Sunday, July 17, 2011

Kehidupan Yang Hakiki, Nafsu Ke-2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehidupan seharian berdepan cabaran-cabaran tertentu tapi apakah padahnya jika tidak menghiraukan akibat-akibatnya. Walau berkerjaya hebat dan sebagainya, samada jurutera dan segala hal teknik yang boleh dikira menakjubkan, apabila datang serunya kepada kebaikan, tapi ada kesangsiannya.
Bagi yang muslim, nafsu dikaitkan dengan nafsu ke-2 selepas ammarah secara kasarnya bersifat seperti mencela kesalahan sendiri, bertafakkur, kecut hati bila bersalah, mengkritik apa jua kejahatan, ajub diri yang disangka lebih baik, ada riak dengan amal perbuatan, mahu pujian 'sumaah', dan lain-lain keaiban hati. Letup di hati ada sebegitu maka itulah tandanya, semoga berjaya menentang yang negatif dalam diri. Maka pembangunan diri ke arah yang lebih baik perlu didorongkan agar fokus / tumpuan hanya kepada Ilahi, Yang Maha Menciptakan.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 KL
paten . ........ ....... . .

Tuesday, July 5, 2011

Bahan Rujukan Teknologi/Elektronik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan sedikit usaha dengan tangan dan hujung jari, pelbagai rujukan boleh dicari bila fokus/ tumpuan diarah kepada subjek/modul elektronik atau pun yang melibatkan teknologi.
Sebagaimana yang diberikan di dalam kelas/bengkel, di bawah ini ada alamat laman web berkenaan.

http://www.howstuffworks.com


http://www.techlore.com

Dengan menggunakan http://www.answers.com dan http://www.wikipedia.org, boleh membantu untuk mendapatkan nota-nota rujukan tambahan selain www.youtube.com.
Tak dinafikan ada pelbagai pencari laman web yang terkenal seperti www.google.com dan www.yahoo.com.

Samada kebaikan yang dicari, atau pun sebaliknya, semuanya boleh dianggap 'keajaiban' terutama lonjakan teknologi selepas era 1980an.

paten ...... ....... . .

Saturday, July 2, 2011

Pemerintahan 'Angelos'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pilihan dalam kehidupan melibatkan satu 'jihad' yang melibatkan keutamaan terutama menegur 'pemerintahan'. Itulah yang utama, yang melibatkan pemerintahan 'Angelos'. Layakkah mendapat tempat di sisi mereka melibatkan 'tanda-tanda kebesaran Kami' di dalam peristiwa Isra' Mik'raj?
Walau apa yang berlaku, dosa-dosa selepas hancurnya pemerintahan ala 'california' di Andalusia, Baghdad dan Othmaniah terutamanya sehingga munculnya kebangkitan "Islam". Bersamanya atau tidak? PlanET bumi belum mencukupi maqam untuk bersama pemerintahan 'Angelos'.
Apakah dengan demokrasi yang di'mulia'kan sudah sempurna? Jika nak diikutkan kebanyakan manusia, maka akhirnya kesesatan yang ditemui. Dan lagi ayat terakhir surah Al Fatihah, berkenaan orang-orang yang sesat. Tidakkah Pencipta bumi dan langit serta di antara keduanya, Yang Maha Esa menidakkan manusia yang ramai? Pencipta syurga dan neraka tak rugi sedikit pun, tapi manusia di planET bumi, yang diperteguhkan kekuasaan dan adakala hilang di telan zaman dan generasi baharu.


Perubahan atau penglibatan agen perubahan membawa suratan dalam lipatan sejarah samada terkini dan masa depan, maka bila janjiNya sudah datang, tidak sesiapa pun dapat menolaknya. Bila Pang belum cukup lima, maka yang empat memerlukan manusia untuk memenuhi janji-janjiNya di planET bumi. Tak yang kelima itu bukan lagi untuk bangsa jin perkaitan Iblis dan anak buahnya. Yang dipilih jadi 'california' adalah manusia,sebagai yang terpilih, nabi dan rasul, dan pewarisnya. Maqam 'wali' atau 'gabenor' pemerintahan yang tak libatkan kesesatan dan kemurkaan, kembalinya 'Dari Tuhan, untuk Tuhan, kepada Tuhan' pemerintahannya. Menjelang Ambang kiamat.

paten ... ....... . .