Saturday, August 31, 2013

Persoalan Di Manakah Dia? : Golongan Yang Menjadi 'Suruhan Iblis'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rujukan bersama dengan video-video ‘youtube’ The Arrivals, yang dikatakan telah dihapuskan, atau cuba dilupuskan, dan muncul pula filem The Arrivals lakonan utamanya Carlie Sheen. Video ‘The Arrivals’ telah diberitakan dihasilkan oleh orang Mesir yang tinggal di USA selama 8 tahun dan Kristian. Ia juga dikatakan ada isi pro sunni dan syiah. Selepas itu, muncul pula propaganda yang mencetus api permusuhan yang menumpah darah. '.......mereka menyalakan api peperangan, tetapi Allah memadamkannya”.
Masyarakat rahsia (secret society) menjalankan rancangan mereka, tetapi Allah Maha Merancang. Iblis, ular, Adam dan Hawa terdampar di bumi, dengan Iblis di bumi Baisan (benua Amerika, Virginia mengikut cakap seorang profesor), ular atau naga yang sudah kehilangan kaki dan sayap di bumi Asfahan, Adam di bumi Sri Langka dan Hawa di Jeddah (Judah). Lihatlah peta taburan berkenaan di laman sesawang, semuanya dengan perintah Allah, setelah dikeluarkan dari ‘syurga’.
Adam dan Hawa, setelah setengah hari di syurga atau ‘500 tahun bumi’ salah satu pendapatnya, berdasarkan salah-silah pokok keturunan Adam+Hawa. Mengikut penulis Al Marhum Amaluddin Darus, pengarang buku ‘Manusia di langit, manusia di bumi’, Adam dilarang menyentuh Hawa untuk berketurunan. Maka maksud buah ‘khuldi’ itu boleh disimpulkan sebagai gambarajah salah-silah keturunan manusia. Bagaimanakah nama syurga ‘khuldi’? Timbul khilaf ulama’ bahawa penghuni syurga juga boleh berketurunan. Penghidupan pertama ada syarat dengan balasan ‘syurga’ dan ‘neraka’. ‘Nikmat hasil’ cahaya dan ‘azab pedih’ api adalah amat jauh berbeza sekali. Berbahagialah kepada mereka yang berjaya melepasi azab sengsara di dunia, dan ada yang teraniaya dan doa yang teraniaya mak'bul walaupun bukan muslim.
 Buku kajian ‘The Arrivals’ telah mendedahkan rujukan yang bukan lagi rahsia sebahagiannya. Rahsia cubaan bukan muslim untuk meniru sufi versi mereka tersendiri, dan terpesong oleh godaan Iblis, Azazil, jin, dan sekutu syaitan.  Perang Dunia Pertama(League of nations) adalah untuk menaikkan golongan atheis dan sekular, Perang Dunia Ke-2 untuk penubuhan kaitan ‘Israel’, dan perubahan ketara peta dunia, dan ketiga untuk kaitan zionis dan Islam, bertembung. Kota Baitul Muqaddis telah dikuasai secara umumnya oleh yahudi Zionis. Allah tetap dengan perancangan rahsianya. '..mereka merancang tipudaya, dan Allah juga merancang, ..mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri'.
Muncul juga Naturei karta, anti-zionis dari kalangan orang yahudi terutama di kawasan Arab dan Iran. Datuk nenek Osama dan Mahmud Ahmadinejad diberitakan, dikaitkan juga dengan campuran darah Bani Israel, yahudi. Mereka begitu menonjol dan sejarah sudah tercatat. Que sera, sera. Mereka bercakap dengan nada anti-yahudi yang meluap-luap. Ibarat ’makan hati, berulam jantung’. Bagaimanakah kesudahannya?
Paten . ……… . …

