Sunday, April 24, 2011

PESAT Cara Mentadbir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semasa merasmikan Mesyuarat Agung JMB Joint Management Body Taman Kumbar Permai Teluk Kumbar PP, ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tn Hj Mohd Rashid Bin Hasnan telah memberi tips pengurusan/ pentadbiran.

Di antaranya dalam mencari penyelesaian tetapkan/ mesti ada matlamat.

Cara Pentadbiran guna formula PESAT. P untuk profesional, E untuk Excellence, S untuk self discipline, A untuk active learning dan T untuk teamwork.

Saranan penulis blog ini berkenaan dalam hal profesional dengan ayat Al Qur'an berkaitan. "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap adil itu adalah hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa kamu lakukan." (surah Al Mai'dah 5:8)

Nasihat Nabi saw kepada sahabat Abd ar Rahman bin Saurah;" "Wahai Abd ar Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan, maka engkau ditinggalkan (tak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu." riwayat Bukhari Muslim.

Lainnya juga dari Bukhari Muslim daripada Abu Musa ra katanya: " Aku dan 2 orang lelaki daripada kaumku telah masuk kepada Nabi saw. Salah seorang daripada 2 lelaki berkenaan berkata: " Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!" Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda:"Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya."

Harap sama-sama kita menghayatinya.
paten .. .... .... . .

Saturday, April 23, 2011

50,000 tahun atau 5 jam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Angka 50,000 tahun datang lagi dengan yang lain daripada perjalanan Ma'rij (50,000 tahun dalam ayat Al Qur'an) dengan petikan hadis di sini.

"Abu Hurairah melaporkan daripada Nabi, beliau berkata: "Allah berkata:'Pada hari manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam adalah selama setengah hari, iaitu 50,000 tahun. Namun waktu sepanjang itu akan diringankan bagi orang-orang mukmin, sebagaimana jarak waktu dari matahari condong ke barat hingga matahari tenggelam'." Hadis direkodkan oleh Abu Ya'la dan Ibnu Hibban.

Kisah gelincir matahari dari atas kepala hingga anggaran masa 5 jam hingga ke 7 jam, maka berbahagialah mereka yang mendapat naungan Ilahi nanti di padang yang ada paparan yang teramat-amat canggih mengalahkan apa yang sungguh interaktif di dunia ini, padang mahsyar, padang perhimpunan.

Bumi marikh telah berputar balik melawan arah yang selalu ia berputar di paksinya, fenomena yang direkodkan NASA.
Lihatlah gambar bervideo dengan alamat youtube.com
http://youtu.be/uDsWD9QmwJ8
paten .. ... .... . .

Monday, April 18, 2011

Doa Untuk Majlis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doa ketika nak memulakan majlis yang baik
Ya Allah! Jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang terpelihara. Dan janganlah Engkau biarkan, ya Allah, apa yang ada pada kami, juga yang ada beserta kami, juga mereka yang bersama kami penderitaan dan kegagalan. Ya Allah! Berilah kelebihan kepada kami, dan jangan Engkau kurangkan. Ya Allah! Anugerahkanlah kami, jangan Kau kecewakan kami juga jangan Kau hina kami, panjangkanlah umur kami, dan janganlah dihina kami, peliharalah kami dan ampunkanlah kami Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Usaha dengan penat jerih yang susah akhirnya dengan izinNya jadi mudah.

“Bukankah kami yang melapangkan dadamu? Dan kami ringankan beban daripadamu, yang memberatkan tanggunganmu. Dan kami tinggikan sebutan namamu. Maka sesungguhnya setiap yang sukar disertai dengan kemudahan. Sesungguhnya setiap yang sukar disertai dengan kemudahan. Maka, apabila kamu selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu kamu berharap.” Al-insyirah 1-8.

Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” Ali-Imran 27.

“Sesiapa yang dipelawa minyak wangi, janganlah dia menolak”, riwayat Muslim.
Sila ambil rujukan youtube.com zikr Asmaul Husna
http://youtu.be/p5sfs4rulh8 atau
http://youtu.be/mrcoYTGCXvc
paten .. .... . .'

