Tuesday, May 7, 2013

Pilihanraya Ke 13 di Malaysia, Sebahagian analisa/pandangan

Dengan Nama ..... Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setelah berlalu 5 Mei 2013, pilihanraya umum di Malaysia memberi satu keputusan yang disangkutkaitkan dengan "Tsunami".Di bawah sini ada beberapa pandangan:

Pertamanya, keputusan menunjukkan bahawa ada kesan gelombang 'Timur Tengah', di mana majoriti umat Islam memilih golongan pro 'Kebangkitan Islam' di beberapa negeri.

 Keduanya, gelombang selepas 2007 masih bertahan, banyak negara bertukar pihak bagi memilih golongan pemerintah. Malaysia belum lagi mendapat keputusan p/raya,yang menukar terus parti yang memerintah.

Ketiganya, isu salahguna kuasa, perkuda jentera awam, rasuah yang lebih mendapat tempat untuk memenangi perubahan.

Keempatnya, kali pertama pihak yang lama memerintah kalah undi popular bagi seluruh Malaysia.

Kelimanya, walaupun tanpa sokongan media massa perdana termasuk akhbar, tv, radio dll., pihak Pakatan Rakyat masih mampu mendapat sokongan dengan kempen alam maya dan media sosial.

Pendulum bertambah pengundi memberi kesan menang-menang, tapi ada kesan atau impak besar terhadap isu 'keadilan', siapa atau pihak mana yang berdepan 'ketidakadilan' atau teraniaya atas hak yang benar.

Penulis adalah penulis yang meramalkan dan menggunakan perkataan 'Tsunami' sebelum pilihanraya 2008. Ini tak perlu lari dari fakta atau ada 'sindrom penafian'. Apakah harapan yang dinantikan?
paten ....... ..... . ...