Monday, May 30, 2011

Bagaimanakah? Itulah Yang Dicari Jawapannya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kemahiran membuat benda adalah apa yang sudah ada di zaman dahulu. Zaman Adam as, Idris as, hingga ke umat Noh as yang dikatakan ada berjumlah hingga 10 billion orang. Maka pukulan atau satu doa yang di'set'kan hingga datang kebetulan lain yang menghancurkan segala macam teknologi itu hingga kira-kira seolah-olahnya tinggal habuk peninggalan sahaja.

Teknologi di dunia ada 'paparan yang bercahaya' dan 'pokok yang bila ditiup angin merdu pula hasilnya'. Angin dan arus elektrik tak mampu dilihat dengan mata kasar. Ranting-ranting emas ala bahan pengalir yang baik dan berharga nilainya, samada yang tersirat lagi disuratkan di dalam ayat Al Qur'an, semuanya adalah peninggalan 'muk'jizat'.
Di bawah ini dengan 'paparan yang bercahaya' yang anda gunakan ini, ada dari 'klon' hasil bijih dari tanah. Siapakah yang Maha Menciptakan?

http://youtu.be/RydCHXe4Zeo

paten ... . ..... . .

Sunday, May 22, 2011

Tip Pendidik Cemerlang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


SK Seri Negeri Langkawi (papan kata hikmat)


Pegangan Agama yang kuat
Pemurah ilmu
Berfikiran terbuka
Bertanggungjawab
Penampilan Menarik
Menepati masa
Kreatif
Merancang pengajaran
Berpengalaman luas
Matlamat jelas
Berkeyakinan tinggi
Menghormati pelajar
Pembimbing
Komitmen tinggi
Penasihat akademik
Peka
Komunikasi Berkesan
Pengajaran aktif
Motivasi tinggi

InsyaAllah, perkongsian pintar untuk warga yang nak jadi pintar walaupun ia tak semudah itu untuk mencapainya melainkan ada faktor-faktor tertentu.
Selain usaha, tak kenal erti 'rungutan' dan 'tak ngho'', generasi seterusnya adalah dunia yang lain pula.
Ubah suasana di sesuatu penempatan, sahutlah cabaran zaman pelbagai gajet dan perhubungan terkini, sebagai agen perubahan.
19 tip hasil kajian 2005/06.
Hasil kajian dari UPM, kumpulan pengarang Mohammad Shatar Sabran, Jasni Sabri, Azali Mohamed
Lihatlah juga karya Abdul Rahim Mat Ali (ilmu pendidikan +KPLI)
paten .. .. ..... . .

Tuesday, May 17, 2011

Nafsu Ammarah, Jaga-jaga!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Elakkan fitnah seperti yang terjadi hikmah di Aceh satu ketika dahulu, ada peperangan di antara kumpulan sufi dan kefahaman yang lain yang menyerangnya. Wujudnya kefahaman bahawa Al Qur'an ditujukan pada akhirat dan dunia menjadi satu igauan yang masih misteri. Tak kisahlah jika dinamakan mertabat 7 atau sebagainya.

Pembangunan dunia disaluti kemakmuran yang boleh memperdayakan, maka pembangunan dalam diri manusia, proses mengenal diri yang boleh jadi rumit dan semakin rumit jika tak dipecahkan segala kod dan keajaiban yang dianugerahi Ilahi. Contohnya nafsu.
Dengan wujudnya seolah-olah dunia ini samada membujur lalu melintang sapu hingga lupakan pembalasan di akhirat. Atau, Al Qur'an diturunkan ke dunia, maka janganlah dibaca hanya untuk balasan akhirat, digalakkan menumpu ke arah dapatkan dunia yang boleh memperdayakan ini. Bagaimana?

Dengan mengenal diri, terutamanya hal berkaitan hawa nafsu, pembersihan di dalam diri, tanpa berus atau ubat, atau cara penggunaan yang dikatakan betul secara zahirnya. Batin, hakiki, yang dicari, bukan hanya galian kitab Al Ghazali, Al Palembani, tapi secara kekuatan semuanya menyumbang ke arah kematangan dan pembangunan yang hebat lagi hakiki untuk diri itu sendiri.

