Thursday, March 31, 2011

Kasih Bertambah, Harapan Di Masa depan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Lambang bentuk sirih sentiasa jadi pilihan simbol cinta dan merah hati warnanya.

Ambil lirik yang baik sahaja, buang yang keruh.

Yang sudah jadi kenangan, maka impian mula menjelma bagi masa depan yang membawa harapan besar untuk sesuatu keinginan/ kehendak/ iradat. Logika, magika, tapi yang sebenarnya maqam 'kasih sayang' yang masih belum menjadi gah. Kini, susulan kajian 'alam sufi' dan maqam bakal diteruskan lagi dengan fakta-fakta sejarah lalu yang mengasyikkan dan mendayu 'kecintaan' kepada Pencipta.
Bilakah 'yang akhir akan bertemu jua'? Di mana dan saat atau detik yang dinanti-nantikan bakal menjelma? Semoga dipanjangkan umur bagi berkarya sebaiknya.
paten . .... . .

Wednesday, March 30, 2011

Maqam Kelebihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kajian seterusnya melibatkan maqam, yang bukan tapak kaki, kubur, bahan tinggalan sejarah, tapi maqam kelebihan, manusia dan jin. Dari nafsu mazmumah hingga kamil, tentulah ada tokoh yang pernah atau ada kaitan dengan mimpi berjumpa Nabi saw atau mempunyai doa yang mustajab. Lihatlah senarai ini, Ust.D.Nik Aziz, Ust. Harun Din, Ust. Hassan Din, Ust. Abdullah Al Qari, Ust. Haji Hadi, Ust Hassan Mahmud Al hafiz,dan lain-lain lagi. Contoh ketara dari kalangan sahabat, Abu Ayub Al Ansari ra yang kuburnya di tepi tembok, pernah dijadikan bahan 'dewa', tok keramat dsb hinggalah Constantinapole menjadi Istanbul.
Tidakkah ramai juga sahabat yang panjang umur, contohnya, Anas Bin Malik ra, yang mengembara ke merata dunia menyebar dakwah? Kemudian baliknya satu ketika selepas 2 dekad, dilihatnya seorang pemuda, imam muda, anaknya Malik mula menjadi imam besar/mazhab yang masyhur kemudiannya.
Saidina Umar Al Khattab ra pernah menghantar pasukan yang melupuskan kemewahan gabenor Iraq, Saad bin Abi Waqqas ra yang juga diberi jaminan syurga. Tidakkah perintah/dekri khalifah tak dihalang? Untuk kemaslahatan ummah. Contoh bahawa lantikan amanah, tugas dan tanggungjawab bukan tiket untuk tunjuk dan bermegah-megah dengan kemewahan sedangkan yang bawahan melarat, yang lapar, dan menderita tanpa dihiraukan apakah ...? 'Cukuplah seorang sahaja keluarga Umar masuk neraka'.
Lagu apa ini? Rujukan .... youtube.com

http://www.youtube.com/watch?v=HSWR4os7I7E

paten ... . ... . .

Sunday, March 27, 2011

Bahagia, Bukan Yang Lain

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Yang belum berkahwin telah dikaji dan mereka lebih berbelanja kepada diri sendiri dengan yang mahal-mahal lagi. Yang telah beranak pinak tentulah lebih kepada keluarga jika tanggungjawab dipenuhi. Tidakkah kasih sayang memainkan peranan besar, betapa besarnya belanjawan bulanan untuk yang berkeluarga? Pelbagai permintaan dipenuhi.

Harapan besar agar anak-anak menempuh zaman yang lebih baik, lebih positif daripada zaman jahiliah yang boleh ditinggalkan jika kebesaran dunia disanggupi dipersudutkan kepada peranan yang kecil sahaja.

Semoga harapan anak yang kecil, bila besar nanti, nak jadi ..., nak beli ..., nak buat ...., dan sebagainya menjadi impian yang 'nyata' jadinya, insyaAllah. Apakah pandangan mereka yang benar nanti bila mula kenal dunia dan zaman ibu bapa yang telah berlalu?
paten ... ... . .