Tuesday, August 27, 2013

Yang Berlagu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


                      Suave, que sera sera, dunia masih belum berakhir. Sesudah angka 70,000 orang yahudi Asafahan telah berpindah ke “Isra…’, maka tinggallah sebahagian besar yahudi yang masih tinggal di Iran (Aku telah lari), di mana Teheran menjadi tumpuan ketika serangan Mongol. Begitu juga semasa Othmaniah, sehingga yang berbahasa Parsi ramai juga tinggal di bumi Aryan itu. Janji Nabi saw kepada para sahabat ra, maka Al Farisi (Salman)ditunjukkan bahawa ada satu kebangkitan di situ.
                   Begitu juga, setelah H l gu Khan kalah di lembah 'Bekka', kawasan kehancuran kaum Lut,' maka setelah itu, dia mara pula menentang sepupunya yang menjadi muslim. Pertempuran di Kaukus menjadikan H l gu dan para bala tenteranya kalah lalu ia bersara ke tepi Laut Kaspian. Abqa Khan mula bertanyakan bapanya yang dahulu ingin menyerang Makkah dan Madinah, tetapi H l gu Khan merasakan Allah melindungi tanah tersebut.
 
                  Maka H l gu Khan mewasiatkan agar dia dikebumikan dengan direjam ke dalam Laut Kaspian agar mayatnya tidak dijumpai oleh sesiapa pun selepas itu. Tidakkah tempat itu berdekatan dengan wilayah pergunungan Kaukus. Bagaimanakah pula dengan Sochi kini? Astrakhan dan lain-lainnya. Berdasarkan peta dan kisah Zulkarnain di dalam Al Qur'an, Gog Magog, Yakjuj Makjuj dan lain-lain perkaitan yang telah dibincangkan dalam blog ini dahulu boleh dihangatkan kembali. Laut Kaspian dengan 'Khan', mayatnya hilang. Sochi yang 'nak disucikan' di Laut Hitam. Penduduk Rus dan persekitarannya. Kawasan Kaukus yang semakin menyerlah di abad 20 dan 21 Masihi, tahun 1400 -1500 Selepas Hijrah.

 
paten .. ........ ........ . ...

Thursday, August 22, 2013

Satu Ketika Di Alam Siber, Yang Bukan Di Siberia, Bukan Juga di Cyberjaya/Siberjaya, Bukan Juga Pedang 'Saber'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sebahagian paparan di 'Lauhul Mahfuz' 'dunia', 'paparan yang bercahaya'.

         Jika Pr. Morsi cuba dijatuhkan dengan bantuan ketenteraan, maka lihatlah taktik yang sama oleh Must. Kamal At tartuk, cari pak sanggup dari kalangan ulama', orang awam, dll. bagi menjatuhkan 'Othmaniah', lihat jika yahudi the sallonians ini, termasuk Currasso, yang mengadap Sultan Abdul Hamid II dan mengatakan 'ummah telah memecat kamu' di tengah malam, maka ini adalah penipuan besar dengan ciptaan huru-hara golongan pemberontak yang terkejut bila janisaris yahudi pula naik dengan dendam membara terhadap Islam dan Arab dan Herzoq dengan media penguasaan siapa itu?, yang berbangga bahawa mereka boleh jatuhkan sesiapa sahaja dengan penguasaan media tanpa perlu ditembak Sultan Abdul Hamid II itu. 50 tahun 1898-1948 rancangan bantuan keluarga Rothschild ini akhirnya berjaya selepas Perang ciptaan media hasutan mereka, 2x Perang Dunia, yang pertama menjatuhkan Ramanov Czar Rusia yang ada merasmikan masjid, dan Othmaniah, kedua-duanya saling berperang, tetapi broker peperangan dan perdamaian mengambil untung besar, hasil bila musnah dan bankrap, bantuan 'riba' dating untuk 'gadaian besar sistem'.
         Mungkin itu adalah perspektif berlainan, mari kita lihat taktik ini, suburkan dan api-apikan peperangan antara sunni-syiah di kawasan teluk, dengan media siapa????, contohnya di Pakistan, Iraq dan Syria, serangan yang bertopeng atau bom 'remote' membantu membunuh tokoh agama di antara kedua-dua belah pihak, termasuklah Dr Said Ramadhan al Buti, yang menyokong Basyar, ulama' memberi pandangan mengikut data yang diperolehi, diperasakkan oleh pihak tertentu, itulah yang digunakan Napoleon Bonarparte, ketika mahu memasuki Mesir, diasakkan penduduk awam dan golongan ulama' tertentu agar percaya bahawa Napoleon telah masuk Islam, dan tentera Napoleon disambut dengan agak meriah, kononnya ada para ulama' yang berbaris bersama rakyat sebahagiannya, bagi mengurangkan kuasa Othmaniah Turki, tetapi souvenirnya , tarian Cleopetra (gelek) dihidupkan kembali, dan tentera pimpinan Napoleoan balik ke negeri mereka kemudiannya. Jika Pr. Mursi dilabelkan sebagai diktator kerana mahukan hak Allah, hak kuasa 'Commander in Chief'nya tidak diganggu gugat oleh taktik rebut kuasa gunakan sistem kehakiman, ketenteraan, panggil sokongan sebahagian ulama', para penyokong antinya demo di jalanraya, dan akhirnya sejarah berulang kembali seperti di Turki, Algeria dll., kini di Mesir pula. Ada minoriti rakyat Mesir yang baru belajar selepas 60 tahun Pres. dari kalangan tentera, ambilalih Mesir. Maka zon keselesaan itu dengan kebebasan ber 'maksiat' menjadi agenda 'liberal', maka rakyat Mesir yang dikatakan kuat agama berjaya dineutralkan, dengan sukan seperti bola, lihat kesan bola kpd mereka, sex-lihat kesan tarian gelek dll kpd mereka, dan seterusnya.....

