kawasan kekurangan bekalan air paip di Semenanjung Malaysia.
 
Walau apa pun yang telah dan bakal berlaku, ayat-ayat Al Qur'an tetap relevan sepanjang hayat , zaman, dan mampu memberi 'ubat', pedoman, klu, dan pelbagai lagi yang menyelamatkan manusia dan jin daripada jurang atau ke dalam api neraka.
 
Jumpa sekali, atau berkali-kali, peluang berjumpa lagi dengan sanak saudara dan sebagainya, yang sememangnya belum tentu lagi. Yang pasti setiap yang mula, pasti ada akhirnya. Yang manakah lebih baik, menyesal di hadapan pintu 'syurga' atau pun di pintu 'neraka'?
 
paten . .. ... . ....

Thursday, March 6, 2014

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang

Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kos perasmian, dengan nama Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim, jambatan ke-2 Pulau Pinang telah mula dibuka secara rasmi dan percuma sebulan pada 1 Mac 2014.

Hari Sabtu, pada 3 petang TYT telah merasmikannya. Ramai yang mula datang secara beramai-ramai hingga terlalu sesak di belakang pantai 'Seagate' pada malamnya. Pukul  8 malam, PM pula merasmikannya.

Video yang telah diambil selepas waktu asar pada hari ahad, 2 Mac '14. Hati-hati agar tidak berlaku kemalangan, dan dilarang berhenti bergambar, yang mungkin membahayakan ramai orang lain.

paten ...... ... . ....