Thursday, March 24, 2011

Kemuliaan Islam

DEngan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khalifah Arrasyidin ke-2, Saidina Umar ra pernah berkata," Kami kaum dimuliakan dengan Islam, jika kami mencari lain daripada Islam, maka kami akan dihina oleh Allah". "Cukuplah dari keluarga Umar seorang sahaja masuk neraka". Itulah sebahagian tanda kehebatan seorang pemerintah yang selalu menangis, "Apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup bertanya, dengan sebab dosa apakah dia dibunuh". Tidakkah bekas pembunuh anak perempuan dan peminum arak itu telah insaf dan menjadi agen perubahan besar sejarah dunia dan dicontohi cara pemerintahan oleh umat yang kemudian?
Bagaimananakah di Malaysia dengan lebih kurang angka anak tiada bapa berdaftar berjumlah lebih 257,000 orang sepanjang 2000 hingga 2008M? Atau terkini anak tak sah taraf 2006-2010 berjumlah 234,647 orang daripada 2,481,276 kelahiran didaftarkan JPN selain yang dibuang ke dalam longgokan sampah atau hampir 9% umumnya? Takrif anak tak sah taraf adalah yang lahir dari pasangan kurang waktunya 6 bulan Qamariah , selepas dari tarikh nikah/perkahwinan. Jumlah anak luar nikah muslim 13,545, 16,700, 16,541, 17,303 dan 17,490 mengikut turutan 2006 hingga 2010M. (Berita Harian 21 Mac 2011 Isnin mukasurat 14).
Kasih sayang untuk anak-anak, bahawa dia dibesarkan dengan susah senang tangisan dia datang ke dunia, maka kembalinya diiringi tangisan waris atau orang yang menyayanginya. Usaha bapa dan ibu yang mencari nafkah walau hampir tiada masa bermutu kadangkalanya di rumah, anak-anak juga menanti hadiah dan sentuhan serta pelukan mesra kasih sayang.




Besar hati dengan pelbagai hadiah dan limpahan rezeki, anak-anak berceria dengan paparan ceria mahu pun pesta ria. Semoga ada pemerintahan berwali/gabenor yang prihatin dengan makan minum, pakaian dan tempat tinggal setiap yang di bawah amanahnya. Jika hakim 2/3 dikatakan bakal masuk neraka, maka apakah nisbah pemerintah terutama dar segi kelayakan untuk menempa nama ke dalam neraka dengan nisbah 9/10 adalah tak menghairankan? Tenggelam dengan kemudahan, kemewahan dan mabuk dunia serta kuasa arahan yang ada, adakah yang di bawah amanah berasa selamat atau penuh celaka kehidupan di dunia dan bahkan di akhirat pula sama-sama mengejutkan fir'aun bila dibangkitkan bersama-sama?
Semoga kita terbuka merenung yang terkini dan yang akan datang pula. Apakah kita mahu keturunan kita mempunyai pemimpin besar seperti yang ada kini, atau yang lebih mulia dengan ketaqwaan dan zuhud besar yang amat dikasihi dan disanjungi di langit dan di bumi?
paten .. ..... ... . .

Monday, March 21, 2011

Pada Suatu Masa Di Teluk Kumbar Pulau Pinang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kenangan yang lalu selalu datang dan pergi, tapi ke manakah perginya yang lain melainkan rakaman bergambar dan bervideo. Tidakkah Allah Maha .... dan Dia Maha Tahu apa yang akan dialakukan oleh hambaNya samada 1,000 tahun lagi atau tahun depan atau sejuta tahun lagi atau sememamngnya siap berakam lagi dari pelbagai sudut.

Biar dengan cara apa pun, tak dapat tidak Hari Pengadilan bakal tiba jua di mana setiap persentimeter bakal diadili dengan seadil-adilnya. Tidakkah nanti apa yang aib dan sebagainya bakal didedahkan kelak? Siapa yang mahu aibnya didedahkan, maka dia lebih sibuk dengan penyakit cuba mengaibkan orang lain.
Maka tiada dapat apa yang diimpikan nik'mat yang cukup 'maha hebat', tapi celaka yang menghentam belaka.
Gambar anak kecil adalah gambaran rupa penulis semasa kecil cuma, si penulis ini adalah lelaki. Kenangan di Taman Emas Teluk Kumbar dengan Gen2 Lama yang dibeli orang dan diganti Exora. Semoga apa yang dipaparkan mendapat tauladan dan yang kurang sempurna di jadikan pengajaran berguna agar tak terjerumus ke dalam lembah kehinaan.


paten .. .. ... . .

Tuesday, March 15, 2011

Buakan Kasih Sayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Lain hari, dengan hati yang penuh ....., renunglah di dalam satu pejaman mata, imej cahaya yang datang ke arah diri sendiri yang meliputi seluruh badan. Cahaya itu adalah harapan kamu yang datang dan dia juga bakal pergi. Petunjuk tetap datang, maka apakah sambutan terhadapnya?