Komen di Malaysiakini, Isnin pagi sahur, mlm ke-27 Ramadhan 1434H, bersamaan 5 Ogos 2013.
 
Sebagai tambahan, Ust. Mantan Menteri Besar Terengganu, yang pernah bertemu 'Saddam Hussein' dan ulama'-ulama' di Arab Saudi sebelum Perang Teluk Pertama, telah menyuarakan mengenai betapa isu lama dihidupkan kembali seperti Sunnah-Syiah agar fokus dilupakan kepada 'Isra'el' dan sekutu-sekutu tertentu.
Kejahilan perlu dielakkan, dan maklumat sebenar amatlah diperlukan. Ini diperjelaskan dengan label sejak Bani Umayyah memerintah, 'Syiah' dan kemudian ...dteruskan oleh 'Bani Abbasiah' yang pernah ada ketika ber'muktazilah', label berkenaan. Tidakkah 'Imam Syafie' pernah dilabel sebagai 'syiah', mulhid, geng ala komunis di zaman itu sebelum berpindah ke Mesir atas sokongan Gabenornya?
Marilah dengan penuh kesedaran dan doa agar selain doa qunut panjang dan pendek, iringannya pula adalah doa perlindungan daripada 'fitnah Al Masihi Dajjal' yang menguasai dunia. Ini jelas berjaya dengan penuh berkesan bila kuasa dunia telah kembali ke kawasan mereka (balik bandar & kg), dan meninggalkan segala kemahiran membuat senjata buatan sendiri atau dibeli, maka trauma api peperangan berterusan dengan cukup lama.
Dengan latar belakang Al Masihi, mereka menyerang kebangkitan Islam melalui serangan perang saraf alam maya dan selainnya. Siapakah yang sebelum memberi salam meminta doa tersebut?
 
paten .. ... ........ . ...

Saturday, August 17, 2013

Gambar-gambar Kenangan Raya Pada Satu Ketika Dahulu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Semasa ada yang digajikan daripada Aceh.

Raya sekali.....

Semasa anak-anak masih kecil.

Raya di Jitra, Kedah, pada satu ketika, dengan kawan mak ciknya.


Anak yang sulung yang dikatakan menyerupai abahnya ketika / sewaktu kecil.
 