Saturday, April 9, 2011

Mesir, Baitul Haram, Lembah Thua/Tua/Thursina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di sepanjang sungai nil, ada kisah di sebalik pembinaan piramid yang ada ciri persamaan binaan di planET Marikh. 10,500 tahun sebelum Nabi Isa as dan kira-kira zaman sebelum Adam as, kerajaan jin yang bertapak di planET biru ini telah melakukan kesombongan dan akhirnya tewas dengan janji yang ditunaikan bahawa khalifah adalah di kalangan manusia juga.
Maka utusan/rasul/nabi dipilih dari kalangan manusia, bukan jin, bila pilihan untuk menyampai keesaan Pencipta dan pengabdian kepadaNya sahaja. Binaan piramid yang duberitakan telah ada sebelum Adam as hingga diperkukuhkan oleh dinasti lain, terutama yang berkemahiran bertenun, pakar kaji bintang, tablet ukiran batu, itulah dia Nabi Idris as (Enoch) yang mati di langit ke-4. Jelmaan Iblis merupai imej di dalam lakaran di piramid.

Yaakob as, Yusuf as,Nabi Musa as, Harun as, kemudiannya Isa as,ululazmi yang tinggal selama 11 tahun di Mesir bersama ibunya, satu-satunya nama perempuan di dalam Al Qur'an. Penasihat fir'aun adalah Iblis di antaranya, fir'aun yang mungkir janji(jelmaan malaikat agar sungai Nil tak kemarau) untuk patuh kepada Nabi dari kalangan Bani Isra'el selepas dia bersujud di tebing sungai Nil pada suatu malam.


paten ......... .... . .

Friday, April 8, 2011

Haji Terakhir Nabi saw

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di antara sabda terakhir saw adalah "...Semoga yang terakhir mendengar kata-kataku lebih memahami daripada mereka yang terus mendengar kata-kataku......". Penulisan kajian blog ini cuba memecahkan sebarang kesamaran dan mengenalpasti ketepatan dan kebenaran yang hakiki yang sebetulnya berlaku di planET bumi biru ini.
Tidakkah ada persoalan yang ada di dalam ayat-ayat Al Qur'an berkenaan pernahkah melihat kaum yang menyembah hawa nafsu. Gambaran bahawa seorang yang bersujud mengadap gambar di langit dari mana ia keluar dari kawasan itu. Al Qur'an menyuruh agar dilawati, dijejaki semua yang dikisahkan di dalam sejarah.


paten ......... .... . .

Wednesday, April 6, 2011

Jangan Gaduh-gaduh! Sayang Menyayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Percikan api boleh mencetuskan bara yang lain, maka apa yang ada di hati tak diketahui tapi dizahirkan dengan amal perbuatan yang nyata. Mahukan keputusan sebegini dan sebegitu, akhirnya itu dan inilah yang terjadi. Bekerja bagi nak hidup seribu tahun lagi. Beribadah bagai nak mati esok hari.
Jangan main tepi jalan, bahaya nanti kena langgar.

Wakil dunia / olimpik baru mungkin.

Orlando Gonzalez jenis kucing.

paten ...... .... . .

Tuesday, April 5, 2011

Duhai Hikmah Kesabaran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Al Kisah benar yang ada diceritakan dalam alam maya berkenaan Ya Shamimi. Ikutilah sedutannya di bawah bila kesabaran akhirnya memberi hikmah dan kesembuhan yang menakjubkan bagi yang menderita sakit berkaitan alam mistik.

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Sumber :Isuhangat.net

Monday, April 4, 2011

Setelah/semasa Perginya Othmaniah, Basya/Pasha Mula Bertaring

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berbalik kepada liputan sejarah,hampir satu abad, kehilangan sistem yang tiada lagi diamalkan, malah jadi bahan muzium yang dilihat, diceritakan, dikenang, serta doa untuk Othmaniah ghaib ditelan zaman di dalam khutbah jumaaat. Tiada lagi khalifah yang bersistem, atau sistem yang kukuh melindungi umat Islam dari penjajahan mental, pemikiran, zahir dsb.

Suatu ketika setelah tawaran Rothschilds kepada Sultan Abdul Hamid II ditolak hasil muafakat yahudi haikal, maka parti Turki progresif (muda) mula digerakkan Jawad Basya, golongan Pasha gah hebat ala pangkat besar di samping Bay/bey. Muncul dunama yang lain seperti Jamal,Anwar, Thalat yang ada Basya seleps nama mereka dan akhirnya tokoh palsu ditonjolkan (Thessalonians) yang gah akui sebagai tuhan, Mustafa Kemal dari Salonika, Greek. Tempat di mana Sultan Abdul Hamid akhirnya dipenjara dan mangkatnya hilang sekali mayatnya. Parti ‘persatuan dan kemajuan’ juga ditentang, dan akhirnya hancurlah Othmaniah dan wasiatnya dari campuran DNA Quraish.