Al Qur'an untuk dunia, maka bacalah untuk kemakmuran dan segala khazanah teknologi tinggi dan secukupnya. Nafsu yang ke bawah lagi rendah mertabatnya adalah amma-rah. Terdedah godaan nafsu dan syaitan, tiada sesal lagi lazat bila bermaksiat/berjahat. Di antara ciri-cirinya, tamakkan lagi loba dunia, panjang angan-angan, bakhil, takbur, ingin dan kasihkan kemegahan, ingin masyhur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan berniat jahat, lalai kepada Allah, dan lagi celupar serta lain-lain lagi. Inilah maqam yang terkebawah lagi hina, yang menggemukkan syaitan lagi bahayakan diri khususnya dan masyarakat ammnya.

Maka terdetik di hati ada sifat mahu pun ciri-ciri ini melekat di dalam diri, pintu taubat, boleh berbuat lagi terbuka sehingga nyawa di peringkat akhir, dan berbaik sangka bahawa Allah Maha Pengampun. Dan tak boleh hanya sebegitu tapi hentikan dosa lagi maksiat agar jadi insan yang berguna. Bukan pula sebagai pemimpin kiranya, bakal jadi ahli neraka tanpa hisab pula. Ingatlah pula betapa ajaibnya , nafsu terutama rongga mulut dan cakera ungu (syahwat) telah memperdayakan hingga dihumban ahli dunia ke lembah kebinasaan selepas mati.

Apalah guna seluruh kekayaan dunia, kuasa, wanita dan lain-lain tapi di akhirat hilang tiada apa melainkan siksa akibat tak mensyukurinya lagi menderhaka?

Dengan kajian ada 70 lapis makna tersirat di sebalik hebatnya Al Qur'an, itu dikira minima dari maknanya di dunia terutama hal kehebatan 'benda' yang dicipta atau keinderaan yang serba canggih hasil iradat manusia dan perancangannya.
Ikuti yang seterusnya...rujukan buku kaitan 'Mengenal diri dan wali Allah', kajian 'Allah','malaikat', kitab-kitab dan segala rukun iman yang wajib.

Di Langkawi...
paten . ........ ..... . .

Monday, May 16, 2011

Walau Ada Serangan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Walau ada serangan ala-ala hapusnya semua 'contact' dalam 'hotmail'. Dan akhirnya 'spammer' atau 'serangan DOS- Denial Of Service' telah menghancurkan salah satu alamat/pengkalan emel penulis blog ini, namun perjuangan penulisan ini yang bersengkang mata yang cukup lama tetap diteruskan.

Harap pihak google bahagian blog tak dipecahkan masuk hingga melumpuhkan hasil usaha penat jerih yang begitu lama perkongsian ilmu, kajian, motivasi, pendapat, sejarah, memantapkan lagi buku, ulasan penulis lain, dan juga buku paling laris di Malaysia 2010 serta buku-buku yang dijual hasil buah tangan Prof-prof yang lain terutama bukti sejarah dan arkeologi.

Selamat membaca... Selamat Hari Guru!

Nebula Orion dan ini bahagian ke 150 sejak April 2010, penerbitan yang mendapat sambutan antarabangsa sejak dipasang perisian 'clustrmap' Ogos 2010.
paten . ....... ..... . .

Sunday, May 15, 2011

Pernahkah Ada Tangisan Merindui Pencipta?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Pernahkah diingat bahawa 15 Mei adalah satu peristiwa yang merupakan salah satu titik tolak apa-apa 'perayaan'/dirai ulangtahunnya, berkaitan di Palestin?

Suka mahu pun duka lara, La tahzan!
Itukah yang yang dicari-cari? Tapi, adakah itu melambangkan tiada kekuatan umat yang diuji dengan satu fitnah besar akhir zaman?

paten . ...... ..... . .

Hikmah Layanan Atau Ayat Yang Baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selitan gambar dan video membawa beribu jalan berita dan cerita. ' A paint can show thousands of word'.