Bersama sepupunya, yang dua-dua lelaki, kemudian ipar dan dari Aceh yang meribanya, si anak sulung perempuan itu.



paten . ........ ........ . ...

Friday, August 16, 2013

Sebelum Dan Selepas Pendudukan Jepun di Persekutuan Tanah Melayu/ Malayan Union/ Federation Of Malaya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sebelum Jepun datang, pihak British mempunyai cara perekodan tersendiri di Malaya.

Bonda dilahirkan seperti gambar berekod tarikh di atas.
 
 
Satu ketika dahulu, dengan kawalan tertentu....
 

Keputusan peperiksaan..... masih banyak berjawi.
 
Rekod ini masih elok tersimpan di selitkan di celah-celah envelop lala. 

Kerjaya guru terganggu kerana kononnya bondaku memberi alasan, asyik sibuk ber'merdeka' prosesnya.
 




Semuanya  tersimpan dengan elok tanpa gigtan lipas dan sebagainya. Semoga bukti-bukti ini terus disimpan untuk tatapan generasi akan datang.  Golongan yang sibuk ber'tamarrod' ketika itu untuk merdeka daripada empayar 'UK'/British.


paten . ....... ........ ....

Thursday, August 8, 2013

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Yang terkini sempena Hari Raya Aidil Fitri 2013, 1434H, di hadapan rumah, kawasan perumahan Taman Kumbar Permai, Bandar baru Teluk Kumbar, P.Pinang.
 

Antara yang terlama, gambar kelas darjah 3(1978M) Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar, dengan cikgu Ahmad (Sir), dan cikgu Hamid muzik, dan kawan-kawan sekelas, yang bertali leher berdiri di belakang adalah ketua kelas, sebelahnya Roslan dan Shaari.  Siapakah dia?
 
Sebelah cikgu Yahya, semasa selesai kuiz kesihatan sekolah-sekolah rendah, peringkat Daerah Barat Daya, P.Pinang, 1981M.
 
 
Menerima sijil diploma (Kolej Komuniti, American Associate Degree(AAD), bidang kejuruteraan) daripada bakal Menteri Besar Perak, dengan iringan Pengetua Maktab sains MARA, Kuantan, dan belakangnya bakal Menteri Besar Perlis, pada bulan Ogos, 1989M.
 
Semasa menerima sijil Bachelor of Science in Electrical Engineering daripada Mr Edward L. Friedman, Faculty of Electrical Engineering,  University of Hartford, West Hartford, Connecticut,USA.
(17 Mei,1992)
 
 
 Semasa bekerja di Mobil Oil Corp. setelah menjadi graduat, bersebelahan General Electrics, Fairfield, Merritt Parkway, Connecticut, dan tengoklah harga minyak segelen 'regular octane 87' adalah sebanyak USD1.289 tanpa 'full serve service'. Musim angin malam yang agak sejuk. "Shift 9 malam hingga 5 pagi".

paten .. ......... ... ....

Wednesday, August 7, 2013

Perhiasan Dunia/Bunia Anugerah Ilahi +n

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan ini adalah permainan, suka leka, perhiasan, berlumba-lumba mencari kemegahan antara kamu, dan perlumbaan mencari harta kekayaan dan kemegahan anak-pinak, bandingannya adalah umpama air hujan yang menghairankan pekebun-pekebun oleh kerana eloknya subur tanaman-tanaman yang terjadi dengan sebabnya, tetapi kemudian kelihatan kuning layu dan berakhir dengan reput hancur. Dan di akhirat nanti bertemu azab yang sangat pedih, dan ada pula yang mendapat keampunan Allah dan keredaannya. Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan kebendaan (kesedapan) penipuan jua', surah Al Hadid (besi), ayat ke-20.
 