1904M, Jawad Basya menghadiri Muktamar Yahudi Sedunia(world jewish congress) di Paris, bersama tokoh-tokoh yahudi Turki. Keputusannya yang mahu menyingkirkan sultan Othmaniah bagi pembinaan negara haikal Isra’el. 1908M, Sultan digulingkan hasil serbuan parti persatuan di Istanbul selepas 4 kali usaha penggulingan gagal. Kekuasaan diserahkan kepada utusan, wakil freemansonry, Imanuel Qraso.

Tak hairan, roh Turki/umat Islam ditarik, maka khalifah dan sistem pemerintahan Islam, dihapuskan. Wakaf muslimin mula dihancurkan dan akhirnya Palestin tergadai sedikit demi sedikit yang akar umbi bermula juga dalam kawasan Othmaniah. Lantikan Gabenor Jamal Basya, wakil yahudi zionis mula bertaring. Maka memunculkan gerakan ‘pemuda Arab’ dan ‘pemuda Turki’, maka sumpahan ala pecah dan perintah lalu leburlah kesatuan/ ummah yang hebat. Lahirlah pimpinan anti Islam yang bertunjangkan sukuan bangsa/nasionalisme yang cuba menghapuskan sebarang kebangkitan semula Islam terutama dari perut ibu kaum muslimin itu sendiri.

Munculnya tokoh luar pula, Lawrence (British)si remaja terlatih fasih berbahasa Arab yang merancang juga pemecahan Blok Islam dan lakonannya terhadap hasil peta baharu yang ditujukan/diserahkan kepada Sharif Hussein. Licik lagi ligat tipu muslihat sehingga kini bagaikan ejen Moss.d yang merasakan umat manusia terutama muslim ketagihan ditipu, maka walau penat macam mana, mereka kena buat berita tipu, agar ketagihan itu diubati.

Sedutan dari blog lain di bawah ini dengan tajuk:
http://muhdhazrie.wordpress.com/2010/05/03/baling-batu-di-poster-sultan-abdul-hamid-turki/
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Paten ..... ..... . .

Saturday, April 2, 2011

Rahsia Alam Malaikat, Mengenal Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sebagaimana ayat yang boleh bergema ke seluruh hasil kajian 'air', gelombang cahaya juga yang melibatkan hidupnya malaikat tetap diambil perhatian. Kawalan malaikat meliputi alam manusia dan jin, dunia dan akhirat.

Jibrail as yang mengendalikan angin, bertugas sebagai pasukan perang, mengiringi malaikat yang menurunkan bencana apabila datang perintah Allah, menolong orang mukmin dalam peperangan, memberikan wahyu, membantu perubahan kepada orang yang soleh dan beriman, dll. 360 malaikat perlu bersetuju agar matahari terbit, iaitu perkaitan ilmu pusingan bumi/orbit.

Perjalanan langit dan bumi 500 tahun lamanya, atas langit 7 lautan 500 tahun perjalanan setiap satunya, di atas semua itu ada gambaran 8 ekor kambing hutan (corak bintang), jarak kaki ke lutut 500 tahun, di atas punggung mereka adalah 'Arasy, jarak yang paling bawah ke atas 'Arasy adalah 500 tahun, Allah atas semua itu. (Menyingkap rahsia Alam Malaikat)

Kajian tasauf kaitan nafsu ammarah, lawwamah, mulhamah, muthama'innah, radiyah, mardiyah dan kamilah, dengan perjalanan, alam, tempat, hal, warid dan sifat-sifat yang tertentu. Maka kenal Allah, pintu utama dikaitkan dengan taubat, selain kajian Abdus Samad al Palembani/al Ghazali seterusnya takut dan harap, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, Mahabbah(cinta)lalui maqam zuhud, redha, makrifah, fana dan baqa, keesaan kemudiannya. Zuhud 3 peringkat yang akhirnya selain permulaan mubtadi, pertengahan, maka orang yang muntahi(dunia ibarat tahi), yakni 'arifin.

Kasih sayang (maqam melibatkan seluruh manusia yang ada kaitan ayat basmalah)merupakan kajian si penulis yang semakin banyak diketengahkan di samping ilmu 'kebetulan'. Allah yang mengkehendaki. Apakah yang di sebalik warna bulatan-bulatan pelangi di Thursina, kelompok kemuliaan?


paten ... .... . .