Selamat Hari Guru/ cikgu/ Pensyarah/ Tenaga Pengajar! Malaysia Boleh!



paten . ...... ..... . .

Thursday, May 12, 2011

Keberkesanan Kaedah dan Jadual Belajar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kaedah Belajar Yang Berkesan oleh cikgu Amiza di akhbar, selain tumpuan sepenuhnya di kelas/kuliah/bengkel/makmal. Sentiasa bersoal jawab, membaca setiap nota, membuat semua latihan, mencari latihan tambahan, fahami apa yang dibaca.

Membuat nota ringkas, guna kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk mudahkan pembelajaran, guna komputer untuk kefahaman tambahan, adakan kumpulan perbincangan serta cari lagi dari buku, majalah, akhbar dan internet.

Pelajari teknik-teknik menjawab soalan, teliti dan analisis soalan lalu jika ada, berfikir secara kreatif dan berani memberi idea. Nasihat guru didapatkan sebanyak mungkin dalam segala masalah pelajaran dan pembelajaran.

Jadual yang efektif untuk belajar, pertama dengan membuat daftar 'tugasan', terkini apa yang perlu dilakukan sekarang, tentukan, yang bersama orang lain, dan apa yang boleh ditangguhkan. Kedua, membuat jadual harian/ mingguan, masuk tidur dengan tahu apa yang perlu siap untuk esok, apa yang perlu disiapkan esok. Ketiga, merancang jadual yang lebih panjang seperti bulanan suapaya aktiviti dirancang lebih awal. Ganti jika ada aktiviti luar jangkaan.

Jadual belajar yang efektif dirancang dengan pasangkan strategi, agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi. Keutamaan tugas yang mana, masa berbincang atau ulangkaji sebelum ke sekolah/ institusi / kelas. Selepas kuliah, perlu lapangkan agar selepas 24 jam ada kemungkinan besar lupa apa yang dipelajari.

50 minit hingga sejam setiap sesi pembelajaran, keselesaan tempat tanpa gangguan penumpuan dan tarikh siapkan 'deadline' sesuatu tugasan. Jadual ulangkaji mingguan dan hati-hati agar tak dimainkan oleh jadual sendiri, demikian sedikit ringkasannya.

Tambahan lagi masa muda, lapang, sihat, ambil peluang belajar, ulangkaji guna formula 7 kali ala asrama penuh(pengalaman penulis), selepas kelas, malamnya, mingguan, bulanan, sebelum ujian dan seumpamanya, awal paginya, sebelum minit-minit akhir - (guna nota ringkas), dan tawakkal(doa) selepas usaha/ ikhtiar anda.

Semoga berjaya dengan izinNya.

paten . .. ..... . .

Tuesday, May 10, 2011

Salam, Senyum dan Ssssss....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari-hari bagaikan bermimpi, bila tiba saatnya nanti. Yang dinanti adalah hari ini atau hari esok, esok bakal menjadi hari ini, InsyaAllah. Veni, Vici, kembali, aku datang, aku pergi, aku kembali.
Selamat berjumpa lagi. Dengan raikan dan berkeraian, dengan iringan doa, "Sesungguhnya do'a adalah suatu ibadah", riwayat al Bukhari.

http://youtu.be/ErMN3KfBEwk
http://youtu.be/QpNdWA-cHtA lagu 'Selamat tinggal', 'Hapuslah Airmatamu', Allahyarham Broery Marantika

paten .. ..... . .

Monday, May 9, 2011

Lidah Tergigit, Formula Keluarga Bahagia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Putera/pemimpin dan suri/bunga rumahtangga adalah dengan bertujuan membina satu keluarga yang baik, baik untuk masyarakat dan seterusnya untuk gabenornya negeri/ negara. Sebelumnya ada sistem yang kukuh lagi diperkukuhkan kedudukannya di persada dunia dan akhirat, maka perubahan ala anjakan paradigma atau lain-lain melibatkan kontrak sosial, kefahaman kemasyarakatan yang stabil.