Permainan termasuklah bidang sukan dan kebesarannya seperti Bolasepak Dunia dan Olimpik selama 4 tahun sekali dan lain-lain penuh bersiaran di samping berita 'internet', suka leka dengan pelbagai perayaan, termasuklah yang melibatkan hal agama tak kiralah daripada agama apa pun, perhiasan hiasan rumah, orangnya dan lain-lainnya. Berlumba-lumba dengan pangkat, darjat, kedudukan, dan kautan harta yang dihimpun, disimpan dan ada yang digunakan untuk melambangkan kemakmuran, atau atas nasihat Nabi s.a.w, kemegahan adanya keturunan, tanda kesuburan benih yang betul-betul jadi, sehingga ada yang berhabisan untuk mendapatkan anak-anak secara halal dan adakalanya dengan cara tabung uji dan ikhtiar-ikhtiar lain.
 
Air hujan, rezeki dari turunnya dari langit, membawa proses kesuburan Tanah, proses fotosintesis yang membekalkan udara segar (oksigen,O2) dan mengurangkan karbon dioksida(C2O). Adakalanya menjadi kering, membaja lalu reput hancur, proses pereputan yang mesra alam sekitar.
 


Tudung perhiasan raya!


Perhiasan dunia dan sebaiknya adalah perempuan, ibu yang solehah. Betapa, Balsisa dan Bal'am telah tewas dengan pujukan hawa nafsu. Tewas dengan nafsu syahwat dan pujukan ala nafsu syahwat yang menarik iman keluar dan itulah nik'mat yang terbesar anugerah Ilahi. Doa Nabi Musa as agar ditarik doa Bal'am sehingga sesatnya mereka, Bani Isra'el, umat Islam pilihan (berdasarkan wasiat Yaakob as kepada 12 anak-anak di dalam Al Qur'an, matilah kamu sebagai ......pada zaman berkenaan), dengan qada dan qadar mereka selama 40 tahun, dan nik'mat iman sehingga Bal'am seolah-olah menumpukan kecantikan isterinya dan harta hadiah berdulang-dulang, yang dikatakan menjadi 'khinzir' selepas kaum Bani Isra'el melepasi kawasan Gaza. Dengan halangan keturunan abang kembar Yaakob as, iaitu Aishu(Isu,Issue), dan DNAnya tersebar luas ke Rom, Macedonia, dan lain-lain, Bani Ishaq.
 
 
Begitu juga pengaruh yang bertopeng kawasan kepala, lambang agung penyamaran, samar-samar, samiri yang dihalau ke timur. Kubur, istana Fir'aun tidak dimusnahkan Allah dengan izinNya sebab di situ ada nama Allah. Kepala syaitan, selalu juga berjumpa Fir'aun, di samping nasihat ahli nujum kaji bintang yang ketepatan lingkungan 1 meter (radar). Misalnya, cerita ibu Musa as yang menyembunyikan anaknya ke dalam unggun api, betapa mereka fikir tidak logik api boleh dihuni, dan betapa takutnya Abu Bakar ra ketika pencarian orang Mekah sudah hampir dengan pintu gua, tetapi ilmu logik menghalang kesimpulan mereka. Fir'aun dan Haman, ada filem menyeru Haman akan Hamun, tak dilupakan kaitan kitab Zabur dan pengaruh kitab tulisan-tulisan di kawasan piramid, kawasan larangan, 'baitul haram' dahulu. Kandungan campuran isi sumpahan 'Freemason', Zabur, kononnya ala 'filem Star War' memerintah dunia ala Sulaiman as dengan 300 menteri dari kalangan jin, dan perkaitan di dunia dengan bukti-bukti yang semakin jelas, dan di akhirat pula, sesiapa yang bakal dikumpulkan bersama mereka di sana.
 
Iblis dengan berkepala khinzir ketika membuka rahsia di depan Nabi Yahya as (John, Johan), bahawa dialah yang menciptakan agama majusi, penyembahan api dan perkaitan Persia. Kurma, catur, sarkas, badut, mascot, boria, sendaloka, dan lain-lain ada warisan Persia dan bahasanya.  Sejarah mereka Zorroester, ada kaabah tersendiri, panjangnya janggut lambang lebihnya pangkat,  'sayap' sebagai simbol keagungan, tidak lupa batu permata ada di sayap 'malaikat' sebagai lambang keagungan juga. Dan juga 'malaikat Arasy' berjumlah empat dan menjadi lapan selepas kiamat adalah berbahasa Parsi, buku 'rahsia... alam malaikat' karya Sheikh Mustafa 'Asyur. 
paten . .  ... ....