Give me your soul, my love! Beg it.... Bolehkah?
Kamu akan berada di situ, dan ini pula adalah satu penantian. Bilakah saatnya? Di sana yang menunggu, di sini yang ingin dikotakan. Apakah yang ada di kotak 'pemikiran'? Kemuliaan hati yang datang samada selepas mati, matinya seorang ..... Fikirkanlah! 'Aku yang datang'!
Di mana pencarianmu? Di sini sahaja, atau masih lagi meneruskan ..caan. Dengan
Apakah yang di dalam hati itu nampak oleh mata/penglihatan? Inilah dia, carilah ilmu sehingga kematian ditemui dan jangan berputus asa. Usaha dan usaha, siapa lagi yang boleh di.antu, biarlah menjadi titik tolak perjuangan. Matinya seorang pejuang lebih daripada mengalah sebelum ber.....ng. Bangkitkan bara di dada! Gelora nafsu yang 'kamil'! Bukan yang 'mazmumah'.
Cinta, kasih sayang yang dirasai, amat terasa walau sentuhan, tapi yang menyentuh dan meruntuni hati. Buakan!!! Apakah di sisi tangisan itu ada kasih sayang? Sayangilah mereka walaupun ... musuh kamu. Allah lebih menyayangi! Allah Yang Melimpahkan kasih sayang. Rasailah, belaian kasih sayang anak, ibu dan bapa. Bila anak kecil menjadi dewasa, kasih itu menjadi sanjungan, kenangan dengan izin Ilahi. Kurniaan yang besar. Maka apatah lagi kepada yang kehilangan ... ibu dan bapa mereka. Sama-sama berkasih sayang, sambungkan silatur rahim. Berkat, umur semakin panjang.
paten . ..... ... . .

Saturday, March 12, 2011

Gunung Daik Bercabang Tiga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ultraman juga bertanduk tiga. Kemiripan 'alien' yang ber'kerajaan langit'. Dalam pada itu, tersebutlah al kisahnya dalam abad ke 21 Masihi, planET guli sedang kerajaan-kerajaan tertentu digulingkan, berguling, dan bertukar bukan batu giling. Gilis oleh puting beliung-angin, gempa-gegak gempita dan tsunami, banjir, api dan letusan gunung berapi. Ada yang lenyap tetapi ada baki keturunan, bukan pupus terus ala menemui ajal tamatnya sesebuah tamadun. Azab, bantuan ala hadis Qudsi, kebangkitan kemarahan ala Holagu Khan dan bala tenteranya.

Kerosakan besar 2 kali di abad 20, dengan 2 perang besar dan rentetan perang-perang kecil menjadi 3 pula besarnya, terutama dari segi jumlah kekuatan bom, kemusnahan, sisa nuklear atom dll.

Fitnah berita tipu setipu-tipunya hingga dunia dikatakan dapat berita tipu dengan falsafah(ayat2 di bumi) tanpa bantuan ayat2 dari langit. Alangkah mulianya,baiknya jika media itu digunakan untuk memuji Pencipta Agung. Kemakmuran dunia dan kemakmuran selepas dunia, bila keindahan datang, bila nanti ia bakal berakhir. Atau tiada akhir dengan nik'mat di sisiNya.
Apakah yang mereka laku'en itu bakal menambah keahlian amal ahli yang ada keredaan atau kesesatan/kemurkaan? Fitnah akhir zaman yang akhirnya, keputusan akhirnya, adalah untuk men'dajjal'kan Islam. Tiada Islam sederhana, atau ekstrim dan sebagainya melainkan munafik, fasiq, zalim dibezakan dengan mereka yang beiman dan beramal soleh sebagaimana ada ayat di dalam surah Al Qur'an +masa.
Rujukan youtube.com

paten . ... ... . .

Wednesday, March 2, 2011

Riba, Rentetan Kezaliman dan Muslihat 911

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di sebalik lambang dimensi 11, melangkaui Tuhan, 911,perancangan siapa, di mana yang berjaya.... Kod-kod yang menunjukkan rahsia bahawa walau apa pun terjadi bekasnya tetap meninggalkan bekasnya Perancangan manusia bebas membuat apa yang dirancang selagi diizinkanNya, maka apabila perintahNya datang, tiada apa yang mampu menolak perancanganNya.
Sejarah, bumi yang diperintah, dari pintu langit ke bumi, yang dilaku'en', berjaya dengan izinNya. Apakah kemampuan di sebalik IradatNya? Dia tidak lemah bahkan manusia amat memerlukan segala pertolonganNya dulu, kini dan hingga jumpa akhir-akhir akhir(at). Tunggu sedutan gambar dan videonya nanti.....


paten .. ... . . Semoga berjaya mengumpul keupayaan 'menerbitkan blog ini'.