Tip untuk 'jangan meremehkan' atas segala pancaroba ekonomi rumahtangga, 'jangan mengeluh' - merungut ibarat pintu yang perlu ditukar formula Nabi Ibrahim as., jadikan ujian bersama, memotivasikan terus menerus ala ms 98/99 majalah Hidayah Mei 2011 /Malaysia.

Ujian 5 sebelum 5 juga amatlah perlu diprihatinkan seperti lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati. Maka bahagia atau celaka serta formula kod "R=rezeki, A= ajal, dan ABC= bahagia celaka" yang ada di blog ini sebelumnya, wajar diberi perhatian.

paten . ..... . .

Thursday, May 5, 2011

Golongan Muda/Pejuang Yang Gugur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan isi Edisi khas Konflik Asia Barat 2011, bagi memperingati Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin 22/3/2004 dibunuh dengan serangan helikopter sebagaimana tokoh-tokoh yang lain, yang minta bantuan derma dan lain-lain yang penulis blog pernah lihat di USA, ms 63.

Pejuang mestilah jauhi sifat manja dan cerewet, tak terlalu berkira. Said Hawwa menyebut halangan seseorang untuk berada di medan perjuangan iaitu penakut, bakhil dan pemalas. Aktivis-aktivis dakwah kampus contohnya paling ramai yang gugur akibat dihinggapi dengan salah satu penyakit ini.

Yang menggelagak dan bersemangat terutamanya di kampus-kampus, akhirnya rebah tak bermaya apabila berada di medan ujian. Ramai yang tak sentiasa amal/ istiqamah/ shitsuke dalam perjuangan apabila mereka dihamparkan dengan sedikit kesenangan, sedikit tekanan dan ugutan dalam kerjaya, halangan isteri serta anak-anak dengan pesona dunia yang menggiurkan.

Gerakan aktivis di kampus di dalam mahu pun di luar negara/i mempunyai hinggapan penyakit yang serupa bahkan kesibukan hal kerjaya dan keluarga dikatakan menghalang walaupun suatu ketika dahulu di Mesir, USA dan lain-lain tempat mereka agak aktif menyumbang sebagai orang kuat yang berjuang. Ini adalah hasil pengalaman penulis acherusctus.blogspot.com dan biarjelas ini.

paten ...... ..... . .

Wednesday, May 4, 2011

Sumpahan Samada Guna Zabur Freemason atau Al Qur'an Jadi Permainan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemuarah lagi Maha Penyayang

Menjelang hari-hari yang 30 itu diisytiharkan, itulah 'tiamat/kiamat' yang ditunggu-tunggu, kemuncak akhir zaman.

“Sesungguhnya menjelangnya terjadi kiamat akan muncul persaksian palsu dan penyembunyian kebenaran”.

"Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai lalu mereka menghalang dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan." (Al Munafiqun - 2)

Bekas Imam Muda 7 tahun, riwayat Ibnu Abbas ra, berkaitan ala seperti pembinaan gereja-gereja nasrani dan tempah peribadahan yahudi, :”Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah berbangga-bangganya manusia dengan bangunan masjid”. Al Hadis , maka menanti kehancuran bagi yang sebegitu.

"Di antara tanda-tanda kiamat ialah anak menjadi pemarah, hujan menjadi sangat lebat dan kejahatan semakin bermaharajalela." (HR At –Thabrani)

Berdasarkan juga riwayat At Tarmizi:
"Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu sahaja, apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan, zakat dijadikan hutang, suami memperturutkan kehendak isteri, anak derhaka terhadap ibunya sedangkan ia berbaik dengan kawannya, anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya, suara ditinggikan di dalam masjid, yang menjadi ketua/pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya, khamar/arak sudah diminum di merata tempat, kain sutera banyak dipakai kaum lelaki, para artis disanjung-sanjung, muzik banyak dimainkan, generasi akhir umat ini (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)".

Bacalah juga kitab-kitab/ buku hasil saranan dari mimpi jumpa Rasulullah saw(menyeru) karya Ustaz Abdullah Al' Qari dari Kelantan.

\Seni kehancuran apakah yang bakal dipilih bagi birma sakti ini? Warna-warni dengan pelbagai pancaran dan corak.




paten ..... ..... . .