Tuesday, August 6, 2013

Gambar-gambar Yang Membawa Beribu Makna Mungkin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


 Suatu ketika dahulu dengan kad pengenalan semasa remaja, 1980an
Hari Konvokesyen, di University of Hartford, West Hartford, Connecticut (Upon along river), USA pada 17 Mei 1992.
 Hari sebelum Konvo, bergambar kenangan di bilik rumah sewa, di 12, Talcottview Road, Bloomfield, Connecticut, rumah sebuah di kampung sebelah kawasan West Hartford.
 Bergambar semasa bekerja, ribut salji (blizzard) di kawasan New England, Merritt Parkway Fairfield, Connecticut, tolong selesakan jalan agar tidak penuh salji lembut dan mungkin nanti membeku, sebelum bertemu jambatan besi, dekat syarikat Sikorsky yang membuat pelbagai helicopter dan lain-lainnya. seterusnya Greenwich ke New York, lain dari 'Sta..ford..' ada filem 'Sta..ford Wives' Hollywood, dan 'Who's the boss' gambaran di Connecticut, lakonan siri lawak Tony Danza, Alyssa Milano dan lain-lain. Brooke Shields dari New Jersey dan kadangkala singgah di New York. Ada kawan boleh jumpa Barbara Walter di sini, stesen minyak Mobil Oil Corp., pembaca berita yang agak terkenal pada suatu ketika.
 Bergambar semasa jamuan ' Hari Raya Aidil Fitri'di rumah sewa 'Zasdar dan keluarganya' seorang bekas pelakon drama RTM, isterinya ambil Master di Univ. of Hartford, dan ramai juga pegawai kerajaan Malaysia ambil Master di sini. Ada pelajar keturunan Jamaica, Kirk yang akhirnya memeluk Islam, bertukar nama kepada Karim dan dia boleh berbahasa Melayu akibat pergaulan rapat dengan pelajar Malaysia dan Indonesia.
 Bersama keluarga Che Abdullah Mat Nawi (Pak Lah), usahawan di USA, sebelum beberapa bulan balik ke Malaysia, cuti melancong di Universal Studio, Magic Kingdom, Key West dan lain-lain kawasan Florida selepas 'Winter Gathering 1996', iaitu semasa cuti Krismas dan dilanjutkan hingga ke awal tahun 1997. Lihat pelbagai perarakan dan sambutan 1 Januari, 1997, di Magic Kingdom, Disneyland. Pak Lah dan keluarga balik ke Kelantan, bekerja dengan PERDA Kelantan atau KEDA sebelum menjadi wakil rakyat di DUN Wakaf Baru, parlimen Kota Ba..ru.
Anak perempuan semasa kecil, setahun lebih dengan adiknya, lelaki di rumah 12, Lengkok Kg. Masjid 2, Teluk Kumbar, P.Pinang. Tel. 04-6491012 di sini sudah dipotong.

Habuan RM10 pagi Isnin terakhir Ramadhan 1434H, 'angpow' ang, ang ang,....bukan Doremon. tembakan sebutan angka  hampir tepat dengan lebih satu anak tangga ke dewan Kuliah Utama KKSBJ. Jawapannya yang sebenar ialah 36 anak tangga dari bawah. Terima kasih

paten .. ......... ......... ... ....

I Need a Ride

In The Name of ...... The Beneficent The Merciful

Once upon a time (2002AD), from Teluk Bayu beach area, Teluk Kumbar, Penang, someone can have fun riding a horse. It's not easy for someone who hasn't have any experience about riding a horse since birth. It's a funny ride. You can fell down if you can't keep your ass in a comfortable and stable position. You can fell down, and if and only if, you can't  get up after falling down, please ask 'that guy' to help you. If you don't have the panic button for your own safety, please try or buy one for yourself, or please use your 'phone'. Attention! Please keep your phone on and keep it safely. Please charge it! And The 'phone bill' will be charged/sent to you.(Prepaid or post paid's cheaper). Hopefully, 'wifi's available everywhere for free.


A cowboy without any kind of pistol. Oil' s legally sold at times. Oil's not free. You must buy it to ride an 'iron horse' or 'iron wagon'. It's Sunday. It's hot, but the beach is 'cold'. Oh! My English...

patent ...... ........ . ...

Friday, August 2, 2013

Hari Lebaran, Sambutan 'Ahlinya'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaPenyayang

Sambutan Aidil Fitri sentiasa ditunggu sebagaimana yang diharapkan 'Lailatul Qadar'. Kebajikan juga semakin ditambah semasa Ramadhan tetapi adakalanya dikatakan pembaziran pula hasilnya. Ketaqwaan bukan jaminan bulan puasa, ia adalah mudah-mudahan yang mungkin sampai tahapnya atau sebaliknya.

Bantuan-bantuan kepada asnaf semakin rancak, dan bantuan-bantuan kepada keluarga sendiri pula semakin berkemuncak.

 Kenangan semasa kecil di 12, Lengkok Kg. Masjid 2, Teluk Kumbar, P.Pinang
 
 Anugerah darjah 4 anak perempuan yang gelak di atas bulan Ramadhan 1434H
 
 
Program KK Seberang Jaya dengan pelbagai sumbangan untuk anak-anak yatim, pengelolanya, pelajar kolej dari keluarga yang kurang berkemampuan, jamuan berbuka puasa dan solat maghrib.

paten .. ........ . ...

Kemarahan Manusia, Keredhaan Ilahi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berlalu Ramadhan 1434H, dan ia tidak akan kembali ke dunia semula. Tarikh tidak akan berulang, masa tetap bergerak dengan izinNya. Ada sebuah hadis Qudsi yang mengarahkan Nabi saw untuk membangkitkan kemarahan ... di Bakkah misalnya. Nabi saw mempersoalkan kemungkinan pecah kepala hasil kebangkitan kemarahan manusia, namun Allah menjamin bantuan 'para malaikat' sebagaimana contoh jumlahnya semasa Perang Badar.
 
Selain itu, ada hadis riwayat at Tarmizi; "Sesiapa yang menyenangkan manusia dengan menghadapi kemurkaan Allah, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia, dan sesiapa yang membuatkan manusia marah dengan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan mencukupkannya daripada manusia".
 
Keadaan semasa kawasan peta Syam lama dan Mesir kini sentiasa bergolak. Islam datang ketika pergolakan empayar Rom dan Parsi, saling berebut menguasai peta Syam lama. Maka Islam dengan Ar Rumi, Al Parisi, Al Yemeni, Al Jazeera dan lain-lain bersatu memperteguhkan keamanan tanpa lagi tunggu giliran kuasa Rom dan Parsi menguasai kawasan Timur Tengah.  Ketika penaklukan Knight Templer, maka keamanan dengan Islam itu hilang, sebelum Panglima muslim bangsa Kurdistan, Salahuddin Al Ayub, menerajui semula penguasaan kawasan terutama sekitar Palestin itu.
 
Kini, keamanan dengan Islam hilang setelah jatuhnya penguasaan Othmaniah di tangan kuasa Eropah seperti British, Perancis dan lain-lain. Sunnah Allah tetap berlaku dengan faktor-faktor dalaman dan luaran sehingga datang yang berbahasa lain sebagaimana terjemahan ayat Al Qur'an, "Kami kurangi dari sisinya".
 
Faktanya, wilayah Palestin sebelum dibahagi dua, 'pecah dan perintah', pernah ditadbir bersama oleh muslim, nasrani dan yahudi secara aman dengan sokongan Othmaniah dan imej bertarbus menjadi ikutan di sekitar Masjidil Aqsa. Selepas Herzoq berbangga dengan kekuatan media menjatuhkan raja Perancis, pertubuhan Haganahnya, mulakan perancangan untuk menubuhkan negara yahudi. Antara pilihan kononnya, tanah di Kenya, tetapi kemudia wujud perselisihan pendapat dengan kononnya golongan yahudi lain, yang memilih Madagaskar, sebuah pulau sebagai tapak mula. Adolf Yacob/Jacob Hitler dengan propaganda Joseph Goebels memilih pulau itu kononnya.
 
Akhirnya, pilihan Tanah Palestin, dengan tawaran menghapuskan semua hutang Othmaniah, membina sistem ketenteraan laut yang lebih baik, bayaran billion selama 50 tahun dan lain-lain oleh keluarga Rothschild. Tempoh 1898M hingga 1948M, cukuplah tempohnya maka UN beribu pejabat di New York, bukan di Berlin, dengan UN Partition Resolution (GA 181) memecahkan Tanah Palestin 7,563.92 km persegi dengan penduduknya 1.35 juta kepada pemerintahan Palestin dan yahudi/zionis mendapat habuan 8,529.52 km persegi dengan jumlah penduduk 630 ribu orang.
 
Pada 1948M, tepat ulangtahun ke-50, perancangan dan perlaksanaan yang dihasilkan selepas dua perang besar dunia, PDI dan PD II (WWI dan WWII), yang disokong kuat oleh Amerika tetapi empayar British ketika itu menolaknya. Dunia muslim tengah kelam-kabut untuk merdeka dari kuasa Eropah ketika itu, dan tentunya undi tidak daripada kawasan muslimin.
 
Ada pelbagai rujukan seperti www.pts.com.my . Pada 2013M, keluasan negara zionis Israel ialah 20,770 km persegi dan penguasaan Palestin hanyalah 6,220 km persegi. Islam perlu dikembalikan dengan kebangkitan yang berlipat kali ganda dengan cabaran-cabaran syahwat dan subahat sebagaimana pendapat al marhum ulama tokoh sepanjang abad, Ali Hasan An Nadwi yang menulis untuk generasi kini dan akan datang.
 
Islam mampu membawa keselamatan dan keamanan kepada wilayah Timur Tengah yang bergolak. Selepas tiga bangsa campuran Ajam kawasan berubah mengikut pendapat penulis lama, kira-kira 40 tahun lalu, iaitu Turki, Parsi, dan Mesir, maka malulah 'Arab' terutama di Jazeerah untuk terus meninggalkan perpaduan 'berasaskan Islam'.
 
Selepas undurnya Soviet Union 1979-1988 di Afghanistan, koleksinya pula berkurangan selepas banyak '......tan' keluar 1990an, kebangkitan 'Salman Al Parisi', 1979M, dijamin di akhir zaman. Perang Teluk I 990 dan Perang Teluk II 2003 hingga kini 2013 belum menyelesaikan keamanan dan keselamatan di wilayah bergolak. Kebangkitan Rom yang lebih ramai di akhir zaman, membina empayar 'global' dan kini 'empayar keusahawanan' yang melimpahkan fulus masuk ke negara mereka.
 
Bila pokok dan batu di Palestin mula bercakap untuk membunuh yahudi yang berselindung di sebaliknya, maka tanda-tanda akhir zaman semakin menonjol. Apakah kesudahannya? Bilakah lampu cahaya Tanah suci Bakkah, Madinah dan Al Quds bakal bersinar kembali serentak sehingga memberi isyarat jelas ke langit untuk turunnya  Nabi Isa as dengan iringan para malaikat di kanan dan kiri dengan berkuningan.  Ikuti kisah selanjutnya atau baca dahulu penulisan biarjelas.blogspot.com sebelum membaca pula penulisan di acherusctus.blogspot.com dalam bahasa Inggeris.
 
paten .. ........ . ...